27 March, 2010

Lagi cerita UTUSAN berbohong

Share

Ditampal salin dari: http://milosuam.blogspot.com/

Lihat berita yang dilaporkan oleh utusan Malaysia berkenaan demonstrasi di hadapan kedutaan Sweden petang tadi. Lihat bagaimana fakta diputar belitkan serta menafikan penglibatan utama Ketua pemuda PAS yang mengetuai perhimpunan bantahan itu bersama NGO yang lain.




Macam biasa UTUSAN MELOYA akan terus memutar belitkan sebarang cerita yang berpotensi untuk memberi pandangan baik kepada Pembangkang. Kali ni Utusan putar belit cerita kononnya Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mengetuai Demonstrasi Bantahan di depan Kedutaan Sweden. Bukankah GPMS sekadar badan NGO yang menyertai perhimpunan bantahan anjuran PAS? Mengapa Utusan kata GPMS yang mengetuai bantahan ini? Lihatlah akhbar penipu ini, beginilah mereka menanamkan propaganda kepada orang-orang kampung yang hanya bergantung kepada media arus perdana. Berapa ramai Rakyat Malaysia ditipu setiap hari dengan berita-berita politik yang berat sebelah?


Tidak hairanlah sebilangan besar rakyat sentiasa berfikir pembangkanglah yang jahat, pembangkanglah yang anti-Islam, pembangkanglah yang tak pandai memerintah, semua yang baik-baik kerajaan yang dapat nama. semua yang buruk-buruk dituduh kepada pembangkang.

Bagi anda yang tidak tahu, GPMS adalah sebuah badan NGO yang pro kerajaan Barisan Nasional, maka di sini jelas sekali Utusan memberikan kredit kepada GPMS sebagai ketua demonstrasi sedangkan perhimpunan ini dianjurkan oleh Pemuda PAS. GPMS dapat dilihat sebagai pro kerajaan terutama di dalam isu Pulau Pinang sila rujuk di sini Juara Rakyat hantar kuman wakili debat isu Pulau Pinang

Sekarang anda nilailah sendiri siapa yang mengetuai Demonstrasi bantahan ini melalui video di bawah. Kita tak nafikan penglibatan GPMS, tetapi mereka sekadar menyertai perhimpunan bantahan anjuran PAS. Sejak bila GPMS jadi ketua?

Harakahdialy: 500 berkumpul di kedutaan Sweden bantah akhbar hina Nabi
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Lebih 500 Pemuda PAS dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di kedutaan Sweden hari ini bagi membantah tindakan tiga buah akhbar Sweden menyiarkan lukisan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka berarak bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan dengan membawa pelbagai kain rentang, sepanduk dan poster yang mengecam tindakan akhbar-akhbar berkenaan.

Mereka turut melaungkan 'Kasih nabi', 'Cinta Nabi', 'Biadap Sweden dan 'Jahanam Sweden' sepanjang perarakan.

Satu memorandum bantahan juga berjaya diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan kepada Duta Sweden Helena Sangeland dalam pertemuan mereka.

Turut serta dalam penyerahan tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Memorandum tersebut antara lain mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan terhadap akhbar dan pelukis karikatur yang menghina pemimpin ulung umat Islam itu.

Berucap kepada persrta himpunan selepas serahan itu, Nasruddin berkata perbuatan pelukis karuikatur dan akhbar yang menyiarkannya adalah biadap dan telah mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam dunia.

"Betapa biadab dan jahanamnya mereka.

"Kita mintak mereka mengambil tindakan tegas ke atas pelukis dan akhbar yang menyiarkan karikatur ini," katanya disambut laungan takbir peserta himpunan.

Beliau juga meminta akhbar berkenaan memohon maaf kepada umat islam seluruh dunia di atas tindakan yang telah mengguris hati tersebut.

Sabki dalam ucapannya pula berkata mana-mana pihak tidak boleh menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda begitu istimewa bagi setiap umat Islam.

"Kita menyatakan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat yang istimewa dalam hati umat Islam," katanya.

Manakala Jais yang turut berucap menyatakan pendirian GPMS bersama dalam isu ini dan tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menghina Islam.

Perarakan anjuran Dewan Pemuda PAS ini turut disokong oleh 19 NGO Islam yang lain.

Selain melaungkan suara bantahan, Nasrudin bersama beberpa peserata himpunan turut membakar bendera negara itu.

Sementara itu, beliau juga turut mengutuk tindakan terbaru Zionis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan membina kuil yahudi pada 16 Mac lalu.

Zionis juga jelasnya telah berjanji akan membina sekurang-kurangnya 62 lagi kuil di sekitar masjid suci umat Islam itu.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.