09 July, 2011

BERSIH 2.0 : TUAN GURU SUDAH DI BEBASKAN

Share

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONEBercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Nurul Iman – dan dua yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.

Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.