29 September, 2011

Madrasah Poligami: Melahirkan 'Super Husband'

Share
Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Salam Ramadhan.. (artikel ini ditulis di dalam bulan Ramadhan tempoh hari, ketika menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu..)

Sebenarnya agak lama juga aku ingin ketengahkan isu ini, namun kekangan kehangatan 'politik negara' yang semakin meruncing, membantutkan seketika untuk aku menulis tentangnya. Sebaiknya, sebelum meneruskan pembacaan tajuk ini, aku sarankan agar pembaca merujuk dahulu penulisanku yang lepas (disini)

Hasrat aku menulis ini bukan bermakna ianya tepat seperti idealnya, namun konsep dan objektif yang tersirat pada keharusan poligami ini harus dibongkar kerana disana ada hikmah kenapa Islam yang mulia ini mengharuskan poligami, malah adakalanya sampai kepada situasi wajib.

Poligami dan Kehebatan Seorang Suami

Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk menguruskan soal rumahtangga. Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang telah berumahtangga, tanggungjawabnya terlampau hebat dan adakalanya tertewas juga dalam mengawal badai yang menimpa. Namun ibarat pepatah 'alah bisa, tegal biasa' membuktikan bahawa badai yang menerjah sebenarnya menguji kematangan sang nakhoda.

Mari kita andaikan situasi tersebut kepada kisah nakhoda dan kelasinya. Sekiranya sang nakhoda mempunyai seorang kelasi, ianya diibaratkan sebagai mendayung sebuah sampan.Andai kata pula kelasinya dua, dapatlah diibaratkan mengemudikan sebuah bot. Manakala apabila kelasi kapalnya tiga, ianya diibaratkan mengemudi sebuah kapal. Seterusnya andaikata kelasinya empat, maka semestinya lah diibaratkan nakhoda tersebut memimpin sebuah armada besar. Maka sudah pastilah keempat-empat situasi berikut memiliki perbezaan diantara satu sama lain.

Seharusnyalah seorang nakhoda armada itu lebih hebat pribadinya, lebih hebat semangatnya, lebih hebat jatidirinya dan lebih hebat spritualnya. Ini kerana nakhoda tersebut pasti akan menempuh ribut, taufan, badai dan segala macam rintangan yang maha besar bagi memastikan armada pimpinan beliau berjaya sampai ke destinasi yang sangat jauh berbanding nakhoda lain. Ibarat ini, sekiranya terzahir dalam kehidupan berkeluarga (berpoligami), maka disanalah akan lahirnya seorang manusiawi bergelar suami yang hebat.

Kasih Ditabur Dengan Sempurna

Ibu atau bapa sememangnya bercita-cita untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Ibu bapa yang punyai seorang anak pasti tidak sama emosi dan perasaannya bagi mereka yang punyai dua orang anak. Begitu juga, yang mempunyai dua orang anak, pastinya tidak sama emosi dan perasaan berbanding keluarga yang punyai tiga orang anak. Begitulah sunnahnya kehidupan dalam sesebuah keluarga. Bagi ibubapa yang mempunyai anak ramai, agihan kasih sayang terbaik akan diberikan kepada setiap anak, agar diantara mereka tidak merasa disisihkan.

Andaikata kita mempunyai anak sulung yang telah berusia 15 tahun dan 13 tahun, dan seorang anak bongsu berusia 2 tahun. Pada masa yang sama, kita ingin membeli suatu hadiah pada anak yang bongsu, nescaya hati kecil kita akan bergolak untuk memikirkan apa pula hadiah untuk diberikan kepada anak yang sudah dewasa tadi. Sedangkan mereka sudah dewasa dan tidak lagi hamburkan dengan hadiah-hadiah seperti kanak-kanak dibawah usia. Namun hati naluri seorang ibu bapa akan terganggu juga sekiranya hadiah hanya diberikan kepada anak yang bongsu sahaja. Maka semestinya sesuatu mesti dilakukan bagi memastikan semua anak-anak merasai nikmat kasih sayang serta tanda ingatan dengan seadilnya.

Sebaliknya perasaaan tersebut tidak akan timbul sekiranya kehadiran anak bongsu tidak ada. Malah kasih sayang yang diberikan hanya menurut usia anak-anak tadi tanpa dapat dibandingkan dengan anak bongsu.


Begitulah nilai kasih sayang yang secara fitrahnya akan lahir diatas sifat keibubapaan. Perasaan yang sama juga akan terbit di dalam konteks seorang suami. Mana mungkin suami akan mengabaikan nilai kesamarataan kasih sayang ini hanya kerana faktor usia perkahwinan. Seorang suami yang hebat, pasti akan tergerak emosi bagi menjamin kualiti hidup sekeluarga. Seterusnya nikmat kasih sayang ini akan terus dinikmati malah 'kesegaran' akan sentiasa menjelma di dalam kehidupan berkeluarga bagi memastikan kesan nilai kasih tersebut terus dirasai oleh semua.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana Madrasah poligami sebenarnya mampu melahirkan 'Super Husband'.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.