Assalamualaikum wbt...Suatu isu yang mungkin ada di kalangan kita sudah jelas dan maklum mengenainya andai sering dan sudah bertandang ke kawasan tersebut...Menerima perkhabaran dari seorang teman yang baru sahaja melawat di sana, terpanggil untuk memaparkan dan berkongsi situasi dan realiti yang melanda sebuah daerah yang di beri nama Ranau...Alhamdulillah, tidak lama setelah itu, diri ini berkesempatan ke Kundasang untuk slot muhasabah KRIS Kundasang...Sempat juga mengambil beberapa keping gambar namun sayangnya ada yang 'tertinggal' di laptop...Insyaalllah, tambahan gambar akan di lakukan pada minggu hadapan...
Kali pertama menjejakkan kaki ke Ranau sekitar hujung tahun 2007 atau awal 2008 untuk fieldwork geologi, terasa diri ini sudah jatuh cinta!!!Selama berpuluh2 tahun hidup di bumi di bawah musim khatulistiwa, tiba-tiba beralih arah ke musim 'sejuk', pasti menggamit hati dan terasa 'rusa masuk kampung'...Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia....di anggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang...
Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an...Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud suatu ketika dahulu...
Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hekter atau 1978.5 km persegi...Walaubagaimanapun, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau telah bertambah kepada 3555.9 km persegi..
Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa... Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Desa Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut yang menjadi projek kajian Professor kesayanganku, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan dan banyak lagi...
Bagaimana Ranau mendpaat namanya? Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi...Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau...Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.
Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini...
Namun begitu, keindahan Ranau ini dari sehari ke sehari semakin hilang dek pembangunan dan kemajuan yang pesat di sekitar Daerah Ranau yang tidak selari dengan tuntutan alam sekitar...Bukan itu sahaja, kepesatan dan pemodenan yang telah di laksanakan ini adalah sekitar di kawasan pekan sahaja, dan amat tipis bagi penduduk di kawasan yang terpencil untuk sama-sama merasa arus pemodenan tersebut...
Di sini, jom kita zoom kepada Kg. Mohimboyon...
Apabila di tanyakan kepada penduduk Kg. Mohimboyon ketika site visit di jalankan di sana, mereka berkata selama lebih dari 15 tahun mereka telah memohon untuk pembinaan jalan raya di kawasan kampung tersebut. Kerana jalan yang wujud di situ hanyalah jalan bergravel dan bertanah liat...Alhamdulillah, bila di maklumkan bahawa akan terbinanya sebuah jalan raya baru menghubungkan Kg. Kibbas ke Kg. Mohimboyon, wajah mereka bertukar ceria...Akhirnya penantian selama 15 tahun sudah di'layan' oleh pihak tertentu...Namun persoalannya di sini, mengapa sekarang???Itulah persoalan yg sering melanda diriku bilamana menerima banyak Projek Jalan Raya yang perlu di ambil alih...aishhhh...mengeluh!!!!mengeluh kerana persoalan MENGAPA SEKARANG???Terus terang, setiap kali site visit, sambil berborak-borak, bersembang dgn para penduduk kampung, mendengar keluhan mereka, diriku terasa BOLEH TAK AKU JADI BOSS???SUPAYA SEMUA PERMINTAAN MEREKA INI DAPAT KU TUNAIKAN???astaghfirullah al'adzim...sabor nisa!!!kesian dan pilu!!!janji yang diberi kepada mereka dulu-dulu kala namun, sampai sekarang janji tinggal dalam tin kosong...
Isu di sekitar Kg. Mohimboyon bukan sahaja berkaitan dengan isu jalan raya, bahkan isu keselamatan...Terdapat bayak kerja 'up-grade' dan 're-construction' bangunan di lakukan...sebagai contoh di Zen Garden Resort...Menurut penduduk kampung sana, di sebabkan kerja 'renovation' tersebut, berlakunya banyak tanah runtuh, sehingga banyak rumah yang berhampiran di 'hujani' dengan tanah-tanah...Bahkan, retakan jalan raya yang sedia ada semakin teruk berikutan dengan kemasukan lori yang membawa lebih muatan di sekitar kawasan sana...Malah, terdapat banyak tiang-tiang lampu elektrik yang sudah tumbang dan hal ini sangat membahayakan sekiranya berlaku litar pintas.
Di tanyakan kepada mereka, adakah pernah membuat aduan kepada mana2 pihak, mereka menjawab sudah...dan di suruh tunggu...Bilakah penungguan ini akan berakhir???
