13 January, 2010

Jalan Rosak : Sudah 7 Tahun ( 2003 - 2009 )

Share

Sumber: http://gentisan.blogspot.com/

Tujuh tahun lalu sebermulanya pembinaan Pangkalan Pangkalan Tentera Laut di Sepanggar pada tahun 2003, sebanyak tiga buah kampong telah terlibat, iaitu Kg. Gentisan, Kg. Gentisan II dan Kg. Lok Poring. Di mana berdasarkan dokumen DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGAsebanyak Iaitu 15 buah di Kampung Gentisan, 13 buah di Kampung Wak Wak dan 113 di Kampung Lok Poring.

Bukan disebabkan perpindahan rumah, tapi keluhan yang dimaksudkan ini adalah disebabkan oleh kerosakan jalan Kg. Wak-wak yang amat teruk apabila laluan jalan kampung telah digunakan sebagai laluan jentera berat bagi kerja-kerja pembinaan pangkalan TLDM.Gambar-gambar di bawah menunjukkan betapa kerosakan jalan Kg. Wak-wak cukup untuk membuatkan para penduduk Kg. wak-wak mengeluh. Bagi yang memiliki kenderaan ianya pasti sesuatu yang ‘mengecewakan’. Bukan itu sahaja apabila musim kemarau habuk dari jalan yang rosak sentiasa bertebaran sekitar kampung. Hal ini boleh mengancam kesihatan. Di mana keprihatinan kepada anak-anak penduduk yang berjalan kaki ke sekolah pada setiap hari? Bahkan penduduk yang memiliki kenderaan turut merungut kerana komponen kenderaan mereka menjadi pendek jangka hayatnya. Contohnya tayar dan absorber yang tidak tahan lama.









Masalah ini telah banyak kali disuarakan namun tiada sebarang tindakan. Tidak tahu pula dimana punca masalahnya. Pernah juga penduduk kg. wak-wak memungut wang bagi memperbaiki jalan sendiri yang, namun hasilnya langsung tidak bertahan lama. Justeru, diharap pihak yang berwajib tampil untuk membela penduduk Penduduk Kg. Wak-wak. Nasib yang menimpah penduduk Kg. wak-wak ini sudah berlarutan bukan satu minggu, bukan satu bulan, bukan satu tahun bahkan sudah tujuh tahun bermula tahun 2003 sehingga 2009. Penduduk hanya menikmati jalan kampung yang sempurna cuma dalam tempoh lima tahun iaitu tahun 1998 sehingga 2003.

Pembinaan Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar sudah melepasi peringkat akhir serta siap beroperasi ironinya keluhan penduduk tidak pernah berakhir.

P/S : Lebih baik diadakan sesi dialog di antara pihak yang berkenaan dengan penduduk kampung agar perkara ini jelas dan tidak menimbulkan spekulasi.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.