20 October, 2011

USIA TAMBUNAN: JEJAK BELIA 2.0

Share

sumber: http://pustakaalghazali.wordpress.com/

 Alhamdulillah berkesempatan untuk meluangkan masa bercakap sepatah dua kata pada Program Jejak Belia anjuran Belia USIA Bahagian Tambunan.
Kali ini program Jejak Belia telah di adakan di Padang Futsal, Kampung Kirokot Tambunan.


Sekalung penghargaan pada sahabat Ustaz Mohd Zaki Laumin, Ketua Belia USIA Bahagian Tambunan merangkap Naib Ketua Belia USIA Pusat berserta dengan ahli jawatankuasanya kerana telah menganjurkan program ini dengan jayanya.
Seingat saya program ini merupakan penganjuran kali kedua setelah penganjuran kali pertama setahun lebih lalu. Justeru itu, saya namakan program tahun ini sebagai Program Jejak Belia versi 2.0..:)
Penganjuran kali ini telah diisi dengan beberapa slot antaranya, perlawanan futsal, kempen derma darah dan penyampaian bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di kalangan keluarga bukan muslim di Kampung Kirokot.
Apa yang menarik pada penganjuran kali ini adalah penyertaan di kalangan belia yang semakin memberangsangkan. Sebanyak 10 buah kampung telah menyertai.
Pihak Belia USIA juga telah menjemput secara rasmi komuniti Belia Roman Katolik dan Sidang Injil Borneo (SIB) dari Kampung Kirokot Tambunan untuk turut serta.
Alhamdulillah jemputan ini diterima dengan penuh mahabbah dan penuh persahabatan.
Pada ucapan pelancaran program, di mulai dengan ucapan Saudara Evan Darius selaku wakil Kominiti Belia Roman Katolik / Sidang Injil Borneo (SIB) dan seterusnya ucapan Ustaz Mohd Zaki Laumin, Ketua Belia USIA Tambunan.
Pada ucapan Saudara Evan Darius, beliau menyatakan rasa terharunya dengan penganjuran program tersebut. Beliau juga mengharapkan agar program seumpama ini kerap diadakan di sini.
Ustaz Mohd Zaki pula menjelaskan program kali kedua ini telah melangkah setapak lagi dengan menjemput belia di kalangan penganut agama lain untuk merapatkan mahabbah dan silaturrahim sesama belia.
Di pengakhiran ucapan perasmian, saya merakamkan harapan agar program tersebut dapat dijadikan wadah ke arah memupuk persefahaman/mahabbah/silaturrahim di kalangan belia dengan cara yang sihat.
Sebelum program itu dilaksanakan, kita telah menegaskan bahawa para Belia Muslim /Belia USIA hendaklah menutup aurat ketika berada di gelanggang permainan futsal.
Belia Muslim hendaklah menunaikan kewajipan solat apabila tiba waktunya tanpa kompromi.
Setidak-tidaknya dua perkara tadi mampu menjadi pembeza Belia Muslim/USIA dengan belia yang lain.

Komen Via Facebook

1 ulasan:

Gghh said...

bagus sangat lah bila ada aktiviti2 spt ini.. perbanyakkan lagi aktiviti yg boleh merapatkan silahturahim masyarakat setempat.

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.