Sejarah Ringkas
Pandasan merupakan sebuah perkampungan terpinggir di utara daerah Kota Belud Sabah. Satu ketika dahulu di bumi Pandasan ini masyarakatnya begitu teguh berpegang pada ajaran dan undang undang Islam. Pernah terjadi seorang pemuda berbangsa Samah beragama Islam telah dikenakan hukuman sebat kerana kesalahan berzina. Pasangannya adalah seorang gadis berbangsa Dusun bukan Islam. Gadis tersebut juga dikenakan hukuman mengikut hukum adat suku kaum Dusun kerana undang undang Islam tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Peristiwa Pandasan atau lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Perang Pandasan telah berlaku pada 26 April 1915 bersamaan dengan 12 Jamadilakhir 1333(H). Beberapa hari selepas tewasnya Pahlawan Antanum di Rundum.Pada tarikh ini,Sharif Ali atau lebih dikenali sebagai Embo Ali juga Sabil Ali bersama sama dengan pengikut-pengikutnya yang terdiri dari suku kaum Samah, Dusun dan Irranun telah terkorban.Sharif Ali merupakan adik kepada Datu Paduka Mat Salleh, pahlawan terbilang Sabah. Embo Ali yang juga seorang ulama ahlul bait dan pahlawan bangsa menentang British kerana tidak bersetuju dengan sistem cukai yang dikenakan oleh British North Borneo Company (BNBC).
BNBC yang pada mulanya datang sebagai pedagang dan penyewa akhirnya meminta cukai daripada tuan tanah.Nampak sangat sikap penipu bangsa beruk British ini. Penentangan Embo Ali juga adalah disebabkan rasa tidak puas hati dengan perangai beruk-beruk British yang cuba mengambilalih pemerintahan dan ini menjadi kenyataan setelah tanah Sabah diserahkan kompeni kepada Kerajaan British secara tidak sah pada tahun 1946. Pandai sangat British ini mengambil kesempatan. Bersama sama dengan orang tempatan lawan Jepun supaya mereka dianggap berjuang membebaskan bumi Sabah. Padahal merekalah yang membunuh dan menghapuskan kuasa pembesar pembesar sebelum itu.
Berbalik kepada peristiwa perang Pandasan, upacara “Betitik” selama 3 hari 3 malam juga disebut masyarakat Irranun sebagai "Peghkalilang" telah diadakan. Irama “Tigad-tigad” yang membawa maksud tetak dalam bahasa Samah mengiringi hari hari terakhir para pejuang. Kiranya macam dalam cerita kungfu la, sebelum menghadapi peperangan, gendang perang di palu terlebih dahulu bertujuan untuk menaikkan semangat para pejuang. Ketibaan pasukan polis British dinanti dengan zikir dan wirid memuji keagungan Allah s.w.t. Barisan pejuang menanti kedatangan mereka dengan berpakaian serba putih setelah mereka berkeputusan untuk mempertahankan kedaulatan hingga ke titisan darah yang terakhir walau hanya dengan bersenjatakan gayang(pedang), bujak(lembing), pidah(parang) dan senjata tradisional yang lain.
Pasukan polis British mula melakukan serangan, dentuman bunyi meriam dan senapang berselang seli dengan jerit tempik laungan “Allahuakbar” membingitkan suasana perang Pandasan, yang kini merupakan tapak Tamu Pandasan. Tembakan meriam dan senapang pasukan polis British tidak sedikit pun mencederakan Embo Ali dan pengikut pengikutnya.Ternyata kehebatan “Ilmu Petunang” berjaya membuatkan senjata anggota polis British tidak berfungsi dan membuatkan mereka saling tembak menembak sesama sendiri.Tembakan yang dilepaskan juga tidak mengenai sasaran. Kesannya masih boleh dilihat pada pokok2 besar sehingga ke hari ini.
