24 June, 2010

"Condom House"

Share
sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com


"Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila sebaik sahaja melihat mengenai perkataan tersebut. Dalam seumur hidup penulis, penulis amat terbiasa jika melihat kondom dijual di pasaraya-pasaraya umum biasa namun, dengan adanya satu kedai yang dikhaskan untuk menjual kondom merupakan perkara yang amat tidak munasabah untuk diwujudkan.

Kedai ini terletak di area berdekatan bandar Kuching. Bagi penulis, kewujudan kedai sebegini akan menggalakkan perzinaan dan mendedahkan mengenai seks kepada golongan pelajar khususnya. Kedai seperti ini menggalakkan kepada runtuhnya akhlak seseorang insan dan lebih teruk lagi apabila kanak-kanak didedahkan dengan benda-benda seperti ini melalui penjualan kondom secara terbuka.

Pandangan hadapan kedai..

Ada juga kedai macam nie.. pelik!!

Hasil pengamatan sahabat penulis yang melakukan tinjauan ke kedai tersebut, pelbagai jenis kondom dijual dengan direka bentuk dengan lebih kreatif bagi menarik perhatian pelanggan. Penjualan kondom secara terbuka dengan meluas akan menyebabkan gejala seks sentiasa berlaku dan penulis tidak menolak kemungkinan bahawa golongan remaja seawal umur 12 tahun terlibat dalam gejala ini.

"Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010. Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)".

Pihak yang berkuasa sepatutnya mengkaji semula mengenai kedai ini kerana kesannya yang begitu besar terhadap masyarakat terhadap keruntuhan akhlak masyarakat.

p/s: Kalo tutup terus kedai nie lagi baik, menyusahkan ja!

Komen Via Facebook

2 ulasan:

Unknown said...

Much appreciated you all that much to share these connections. Will look at this.. condom

Anonymous said...

Sahabat Blog Sabah atau Sahabat Blog SARAWAK? Untuk makluman, masuk kedai tu dulu sebelum mengata. Tak tahu maka tak kenal maka tatap bawah tempurung. Penjualan kondom mungkin menggalakkan seks bebas tapi dapat juga membendung kes hamil, sebarnya penyakit kelamin dan STDs. Tapi semua itu bergantung dengan tahap pendidikan & pendedahan kepada para pelajar tentang isu seks. Para ibu bapa juga penting memainkan peranan tentang seks. Sekian

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.