Showing posts with label TABAH. Show all posts
Showing posts with label TABAH. Show all posts

15 April, 2012

Bangkit 2.0 diadakan pada 28 April

sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU, 12 April: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) akan mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau Bangkit 2.0 pada 28 April ini, di Padang Merdeka. Kota Kinabalu.

Pengerusi Tabah, Hisammuddin Sulaiman berkata, perhimpunan tersebut bakal bergabung serentak dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada tarikh serta lokasi yang sama.

 

“Tabah akan terus mengadakan perhimpunan aman ini tanpa melibatkan sebarang perarakan seperti mana yang diuar-uarkan akan dilaksanakan oleh Bersih. Tujuan kita hanyalah bagi menyuarakan perasaan rakyat dan orang kampung yang mengalami masalah tanah.

“Tabah juga akan memastikan setiap peserta mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan tidak mahu sebarang anasir liar dan jahat dimulakan oleh peserta. Kita mahu buktikan kepada seluruh dunia bahawa peserta perhimpunan aman ini semuanya baik dan mengikut peraturan,” katanya.

Menurutnya, Tabah akan menghantar surat pemberitahuan kepada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu bagi memaklumkan perhimpunan berkenaan dan memohon kawalan keselamatan bagi sebarang kemungkinan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tabah hanya akan mengadakan perhimpunan sahaja. Sebarang perarakan perlu bertanyakan kepada parti politik sama ada mereka mahu buat atau tidak,” ujar beliau dalam sidang media pelancaran Bangkit 2.0 di sini kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Tabah yang juga Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu memaklumkan bahawa persetujuan awal yang diperolehi semasa pertemuan bersama Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria pada Mac lalu juga turut mengakui hanya dua lokasi yang dibenarkan untuk perhimpunan iaitu sama ada di Stadium Likas atau Padang Merdeka.

“Polis sudah memberikan persetujuan, hanya dua lokasi di sekitar Kota Kinabalu ini sesuai untuk berhimpun sama ada di Stadium Likas atau Padang Merdeka.

“Cumanya, kita diminta untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan berkenaan bagi penggunaan tempat,” jelas Lahirul.

Tambahnya, memorandum turut akan diserahkan semasa perhimpunan tersebut dengan diwakili oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

“Oleh sebab Ketua Menteri terlalu ego untuk berjumpa dengan rakyat semasa 123 Bangkit yang lalu, maka pada hari tersebut kita akan menyerahkan memorandum serupa kepada pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.

“Kita mahu, hak rakyat Sabah ini dikembalikan kepada mereka, katanya

14 March, 2012

TERKINI: Himpunan '123BANGKIT' berjaya menyerah memorandum (update)


sumber: http://islamreturn.blogspot.com

Seawal pagi lagi aku dah berada di tapak perhimpunan.. badan letih sangat.. tak larat nak tulis banyak, layan gambar himpunan ini.. apa2 pun terbaik kepada penganjur himpunan..!

 6.30 pagi lagi polis sudah bersedia di tapak perhimpunan

Rakyat berkumpul sebelum bergerak ke pejabat Ketua Menteri (berlatarkan banggunan Yayasan Sabah) 
Ucapan bersemangat oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Zulfikar Abd Mijan
Blogger Monazmuslim (ketua Umum SBS Media) bersama jurugambar bebas 
 Polis mengawal lalulintas
 Pergerakan rakyat ke pejabat Ketua Menteri Sabah
Hj. Hamzah, Tim. Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah turut serta bersama rakyat
Polis membuat halangan di hadapan jalan ke banggunan Ketua Menteri
Boleh tahan jugak FRU nie.. tapi tak seganas FRU Bersih ;)
 Bila lagi nak rasa lepak sebelah pickup polis, kalau ikutkan nak ambil gambar dari dalam.. haha..
 Bersama wakil kaum Iban dari Tawau
Ketua Pemuda, Setiausaha dan Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah
Aku cuba upload sebanyak mungkin gambar.. tapi berukband nie lembab.. nak mudahnya bleh terus ke laman rasmi himpunan.. gambar aku jugak tu.. klik disini (http://www.facebook.com/123bangkit/photos)

Himpunan juga diadakan di Semenanjung
 Mahasiswa di Pasar Seni, Kuala Lumpur

 Mahasiswa di Ayer Keroh, Melaka

Pembetulan: Memorandum tidak diserahkan, ini adalah kerana Ketua Menteri Sabah hanya menmghantar wakil. Pihak penganjur akan mengadakan tarikh baru untuk menyerah sendiri ke tangan Ketua Menteri. BERSEDIA untuk BANGKIT 2.0

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.