Sebagai seorang ahli geologi, saya bersetuju kita tidak mampu untuk menghalang gempa bumi, hakisan tanah dari berlaku..Kerana terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun tersebut samada dari faktor semulajadi ataupun manusia...Tambahan pula di kawasan tersebut masih lagi aktif secara geologinya...Kerak-kerak bumi ini masih lagi bergerak, dan kita tidak boleh menghalang gempa bumi yang berlaku di bumi ini termasuk Ranau yang baru-baru ini pada 7 Februari 2011 telah di landa gempa bumi bermagnitud 2.6 di 6.1 degrees Utara dan 116.8 degrees Timur pada jam 2.07 pagi...Prof. Dr. Felix Tongkul, supervisor utk tesis ku yang lepas di minta untuk mengulas isu gempa bumi yang telah menyerang Ranau baru-baru ini berkata
"There's fault movement under the ground. Im not sure where it is exactly for Im still studying it,'' he said. Any earth movement in the area is always expected with the presence of the geologically young Mount Kinballu at more than 7 million yeras old..."
"There's fault movement under the ground. Im not sure where it is exactly for Im still studying it,'' he said. Any earth movement in the area is always expected with the presence of the geologically young Mount Kinballu at more than 7 million yeras old..."
Namun begitu, dari segi faktor manusia, ya!!!kita mampu mencegah dan mengurangkan dari berlakunya kegagalan cerun ini...kalau nak buat pembangunan sekali pun, silakan...tapi kena ada langkah kawalan dan pencegahan yang perlu di laksanakan dan patuhi!!!kerana kita semua JELAS bahawa kawasan Kundasang dan Ranau ini adalah 'istimewa' dari segi geologinya...Maka, langkah kawalan dan pantauan perlu ada...
Di bawah ini, ku selitkan gambar-gambar yang menggambarkan situasi di Kg. Mohimboyon...
kegagalan cerun yang nyaris menghempap rumah penduduk kampung
penahan jambatan ke sekolah Mohimboyon yang sudah retak
kawasan dapur rumah yang terletak pada kawasan kegagalan cerun
tiang lampu yang sudah tumbang dan keadaan jalan yang sudah retak
keadaan jalan raya di Ranau
inilah realiti yang menyayat hati
nampak apa yang tumbang???
penungguan suatu penyiksaan..owh tiang lampu yang semakin tumbang dari hari ke hari
kegagalan cerun yang berlaku
pandangan dari sudut atas
inilah Zen Garden yang baru di 'up-grade'
anda nampak tandas yang tak kelihatan seperti tandas???
3 ulasan:
Komen saudara ini kurang tepat kerana anda mengulas secara umum dari kundasang ke kg mohimboyon dan mengatakannya kg mohimboyon yg sebenarnya tidak... sebagai ahli geologi kenyataan anda yg menyatakan masalah runtuhan batu itu disebabkan kegagalan cerun jg kurang tepat. anda tidak pun melawat punca di mana batu2 tersebut datang? Baik review balik.. tentang jalanraya tu semuanya disebabkan oleh permainan politik... bukan 15 tahun seperti yg dikatakan tetapi sejak zaman berjaya malahan usno dulu... Kalau anda menyatak dalam tesis anda bagaimana masalah jalan tersebut berlaku saya rasa tesis anda boleh di ragui maklumatnya.. bagaimana pun selamat berjaya....
Halik Amid..komen. Setahu saya kg.mohimboyon baru (sumbiling dan danggoi) telah wujud sejak 1968 lagi. Keadaan geologi tidaklah seteruk sekarang kerana pada masa itu kurang pembengunan dan penerokaan tanah secara meluas dibuat. Tak dinafikan bahawa mengikut kajian geologi kota kinabalu bahawa tanah di kg. mohimboyon dan kawasan kundasang keseluruhannya sentiasa bergerak dan terdapat air bawah tanah dan kesannya sentiasa berlaku tanah runtuh seperti yang berlaku di smk. kundasang dan gen garden. Tentang jalan raya pula saya dah hidup lebih 46 tahun namun pada 2011 barulah khabar gembira yang mana jalan raya sedang dibuat dengan kos 56 juta ringgit dan dijangka siap pada mei 2013. Syukur alhamdulillah. Persoalannya mudah mana janji 100 hari sabah baru yang dijanjikan dahulu??????? Sila berikan komen anda TQ
Betul spt yg di komen oleh En halik Amid. Sepatutnya kejian pengkaji harus bukan sahaja dari kadaan pada waktu banjir tu tapi yg sebelumnya. Saya rasa komen yg diberikan agak kurang tepat.. perlu kajian lagi..
Post a Comment