30 October, 2010

Pemuda Sokong Debat Ansari - Yong

Share
Sumber: http://pakatanbatusapi.blogspot.com/




Batu Sapi
- Dewan Pemuda PAS menyokong sepenuhnya cadangan agar debat diadakan diantara ketiga-tiga calon yang bertanding di P185 Batu Sapi.

Langkah itu untuk memperlihatkan kepada rakyat kepada kredibiliti dan kewibawaan yang ada pada setiap calon yang bakal menjadi wakil rakyat di sini nanti.

Cadangan debat ini tercetus berikutan cabaran debat calon SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman.

Ajakkan debat Yong itu berpunca daripada kenyataan Musa Aman yang mengatakan bahawa slogan 'Sabah untuk orang Sabah' sudah tidak relevan lagi kepada masyarakat Sabah.

Walaubagaimanapun, cabaran debat Ansari itu ditolak oleh Yong atas alasan dia (Ansari) tidak ada local standy untuk berdebat dengannya sebaliknya Yong memilih untuk berdebat dengan Anuar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu melihat penolakkan calon SAPP itu untuk berdebat dengan Ansari sebaliknya memilih Anuar, hanyalah satu helah untuk melepaskan diri.

Lahirul berkata, adalah menjadi kebiasaan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi apabila tiba pilihanraya,calon-calon yang bertanding akan dibawa ke pentas debat untuk memperlihatkan kewibawaan masing-masing.

Malangnya dinegara yang mengaku mengamalkan demokrasi seperti Malaysia, amalan berdebat dikalangan calon-calon yang bertanding masih belum begitu subur.

Selain itu, Lahirul juga mengajak masyarakat pengundi di Batu Sapi agar tidak terpedaya dengan gula-gula yang ditawarkan oleh Umno-Bn.

Menjelang hari pengundian, semakin banyak projek mee segera mencurah-curah ke Batu Sapi untuk menutup kegagalan mereka mentadbir selama ini , ulas Lahirul.

Terbaru iaitu janji Bn untuk memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan Masjid Batu Sapi dan pembaikan bekalan air dan sistem parit yang sangat daif sejak sekian lama.

Jelas Lahirul, berbeza dengan Kerajaan Pakatan Rakyat seperti di Kedah dan Selangor yang baru saja mentadbir selama 2 tahun namun telah menunjukkan prestasi pentadbiran yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.