13 June, 2011

Bertemu Kita Dalam Lapisan Makna

Share
Sumber: http://bayugunung.blogspot.com/



Memilih untuk tidak duduk diam di empuk sofa di rumah bila cuti-cuti malaysia tiba, bukanlah pilihan kebanyakkan orang.

Jika ada yang merasakan seluruh kehidupannya di ragut oleh masa di tempat kerja, cuti 2 minggu inilah masanya untuk melunaskan keletihan dengan duduk berehat dirumah atau pergi bercuti dimana-mana pusat peranginan.
Bagi saya, berpenat lelah mengembara jauh kemana saja arah destinasi akan dituju berkudratkan sepasang kaki ini adalah lebih bermakna malah lebih membahagiakan.

Baru saya perasan, setelah jauh dagang dibumi orang terasa sumbat-sumbat yang melekat di kepala ini tercabut satu-persatu. Ada hikmah Allah melorong kita untuk bermusafir melihat dunia di luar sana, agar terserlah siapa DIA dan siapa diriku, dia dan kamu semua.
Walaupun bertemu beberapa perkara yang sama hampir serupa di tempat sendiri, namun 'jauh' ini yang memberikan perspektif dan nilai yang berbeza. Pada rumput yang hijau, di awan yang berlapis, angin yang menyapa, bukit-bukau berbalam jauhnya, ada dan banyak bezanya....Jika melihatnya sampai ke lapisan makna.

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Dewan MBSA, Selangor

Saya menyentuh sepintas lalu tentang tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diadakan di dewan MBSA Selangor.

Tempat bermuktamarnya Dewan Pemuda ini siapa sangka telah menjadi milik PR. Sebelum tsunami politik 2008 itu, tiada siapa menduga bangunan yang terpacak gagah itu satu hari nanti jatuh ke tangan PR dengan izin Allah s.w.t.

Dengan tema sebesar itu, selain daripada huraian secara terperinci dalam buku ucaptama Ketua Pemuda, apakah kita telah bersedia dengan satu lagi tanggungjawab baru dalam perjalanan menuju PRU-13 nanti?
Ia mungkin tidak semudah yang kita jangkakan, sebagaimana besarnya harapan Al Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi agar setiap kita yang selesai menerima pingat kebesaran sebagai pelaksana tuntutan tema tersebut agar bersedia dengan akal dan jiwa kita.

Sebagai medan ujiannya, tahap kebersediaan kita untuk memikul tanggungjawab ini ada dalam realiti dan kelompok pemikiran anak muda sekarang ini.
Kelompok yang pertama anak muda ini mungkin dimana-mana saja kita boleh temui samada di lorong-lorong jalanan, di pentas hiburan atau gelanggang futsal. Memadai dengan sepatah dua kata atau hadiahkan sepasang piala itu sudah mencukupi bagi mereka bersama-sama kita. Selesai langkah pertama agenda membangkitkan anak muda kelompok ini.

Bagaimana dengan kelompok kedua ini, yang cakapnya petah, ideanya adalah ke
sempurnaan, cita-citanya realistik, semangatnya berkobar-kobar. Sebilangan besarnya kelompok ini duduk di menara gading, mengaji dan hadam pula teori tentang kebebasan, demokrasi, ketelusan dan integriti?...

Tanpa mengenepikan PR memerintah dibeberapa buah negeri, disamping menjaga ruang-ruang agar musuh tidak punya peluang untuk menyerang, pada masa yang sama idealisme kelompok ini nampak 'seperti' tidak berpihak kepada kita. Pertimbangan yang bagaimana harus kita gunakan untuk menyambut idealisme anak muda ini selari dengan tema muktamar?

Realitinya, lihat isu yang masih berlarutan sampai ke hari ini iaitu isu KUIN. Apakah pertimbangan kita sudah agak tepat dan cukup matang?..Hadamnya kita dengan kebangkitan anak muda ini, mampu meneraju kebangkitan 2 kelompok ini.

Pertimbangan anda bagaimana?

Apakah ketidak bersamaan kelompok kedua ini menunjukkan tahap ketidaksediaan kita sebagai peneraju?...masih terlalu awal untuk 1 kesimpulan.



1 Negara, 2 Cabaran

Selepas bermuktamar di Shah Alam saya meneruskan perjalanan ke sebelah utara iaitu ke negeri Jelapang Padi Kedah Darul Aman. Memang niatnya setiap kali musim-musim cuti saya mahu mengelilingi semua pondok-pondok di semenanjung sambil menadah kitab, menambah ilmu mencari berkat.


Pondok Buluh Nipis

Dunia pondok adalah dunia ilmu, ibadat dan disanalah juga ketenangan saya untuk mencari kekuatan sebelum kembali ke dunia yang satu lagi.

Tiga hari di Pondok Buluh Nipis, Jitra saya menamatkan perjalanan di Wangsa Maju dekat-dekat Gombak, bertemu rakan seusrah di kampus dulu, Sdr Alif Basri. Ternyata sosok pemikirannya sudah jauh melangkah seiring perkembangan semasa tanah air.

Dihujung hirup kopi radix berhampiran stesen LRT pagi itu, perbincangan kami tentang masa depan PAS dan pelbagai topik berkisar tentang 2 cabaran.

Iaitu di Sabah, cabaran kita masih diperingkat usaha untuk mengangkat pemikiran masyarakat yang masih agak keterbelakang dari sudut pendidikan, sarana utama kemajuan pemikiran dan kesedaran. Di semenanjung pula cabarannya pada menguruskan kepelbagaian rencam bakat dan pemikiran kelompok manusia.

Sampai kepada Makna

Berhadapan situasi ini, kita tidak mampu mencari peluang dan kekuatan yang kita cari jika cara menilainya hanya selapis pandang saja. Ia memerlukan masa, fokus, keseriusan, pengalaman disamping mengejar kesempurnaan kita menerima apa seadanya. Agar kita tidak menjadi penghukum sebaliknya dengan makna dan nilai.


Moga kita semua bertemu di lapisan makna. Dan...



Bermusafirlah, bawa bersama rajuk hatimu. Mungkin jauh disana menanti, penawar yang kau cari...kata seorang pujangga.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.