Konsep keadilan Islam sesuai diterapkan dalam pentadbiran dan pemerintahan khususnya perkara yang berkaitan pengagihan hasil bumi antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Kebajikan rakyat sesebuah negeri yang mengeluarkan hasil lebih perlu diutamakan berbanding kerajaan persekutuan.
Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah di Dewan Hakka, Sandakan telah menjelaskan hasil negeri mesti digunakan untuk membasmi kemiskinan sesebuah negeri sebelum diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk diagih-agihkan. Ini dengan mengambilkira konsep hasil zakat yang tidak boleh dibawa keluar dari negeri selagimana tidak selesai masalah kemiskinan dalam negeri tersebut.
" Pelik bagi sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum, kelapa Sawit dan hasil bumi yang lain tetapi menjadi negeri yang termiskin di Malaysia, ini mestilah ada hubungkait dengan salah urus", ujur Hj Abdul Hadi ketika mengulas, tuntutan autonomi dan janji Pakatan Rakyat untuk memberikan 20% royalti minyak kepada Sabah sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Konsep fedelisma Islam lebih tepat dan tidak membebankan rakyat bahkan bersifat murunah.
Beliau juga mengingatkan pemimpin supaya sedar mereka adalah pemegang amanah kepada harta negara seperti tanah. Mereka bukan tuan tanah. Peneroka tanah mesti diberi hak milik selagi mana mereka tidak meneroka hak orang lain. Malah sekiranya, kerajaan memerlukan tanah tersebut, pampasan wajib dibayar.Ingatan Abdul Hadi itu disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.
Itulah keadilan Islam yang tidak bersifat beku dan kaku malah pro aktif sehingga mampu menyelamatkan manusia daripada ditindas oleh penguasa yang rakus. Justeru itu, rakyat memerlukan pemimpin yang alim, bijaksana dan amanah.
0 ulasan:
Post a Comment