Projek Hub Pendidikan Sandakan yang telah berjalan sehingga kini telah mengorbankan banyak tanah dan penempatan penduduk. Penduduk yang menempati tanah-tanah rizab kerajaan sepanjang jalan Sungai Batang sudah dipindahkan dan tanah-tanah tersebut dikosongkan berikutan projek pembesaran jalan. Mereka yang tidak memiliki hak milik ke atas tanah yang diduduki tidak mendapat sebarang pampasan. Hanya terdapat tawaran berupa rumah yang bakal disewa di tempat yang bakal di bagunkan tidak jauh dari jalan Sungai Batang. Buat sementara (entah sampai bila), mereka bercempera mencari tempat tinggal masing-masing sejuah batu 12.
Bagi penduduk yang memiliki tanah pinggiran jalan, mereka ditawarkan pampasan atas pengambilan bahagian-bahagian tanah mereka. Salah seorang penduduk yang ditemui, Pakcik Sapar bin Matusin, seorang suku Bajau berasal Tuaran, Sabah memaklumkan bahawa projek pembesaran sungai yang dilakukan bagi melancarkan pengaliran air dari kawasan Hub Pendidikan ke laut, telah melibatkan sejumlah 4 ekar tanahnya. Selain itu beliau juga kehilangan sebanyak 200 pokok kelapa sawit yang sedang muda, 300 tompok tebu dan 90 batang pokok pisang. Untuk semua itu, kerajaan menawarkan RM 342,800.00.
Pakcik Sapar Matusin
Memikirkan bahawa pampasan yang ditawarkan itu belum memadai jika dibandingkan dengan kerugiannya akibat pengambilan tanah dan kemusnahan aset di atasnya, dia masih menangguhkan surat setuju terima kadar jumlah tersebut. Menurutnya, kadar yang ditawarkan itu tidak lebih baik daripada tanah miliknya seluas 4 ekar yang telah diambil oleh kerajaan. Beberapa pandangan mengenai kadar munasabah sedang dicari oleh beliau.
Pakcik Sapar Matusin, telah menghuni tanahnya sekarang lebih 40 tahun. Dalam usianya menjangkau 63 tahun, dan keperluan pembelajaran anaknya di universiti dan ada yang masih bersekolah, beliau berniaga air tebu di gerai pinggir jalan Sungai Batang tidak jauh dari rumahnya.
Syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembesaran sungai melibatkan 4 ekar tanahnya itu ialah syarikat Wijaya Daya Sdn. Bhd.
Menurut Pakcik Sapar Matusin, terdapat beberapa penduduk yang rumahnya terlibat dengan pembesaran jalan bakal terpaksa berputih mata. Rayuan agar susur jalan dianjak ke arah bukit agar tidak mengenai rumah mereka tidak dilayan.
Sungguhpun begitu, ada sebuah rumah yang sedang rancak dibina di pinggir jalan yang sedang dibesarkan. Apakah muslihatnya?
Sungguhpun begitu, ada sebuah rumah yang sedang rancak dibina di pinggir jalan yang sedang dibesarkan. Apakah muslihatnya?
0 ulasan:
Post a Comment