21 November, 2010

Harga rumah - satu komen mudah

Share
Sumber: http://firdauspharmacy.blogspot.com/


Gambar hiasan
Inilah yang selalu saya fikirkan, bagaimana untuk membeli rumah untuk didiami kelak di hujung usia.
Untuk selesa, sudah pasti kita memilih rumah yang agak besar, lapang dan berlokasi strategik. Itu pun jika termasuk dalam golongan yang ‘berkuasa’ membuat pemilihan. Dalam konteks ini, kuasa memilih sudah pasti merujuk kepada mempunyai wang yang banyak.
Berita sejak dua-tiga hari ini memaparkan tentang KRISIS kenaikan harga hartanah yang semakin TIDAK MUNASABAH dan MENGUNDANG SUSAH.
Pakar ekonomi yang diminta memberi pandangan dengan tegas menyatakan MASALAH ini berpunca daripada SPEKULASI dan bukan sepenuhnya disebabkan peningkatan permintaan.
Berita pagi ini memberi perumpamaan mudah – hanya mereka yang berpendapatan RM4000-RM8000 mampu membeli rumah teres satu tingkat di sekitar kawasan utama di Lembah Klang. Ini belum kisah membeli teres dua tingkat, rumah berkembar, banglo atau kelas rumah yang lebih selesa. Sudah pasti ia sedang/bakal diluar mampu milik pegawai kerajaan seperti saya.
“Kita pun tak mampu, macam mana staf-staf kita yang staf sokongan” luah saya ketika berbual mengenai harga rumah yang menjangkau setengah juta, malah ada yang mencecah jutaan ringgit.
Ketika itu kami berbual sambil meneliti iklan rumah di akhbar. Bukan berniat membuat perbandingan antara pegawai dan kakitangan sokongan, tetapi sekadar cuba meneliti masa depan dengan realiti hari ini.
Keseluruhan, kita dapat membuat andaian hanya sebahagian kecil sahaja penjawat awam mampu memiliki rumah seperti ini. Hanya bos-bos di atas sahaja mampu barangkali.
Tambah menggusarkan, sebahagian besar penjawat awam yang dimaksudkan adalah bumiputera!!!
Inilah barangkali yang menjadi kerisauan pemilik kampung baru bila tanah melayu itu hendak dibeli dan dimajukan menjadi tapak perumahan / komersial bersifat mewah.
Terlalu banyak peristiwa berlalu yang menjadi justifikasi kerisauan tersebut.
Harap Malaysia maju kerana seluruh rakyatnya maju bukan maju hanya kepada pencetus spekulasi yang gila 'menelan nyawa' orang lain.
1 Malaysia yang selalu disebut, biarlah menjadi realiti untuk dinikmati.
Saya masih resah dalam hal ini.
Semoga Perkongsian Bermanfaat

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.