Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

25 April, 2012

Kerajaan BN Sabah sudah lama tipu rakyat


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KENINGAU, 24 April: Pemuda PAS Sabah melahirkan kekesalan terhadap pihak tertentu yang cuba mempolemikkan isu mengenai taraf kehidupan rakyat terutama yang melibatkan rakyat di kawasan pedalaman negeri ini. 
Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mendakwa, peningkatan taraf kehidupan rakyat di negeri ini merupakan hasil usaha dan titik peluh yang dibangunkan sendiri oleh rakyat dan bukannya ditentukan oleh usaha kerajaan.


“Peningkatan kehidupan yang kian bertambah baik yang dinikmati oleh penduduk pedalaman pada hari ini bukan hasil usaha kerajaan, namun hasil keringat dan kudrat rakyat itu sendiri.

“Peningkatan pendapatan ekonomi rakyat terutama yang melibatkan pertanian adalah didorongi oleh permintaan komoditi pasaran dunia dan bukan disebabkan rancangan pihak kerajaan negeri.

“Makanya, rakyat perlu sedar bahawa selama ini kerajaan cuba hendak menjadi hero dan seolah-olah menunjuk-nunjuk kehebatannya sedangkan sedikitpun usaha itu adalah disebabkan rakyat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Keningau.

Lahirul bersama rombongan pemuda PAS Sabah ditemui ketika mengadakan kunjungan dan lawatan kerja selama sehari ke kawasan-kawasan pedalaman Sabah.

Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh Institut Kajian Politik dan Strategik Pemuda PAS Sabah mendapati bahawa, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang diamanahkan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan industri dan pendapatan rakyat tidak memenuhi keperluan sebenar apatah lagi LIGS menawarkan harga pasaran getah yang jauh lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan di Semenanjung Malaysia dan pasaran dunia.

“Kerajaan negeri tidak berperanan sebagai agensi khusus sebaliknya menjadi dalang utama yang menyekat peningkatan ekonomi pertanian.

“Kita (PAS) bimbang dengan perkembangan ini yang seolah-olah kerajaan langsung tidak peka dan prihatin terhadap keluhan dan rintihan peneroka getah.

“Kerajaan bukan sahaja menampakkan ianya telah gagal mengurus ekonomi negeri, malah gagal juga dalam mengarah dan mengurus LIGS supaya mengoptimumkan harga pasaran getah agar lebih selaras dengan harga pasaran dunia.

Selain itu, beliau turut menegur kerajaan negeri agar memastikan pengilang kelapa sawit tidak mengambil kesempatan membeli sawit dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang sepatutnya diterima peneroka.

“Kerajaan negeri perlu melihat perkara ini sebagai satu masalah serius dan perlu ditangani dengan segera. Jika ianya berleluasa, isu ini akan menjadi barah dan meminggirkan serta menindas golongan peneroka.

“Masakan pihak kerajaan negeri tidak mengetahui perkembangan ini, sedangkan lessen pemilik dan pengusaha kilang, dikeluarkan oleh kerajaan negeri sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, harga sawit mentah yang dibeli oleh kilang hanya sekadar RM 800.00 setan namun hampas (bio-mass) sawit dimiliki oleh pekilang. Harga hampa (bio-mass) di pasaran dunia adalah diantara RM 1,200.00 hingga RM 1,500.00 setan.

“Ini bererti, pekilang kelapa sawit mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan cubaan menipu dan menindas rakyat kampung.

“Kerajaan juga menunjukkan sikapnya yang langsung tidak pandai mengurus kebajikan dan ekonomi rakyat,” jelasnya dalam nada kecewa.

Pemuda PAS juga katanya, turut mempertikai kehadiran pelbagai agensi persekutuan ke Sabah yang hanya berminat memungit hasil namun tidak memberi sumbangan kepada negeri ini.

“Kita boleh senaraikan seberapa banyak agensi persekutuan yang datang ke Sabah ini seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM), RISDA, MPOB, MTAB dan juga Lembaga Koko Malaysia.

“Untuk apa agensi-agensi ini datang ke Sabah, sedangkan mengikut Perlembagaan Malaysia ada menyebut bahawa pertanian adalah hak mutlak kerajaan Negeri Sabah.

“Dan, perkara ini juga bercanggah dengah Perjanjian Malaysia 1963,” jelas beliau.

