Salam perjuangan..
Alhamdulillah, masa yang terluang ini digunakan sepenuhnya untuk memenuhi segala program yang ada. Kebetulan sekarang aku sedang bercuti, maka kesempatan tersebut aku gunakan untuk hadir ke Seminar Maqasid Syari'ah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Banggunan Sultan Salahuddin Shah, Shah Alam anjuran Dewan Ulama PAS Pusat baru-baru ini. