31 October, 2011

BN Sabah gagal selesakan hidup rakyat

Share

sumber: harakahdaily.net| Print |
Mohd Firdaus   
KOTA KINABALU, 30 Okt: Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Hishammudin Sulaiman berkata, kerajaan BN negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan kepada rakyat sejak BN menguasai negeri ini.
“Sudah sampai masanya Umno BN mengangkat bendera putih,” kata Hishammudin dalam Sidang Media selepas perasmian Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Kota Kinabalu di Dewan Saadah, Wisma MUIS di sini pagi tadi.
“Kerajaan Sabah dilihat begitu banyak kepincangan dan ketirisan sama ada sektor pentadbiran atau pengurusan. Tidak banyak pembangunan yang dibuat berlandaskan kepada keselesaan rakyat,” tambah Hishammudin lagi.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Pensiangan ini mendakwa kebanyakan janji-janji yang ditaburkan Umno BN kepada rakyat hanyalah seperti menanam tebu di bibir.
“Kita sudah ada negeri contoh seperti Kelantan dan Kedah. Negeri Kelantan sudah diperintah hampir 25 tahun oleh PAS, sudah banyak contoh yang boleh diambil untuk ditiru oleh negeri-negeri yang Umno BN perintah,” ujarnya.
Hishammudin berkata, kepimpinan PAS Sabah sudah mula menggerakkan jentera kawasan sebagai langkah awal mendendang paluan gendang untuk menanti pilihanraya.
“Kita juga telah melancarkan jentera pilihanraya setiap kawasan di Sabah. Itu persediaan awal yang kita buat,” katanya.
Selain itu, Hishammudin juga berkata PAS Sabah akan memberi saingan sengit kepada Umno BN dan tidak akan membiarkan Umno BN berada dalam keadaan selesa setiap masa.
Ketika ditanya mengenai hubungan antara Pakatan Rakyat Sabah, Hishammudin mengatakan bahawa hubungan yang dijalinkan bersama DAP dan PKR sangat baik.
“PAS menyeru kepada semua rakyat, PAS akan menjadi mata, telinga, tangan, lidah dan kepala rakyat untuk mengangkat kehidupan rakyat ke arah kesejahteraan dan keluar dari kepompong kezaliman,” jelasnya.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.