13 February, 2012

Tanah adat: Kenapa perlu rampas hak anak Sabah?


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 12 Feb: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan rasa terkejut dan kekesalan terhadap kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang jelas bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah (OTS) berkaitan hak asasi anak negeri ke atas pemilikan tanah di Sabah.  
Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan menyifatkan tafsiran yang dibuat oleh Peguam Negeri Sabah berhubung tuntutan hak asasi oleh Anak Negeri Sabah selepas 1930 sebagai tidak sah, adalah tindakan menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930.
 “Kita amat kesal dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah ini. Ini bakal menjerumuskan kesulitan anak Sabah mengenai pemilikan tanah dibawah undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.
 
Menurutnya, PAS cukup sangsi dengan keupayaan beliau sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan Anak Negeri Sabah.
 
“Isu ini bukan perkara yang sepatutnya dibuat main-main oleh kerajaan. Ianya perlu dibawa ke muka pengadilan yang seadilnya bagi memastikan tanggungjawab kerajaan mempertahankan hak Anak Negeri Sabah tidak terabai dan dipandang rendah,” jelasnya.
 
PAS juga berpendirian bahawa, hak asasi Anak Negeri Sabah mesti dipertahankan dan meminta mana-mana pihak yang merampas tanah-tanah adat negeri sama ada melalui pemalsuan dokumen dan identiti diri dapat memulangkan semula hak anak negeri tersebut kepada pemiliknya.
 
“Hak Anak Negeri Sabah perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin. Ini hak kita, ini tanah kita... kenapa perlu mereka merampas hak kita?
 
“Di mana suara pemimpin-pemimpin kerajaan kita... yang selama ini merekalah mendabik dada memperjuangkan hak. Di mana mereka ketika ini?
 
“Anak-anak Negeri Sabah hidup dibelenggu ketakutan dan ancaman,” jelas Julpikar.

04 January, 2012

Jangan layan mahasiswa dengan cara 'kebinatangan'


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini mengutuk sekerasnya tindakan keganasan terhadap sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan memukul dan membelasah mahasiswa tersebut untuk menyeleraikan mereka sebagai satu tindakan yang bersifat ‘kebinatangan’ dan terkeluar dari norma manusia beragama.

“Tindakan tidak berperikemanusiaan dan lebih kepada kaedah ‘kebinatangan’ dalam menyuraikan kemaraan mahasiswa dan anak muda ini,” katanya.

Menurutnya, polis perlu menghormati peruntukkan yang sedia ada dan tidak sepatutnya dalam keadaan jahil dengan menuruti apa sahaja kehendak parti politik tertentu.

“Jangan jadi budak hingusan kepada UMNO/ BN. Tugas anda menyelamatkan hak rakyat… bukan melindungi pemimpin zalim.

“Berlaku adillah kepada semua pihak,” tegas beliau.

Beliau turut menyifatkan agenda transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya politik murahan yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa pengertian.

“Jangan termasuk dikalangan petanda dan ciri-ciri golongan munafik. Apabila bercakap, tidak menepati apa yang diucapkan.

"Sudah-sudahlah berjanji menggula-gulakan kehidupan rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, insiden yang berlaku terhadap mahasiswa bukan sahaja dirasai golongan itu, malah turut dirasai golongan anak muda seluruh negara.

Dalam insiden malam tadi, kira-kira 17 mahasiswa ditahan dan dua orang cedera parah dalam perhimpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, malam tadi.

22 November, 2011

ISA : Adakah Najib dijerat sepupunya?



sumber: http://monazmuslim.blogspot.com

Mana ada amalan semangat setiakawan dan kesetiaan di dalam UMNO hingga ke saat ini. Yang ada dalam jiwa pimpinan UMNO ialah menjatuh atau memijak kawan sendiri demi menaiki tangga jawatan dalam parti korup itu. Selain hasad dengki dan khianat, amalan memberhalakan pemimpin atasan dah jadi satu kewajipan bagi mereka yang mahukan jaminan kedudukan dan jawatan selamat samada dalam parti maupun kerajaan. Lihat saja gelagat ahli MT UMNO yang sentiasa mengiyakan saja apa yang diucapkan oleh Presiden mereka. Hatta jika kenyataan yang mempersendakan Islam pun disokong sama kerana takut dicop sebagai penderhaka. Senario ini mula berkembang-biak sejak Mahathir menerajui UMNO pada 1982.
Sejarah pertukaran Presiden UMNO sejak zaman Hussein Onn lagi tidak berlaku secara gentleman, sebaliknya kerana 'diasak' oleh Timbalannya. Dan begitulah juga apa yang dialami oleh Mahathir dan Pak Lah.
Bagaimana pula dengan Najib?

Satu hal di luar jangkaan telah pun berlaku dalam negara minggu lalu. Terpampang tajuk utama muka depan akhbar "13 orang ditangkap bawah ISA".

Pastinya berita itu menggemparkan rakyat kerana pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, PM Najib mengumumkan secara rasmi pemansuhan akta drakonian itu. Hanya menunggu draf baru Akta Keselamatan Negara diluluskan Parlimen bagi menggantikannya.

Dalam konteks penahanan di bawah akta zalim ini, ianya terletak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri sepenuhnya. Bermakna, tangkapan ke atas 13 orang itu dibuat setelah Hishamuddin mengarahkan pihak Polis bertindak.

Yang menjadi tanda-tanya rakyat, mengapa masih ada tangkapan ISA sedangkan akta tersebut telah dimansuhkan.

Atau Hishamuddin sendiri sudah memulakan langkah keduanya untuk menjatuhkan imej sepupunya sendiri selepas tindakan ganas Polis 'membelasah' rakyat dalam Bersih 2.0 lalu?

Segala kemungkinan tidak boleh diketepikan begitu saja sebab dah menjadi tradisi dalam kepimpinan UMNO yang sanggup menjatuhkan siapa saja demi mempercepatkan proses naik ke satu mata tangga lagi menjadi orang No.2 parti dan seterusnya menjawat jawatan TPM.

Dalam keadaan iemj dan kredibiliti Najib terus pudar dengan pelbagai skandal termasuk gaya hidup mewah bininya serta timbulnya desas-desus dah wujud satu gerakan dalaman UMNO sendiri yang mahukan Najib berundur segera, tentunya Hishamuddin melihat senario yang berlaku sebagai satu peluang yang tidak wajar disia-siakan.

Penulis cukup yakin ada 'perbincangan' antara Muhyiddin, Hishamuddin dan Mahathir bagi memastikan Najib terpaksa berundur secara terhormat bagi mengelakkan UMNO lebih awal berkubur. Malahan pimpinan UMNO di semua peringkat turut menyedari Rosmah Mansor merupakan liabiliti kepada parti dan negara.

Ada sumber menyebut, di kalangan wanita UMNO sendiri menjadi kelu lidah mereka bila rakyat mempertikaikan gaya hidup mewah Rosmah. Ini menunjukkan orang Melayu sendiri cukup benci dan meluat dengan Rosmah. Secara tidak langsung Najib dilihat gagal mengawal bininya yang cukup terkenal dengan ilmu hitamnya. Ada sumber menyebut, kini Najib terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz bagi melawan ilmu hitam bininya.

Waima apa pun, penahanan di bawah ISA itu memang ada agenda tersendiri. Sebagaimana biasa, tentunya ada mangsa yang dijadikan kambing hitam bagi mencapai sesuatu hasrat sebab cara politik UMNO ialah matlamat menghalalkan cara.

Just wait and see what next...

31 October, 2011

Pemuda PAS Sabah gesa kerajaan kaji Akta Tentera 1972


sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 30 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mengesa dan mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda dan mengkaji Akta Tentera 1972, yang disifatkan sebagai menzalimi anggota tentera peringkat bawahan.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar) mendakwa, Kementerian Pertahanan perlu mengkaji serta membuat pindaan terhadap akta tersebut memandangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Akta ini tidak adil kepada anggota tentera kerana bersifat zalim. Akta ini tidak melibatkan kepada pegawai tertinggi,” dakwanya kepada Sidang Media selepas Perasmian Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kota Kinabalu Kali Ke-21 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS disini pagi tadi.


 
Beliau menambah, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang sama rata kepada semua anggota tentera dan tidak tertumpu kepada anggota bawahan sahaja.

Pada 25 Oktober lalu, beliau mendakwa berlakunya penindasan dan penyelewangan terhadap anggota apprentice Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketika diminta mengulas isu berkenaan, beliau mendakwa kerajaan sudah menghabiskan berbillion ringgit disebabkan penyelewengan dan penindasan tersebut. Dakwanya, kerajaan dan TLDM perlu memberi penjelasan lanjut dan bukannya berselindung mencari pelbagai alasan.

“Sekiranya kerajaan dan TLDM telus dan bersungguh memperjuangkan hak dan kebajikan anggota tentera, maka PAS mencabar supaya isu ini dijawab dalam masa tujuh hari. Kerajaan tidak perlu khuatir terhadap pendedahan ini,” cabarnya.

Beliau juga meminta agar pihak pengurusan tertinggi TLDM tidak gelabah dan ‘melenting’ kerana penindasan tersebut juga melibatkan kepentingan anggota yang terdiri daripada golongan belia.

“PAS komited kepada golongan belia. PAS sama sekali tidak mempolitikkan isu ini, kerana PAS sudah sedia maklum sebagai parti yang memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat,” jelasnya.

Tambah beliau, walaupun skim berkenaan telah dimansuhkan oleh TLDM dan hampir 200 daripada 1,000 pelatih telah berhenti namun anggota yang berhenti tersebut wajar menerima pampasan dan ganti rugi terhadap penindasan tersebut.

“Mereka ini perlu diberikan pampasan dan ganti rugi. Mereka ini berada dikalangan mereka yang ditindas dan kerajaan yang menindas perlu bertanggungjawab,” ujarnya.

27 October, 2011

Gabungan Airasia-MAS, zalimi warga miskin

Sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/


MIRI: Penerbangan Malaysia (MAS) tidak seharusnya menghentikan perkhidmatan penerbangan Firefly di Sarawak berikutan ia adalah perkhidmatan alternatif rakyat Sarawak untuk ke Semenanjung Malaysia.

Aktivis Sosial Wan Zain Syed Modzar (gambar) berkata, sekiranya perkhidmatan itu dihentikan, maka golongan berpendapatan rendah yang mempunyai anak yang belajar di Semenanjung Malaysia akan turut menerima kesan.

25 October, 2011

Pemuda PAS Sabah Bongkar Penindasan Kerajaan Terhadap Apprentices TLDM

KOTA KINABALU, 25 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia ke atas anggota apprentices Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

02 October, 2011

Mat Sabu Turun Tawau, Ada Pihak Gelabah??

Tawau, 2 Oktober: Kunjungan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu atau sinonim dengan panggilan "Mat Sabu" disambut dengan kehadiran kain rentang provokasi yang berniat jahat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pimpinan PAS tersebut yang melakukan lawatan kerja ke Tawau dan Kalabakan, Sabah bagi bertemu dengan masyarakat di dua parlimen tersebut secara umumnya mendapat sambutan luar biasa oleh penduduk di sana.

01 October, 2011

Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah Jumpa Musa Aman


KOTA KINABALU, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) kelmarin telah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan akhbar tempatan baru-baru ini.
       

14 July, 2011

SAHIH!!MEMANG HOSPITAL DI SERANG


Kita biasa dengar orang kata "Kalau ya pun nak temberang orang, biarlah logik sikit...". Sebelum ni KPN Ismail Omar telah menafikan dakwaan bahawa Hospital Tung Shing di Jalan Pudu telah diserang oleh Polis pada 9 Julai lalu. Malangnya si tua bodoh sang pengampu rejim UMNO itu dok ingat rakyat akan percaya cakapnya. Apa dia ingat semua rakyat negara ni bodoh dan boleh terima bulat-bulat cakapnya. Sorrylah... ini bukan zaman 70 atau 80an.

Semalam, sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan tampil memberikan keterangan mereka dan mengesahkan memang Polis menyerang hospital berkenaan. Berikut adalah laporan berita yang disiarkan oleh malaysiakini.

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

GAMBAR TERBARU MANGSA BERSIH

http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/07/gambar-terbaru-mangsa-bersih.html

Gambar terbaru mangsa peluru getah dan bom pemedih mata, Fayad Al-Bakri



MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.- milosuam.blogspot.com








Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

12 July, 2011

Gambar perhimpunan BERSIH 2.0 di seluruh dunia!


Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.