Kota Belud terkenal dengan penunggang kuda yang handal
Melihat kepada keadaan tersebut, lahirlah watak seorang talibarut yang bernama Arshad. Arshad merupakan salah seorang dari pengikut Embo Ali yang telah diperturunkan ilmu kepahlawanan. Arshad yang telah dirasuk syaitan mula membayangkan imbuhan yang akan diperolehinya setelah mengkhianati rakan seperjuangan dan gurunya sendiri. Tidak seperti Jebat yang derhaka kerana menuntut Keadilan, Arshad menderhaka kerana kuasa dan kekayaan. Arshad memilih untuk hidup mulia, Embo Ali memilih untuk mati syahid. Arshad mengetahui kelemahan Embo Ali lalu bertindak meminjam bujak (lembing) kepunyaan gurunya itu. Sebagai salah seorang anak murid yang paling dipercayai dan antara yang terhandal berbanding yang lain, Embo Ali tidak menyangka anak murid kesayangannya yang seorang ini sebenarnya takut mati dan terlebih dahulu telah berpakat dengan pihak British. Setelah mendapat bujak kepunyaan gurunya itu dengan laungan “sumbang/setumbang noh kiti guru!!!’’ yang bermaksud “berlawanlah kita wahai tok guruku”, Arshad membujak Embo Ali dalam keadaan beliau tidak bersedia. Antara dialog yang dirakamkan dalam ingatan mereka yang tidak terbunuh dan menyaksikan babak tersebut adalah berbunyi seperti ini yang telah saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu." Sampai hatimu Arshad. Ku pelihara kau seperti anak sendiri, ku perturunkan segala ilmu. Sebegini rupa kau membalasnya".
Ini kerana Arshad bukanlah penduduk asal Kota Belud dan sudah menjadi budaya masyarakat di Kota Belud menghormati orang luar. Budaya ini kekal sehingga ke hari ini, dimana sekiranya anda seorang perantau dan datang ke Kota Belud, mereka akan melayani anda sebaik mungkin. Apa yang ada di dapur mereka, itulah juga yang anda makan. Melainkan sudah tiada, memadailah sekadar secawan kopi dan biskut kering. Seperti yang digambarkan dalam sebuah perumpamaan bangsa Samah, "Mangan nia mangan asal jo kiti kurung kurung" yang bermaksud makan tak makan,yang penting kita berhimpun. Di saat saat akhir hayatnya, Embo Ali sempat berpesan kepada anak muridnya yang lain agar meneruskan perjuangan "Baya ni matai entorong bujak", yang membawa maksud biarlah mati dihujung lembing. Akhirnya pergilah seorang pejuang agama dan bangsa. Pemimpin berkarisma yang menjadi simbol penyatuan bangsa yang berlainan agama dan kepercayaan.
Pengikut-pengikut Embo Ali yang masih hidup cuba membunuh Arshad tetapi tidak berhasil kerana Arshad sememangnya seorang yang handal bertarung hasil didikan Embo Ali. Satu demi satu pejuang gugur dan berakhirlah perjuangan suci dibumi Pandasan. Pakaian putih dibasahi darah merah. Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang di sebuah permakaman besar di kampung Pandasan selayaknya untuk mereka yang mati syahid. Mayat pejuang-pejuang yang bukan beragama Islam pula dikebumikan di kampung masing-masing. Arshad diangkat sebagai wira di Kota Belud. Sebuah sekolah menengah di Kota Belud diambil bersempena dengan namanya yang telah berjasa kepada British kerana mengkhianati guru dan rakan seperjuangannya. Berbekalkan ilmu kepahlawanan dan sokongan dari pihak British, Arshad mula berlagak seperti seorang dictator. Merampas tanah dan harta penduduk tempatan disamping mengenakan cukai-cukai yang tidak munasabah. Waris dan keturunan Embo Ali dan wira-wira Pandasan dihina sebagai keturunan pemberontak. Ada diantaranya yang berhijrah meninggalkan tanah tumpah darah mereka dan meninggalkan keluarga besar mereka di Kota Belud.
