Perubahan masyarakat bersandarkan kepada ilmuwannya. Pada masa sekarang ini sudah banyak siswazah lepasan IPT bertebaran di seluruh Malaysia termasuk Sabah yang kini memiliki UMS, UiTM, Politeknik dan juga beberapa institusi pendidikan. Walau bagaimanapun, ironinya pembangunan masyarakat kita masih lagi kurang memberangsangkan. Bahkan lebih kebanyakkan siswazah masih lagi menanam anggur.
sumber : http://polikk.edu.my
Sebagai seorang siswazah sepatutnya kitalah yang menjadi agen perubahan, apabila kita keluar daripada pusat pengajian manfaatkan ilmu yang dipelajari untuk kegunaan masyarakat.
Dalam memperkasakan siswazah sebagai agen perubahan, para siswazah perlu aktif dalam melibatkan diri dalam persatuan serta NGO tidak kira sama ada di dalam dan luar kampus. Seperti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Budaya seperti ini merupakan langkah untuk menjana siswazah yang memiliki asas diri yang kukuh serta mampu untuk bersaing dalam arus semasa. Di samping ia mewujudkan ruang rangkai yang luas di dalam hidup seorang siswazah terutama dalam masyarakat.
BUKAN SEKADAR CGPA
Jika kita perhatikan pada persekitaran kita kebanyakkan kita pada hari ini meletakkan CGPA sebagai satu-satunya matlamat perjuangan. Tidak kurang juga ada yang khayal dibuai keseronokan alam remaja. Namun, sedarkah kita para siswazah? Perjuangan kita bukanlah sekadar CGPA, dan IPT bukanlah tempat berseronok. CGPA bukanlah satu-satunya kayu ukur untuk menentukan kejayaan kita di luar kelak. Jika tidak masakan banyak graduan lepasan IPT yang masih menganggur?
Dalam bidang kerjaya contohnya, tidak semestinya kerjaya yang kita akan tempuhi adalah seperti yang kita pelajari semasa dalam tempoh pengajian. Oleh itu pada masa belajar yang sama kita perlu mempersiapkan diri dengan bermacam kemahiran disamping memperjuangkan CGPA sahaja. Seperti yang disebut, penyertaan dalam NGO mendedahkan dengan pelbagai kemahiran yang kita tidak boleh diperolehi dengan menghadiri kelas sahaja. Seperti kemahiran bercakap dan kemahiran pengurusan dan banyak lagi termasuk kemahiran berfikir.
IPT TEMPAT MENCARI KEBENARAN
Mungkin banyak yang tidak perasan, IPT ialah tempat untuk mencari kebenaran. Lebih-lebih lagi tentang kehidupan, bolehkah anda menjamin anda kenal akan kebenaran? Kadang kala, sesuatu yang kita lihat itu belum tentu kita mengenalinya, sekalipun ia amat dekat. Tidak kiralah sama ada ia politik, sosial, dan ekonomi masyarakat kita sendiri. Lebih-lebih agama, kerana agama merangkumi seluruh ruang kehidupan.
Contohnya pada hari ini, orang Islam sungguh banyak, namun sejauh mana kita kenal Islam itu sendiri? Setujukah jika dikatakan sebahagian besar dalam kalangan kita hanya kenal Islam pada permukaannya?
Bila ditanya “Apa itu Islam?” Banyak yang akan menjawap, “Islam itu agamalah!”. Begitulah contoh-contoh jawapan yang sering kita dengar. Apa Islam sekadar sebutan itu?
Bagi mencari kebenaran di dalam IPT, para pelajar perlu meletakkan diri sebagai sebahagian daripada arus masyarakat, turut serta dalam perkembangan semasa serta tidak hidup dalam zon sendiri. Sentiasa mendamping dengan dengan masyarakat.
Kesimpulannya, keberadaan kita di IPT yang dikelilingi dengan pelbagai peluang sebenarnya menuntut satu tanggungjawab kepada masyarakat, lebih besar lagi kepada agama kita sendiri. Tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu serta mencorak masyarakat kita, tidak kiralah dari segi pemikiran dan budaya. Di akhirat nanti setiap daripada kita akan ditanya “Ke mana kita mempergunakan ilmu kita?” “Di mana kita mempergunakan usia dan kita?”
Persoalannnya, bersediakah kita untuk menjawab persoalan itu di hadapan Allah Subhana Wa Ta’ala kelak?
0 ulasan:
Post a Comment