Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/
Siri kempen 'wayang pacak' malam ini diteruskan di Kg. Bahagia di bawah UPU Kg. Gas. Kehadiran kami mendapat sambutan penduduk yang sangat menggalakan. Kelihatan penduduk terkejut apabila melihat kejadian yang berlaku di Kg. Berembang dan Kg. Bujal yang memperlihatkan kerakusan kerajaan BN merampas tanah rakyat.
Menurut penduduk kampung, walaupun telah lebih 30 tahun mendiami disana, mereka masih tidak mendapat sumber bekalan bersih. Bekalan air sekarang hanya diperolehi melalui air bukit yang ditakung. Selain dari itu, walaupun mereka berada berhampiran kawasan perindustrian, namun ianya tidak memberi makna kepada penduduk kerana gaji yang ditawarkan kepada mereka hanya RM12 untuk 12 jam bekerja.
Inilah hasil kekejaman kerajaan BN memerah tenaga rakyat marhean untuk memperoleh keuntungan.
Gambar sekitar kempen:
Penduduk sedang memberi perhatian
“SAYA LIHAT ATUK SAYA SOLAT”
4 hours ago
0 ulasan:
Post a Comment