Begitulah seadanya satu penceritaan ringkas. Saya menyeru anak anak muda yag berbangsa Samah, Dusun dan Irranun terutamanya yang berasal dari Kota Belud agar tidak melupakan sejarah yang cuba dipadamkan ini. Rajin-rajinlah bertanya kepada orang-orang lama. Pelangi akan pergi setelah petang menjengah malam. Bangunlah pada keesokan hari bersama sinar pagi yang menerangi seluruh alam. Sejarah akan terus menipu selagi si penipu sejarah tidak didedahkan. Sejarah itu ditulis oleh orang-orang yang menang untuk memenangkan mereka yang menang dan yang menang adalah penjajah British dan agen mereka yang memerintah kita hingga ke hari ini. Embo Ali dan wira-wira perang Pandasan sudah hampir seratus tahun meninggalkan kita. Tapi kita yang masih hidup, hiduplah yang bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan mereka, kerana inilah sebenarnya perjuangan yang belum selesai. Suara keramat ini akan terus kedengaran, selagi hayat dikandung badan. BAYA NI MATAI ENTORONG BUJAK.. LAWAN TETAP LAWAN!!!
4 ulasan:
"Anda dijemput dipelawa hadir ke Seminar Minda Magnet Rezeki & iBEST. MMR untuk kita lebih cenderung menjadi seorang blogger berfikiran terbuka dan positif selain menjadi magnet rezeki...iBEST pula menajamkan kemahiran berblog & online marketing. INI BUAT JULUNG2 KALINYA kami berada di KK Sabah.."
Pendaftaran di sini, terima kasih >> http://meletopsakan.blogspot.com/2013/06/stg-mmr-ibest-hotel-yaho-kk-sabah.html
tulisan ini lebih banyak unsur-unsur drama dan nilai sejarahnya sedikit tercalar. Sejak bila pula orang Dusun teriak "alluakhbar" sedangkan orang Dusun di Kota Belud ketika itu masih lagi Pagan.
ANDA PENGEN CEPAT KAYA MELALUI JALAN PESUGIHAN TUYUL DAN ANDA JUGA BISA MENANG MELALUI ANGKA-ANGKA TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.
>>>>>KISAH NYATA DARI SAYA IBU DI JAWA BARAT <<<<<
Aslamu alaikum wr wb..
Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis
dan berbagi kepada teman2 melalui room ini,
sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga
dan mencapai kesuksesan yang luar biasa, mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki,
namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang,
hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yang saya punya,
akhirnya saya menanggung hutang ke pelanggan-pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 600 juta ,
saya sudah stress dan hampir bunuh diri anak saya 3 orang masih sekolah di SMP / SMA dan juga anak sememtarah kuliah,tapi SUAMI saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anaka-naknya ditengah tagihan hutang yang menumpuk,
demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue,
ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman
dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya.
dulu katanya dia juga seperti saya setelah bergabung dengan AKI DARMO hidupnya kembali sukses,
awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir
dan melihat langsung hasilnya, `
saya akhirnya bergabung dan menghubungi AKI DARMO di No 0823-1014-2255
Semua petunjuk AKI DARMO saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim,
Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya,
akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya,
semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha,
kini saya kembali sukses terimaksih AKI DARMO saya tidak akan melupakan jasa AKI.
JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH,
SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB AKI DARMO DI 0823-1014-2255
((((((((((((DANA GHAIB)))))))))))))))))
Pesugihan Instant 5 MILYAR
Mulai bulan ini (January 2016) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal,
serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar,
Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :
Mempunyai Hutang diatas 1 Milyar
Ingin membuka usaha dengan Modal diatas 1 Milyar
dll
Syarat :
Usia Minimal 21 Tahun
Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda
Proses :
Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
Harus siap mental lahir dan batin
Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
Pada malam hari tidak boleh tidur
Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :
Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
Ayam cemani : 2jt
Minyak Songolangit : 2jt
bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt
Prosedur Daftar Ritual ini :
Kirim Foto anda
Kirim Data sesuai KTP
Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 5 MILYAR
Kirim ke nomor ini AKI DARMO: 0823-1014-2255
SMS Anda akan Kami balas secepatnya ATAU KTIK -- http://fleepster09.blogspot.co.id
Maaf Program ini TERBATAS hanya untuk beberapa Orang saja..?
https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
İXWF
Post a Comment