10 May, 2011

Harga Gula Naik 20 Sen, 10 Mei 2011.

Share
Sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/


Esok harga gula akan naik lagi, yang pasti ia akan memberikan kesan domino kepada harga-harga barang lain.

(Walaupun di kampung Wak-Wak, Gentisan, Teluk Sepanggar, K.Kinabalu ada kedai yang sudah menjual gula dengan harga RM 2.50 sekilogram!)

Kenaikan harga barang keperluan tersebut berikutan penyelarasan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan di mana akan menjimatkan RM116.6juta. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom membuat kenyataan bahawa kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," 
Sambil menjelaskan bahawa harga gula di Malaysia sebenarnya lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.


Walhal yang sepatutnya menerima pengurangan perebelanjaan ini adalah orang-orang kuat kerajaan, para menteri dan orang-orang atasan kerajaan, maklumlah minyak, kereta dan percutian pun ditaja oleh kerajaan.

Bukan itu sahaja dianggarkan RM108 billion duit kerajaan lesap disebab oleh gejala rasuah hinggakan kita yang menanggung segala-galanya. Ditambah lagi dengan projek-projek yang tidak bermanfaat seperti e-mail 1 Malaysia yang menelan belanja RM50 Juta menunjukkan betapa penyelarasan subsidi adalah sia-sia.

Sememangnya terbukti hanya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang mampu memimpin Negara.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.