22 May, 2012

Pasca Kejatuhan UMNO/BN: PAS bakal membawa angin perubahan di Sabah

Share
sumber: http://islamreturn.blogspot.com

Salam perjuangan..

Angin perubahan kini semakin bertiup kencang di Sabah, malah angin ini bakal menumbangkan UMNO/BN pada PRU-13 nanti. Mengikuti perkembangan tersebut, aku melihat rata-rata rakyat Sabah sudah mula memperkatakan tentangnya. Kegelisahan semakin menyelebungi UMNO/BN Pusat, kerana kekuatan politik mereka kini hanya bergantung harap pada Sabah dan Sarawak. Sebab itulah sekiranya kita melihat rancangan TV sekarang banyak diberikan perhatian tentang negeri Sabah (boleh dikatakan setiap hari 2 atau 3 rancangan adalah berkaitan Sabah).

Perjanjian pembentukan Malaysia 1963 dicabuli..?

Kegelisahan UMNO/BN kini telah sampai ke som-som tulang. Rakyat Sabah semakin faham mengapa selama ini mereka tidak didedahkan dengan perjanjian Malaysia 1963. Sebaliknya mereka disogok dengan Perkara 20 yang sebenarnya tidak mempunyai asas perjanjian (selama ini mereka ditipu dengan Perkara 20). Kesudahannya hasil bumi Sabah yang sebenarnya kaya dengan sumber asli tetapi telah disedut oleh persekutuan (UMNO/BN) selama ini. Manakala kepimpinan Sabah yang bersilih ganti tidak amanah dalam mempertahankan hak mereka dari terus dicabuli oleh persekutuan. Ini lah delema yang dihadapi oleh rakyat Sabah sejak dari dulu lagi.

PAS bakal memimpin angin perubahan..!

Kehadiran PAS ke bumi Sabah sejak dari tahun 1986 lagi, malah lebih awal dari kehadiran UMNO ke bumi Sabah. Namun kehadiran PAS berkemungkinan tidak dipandang oleh masyarakat Sabah sebagai sebuah parti yang mampu memimpin mereka pada ketika itu. Hakikatnya sekarang, setelah UMNO yang semakin hari semakin ditolak oleh rakyat, menyebabkan kehadiran PAS mula diperkatakan kerana majoriti kerusi DUN di Sabah adalah mewakili muslim. Angin itu semakin kuat berkencang apabila PAS Pusat menyambut baik hasrat pembaharuan yang diinginkan oleh rakyat Sabah.

Apakah angin tersebut..?

-nantikan ledakannya dalam masa terdekat-

Paluan gendang Pilihanraya baru-baru ini membuktikan
PAS bakal diangkat memimpin angin perubahan di Sabah
 
Pemuda PAS Sabah mengetuai tuntutan hak tanah rakyat Sabah yang dirampas

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.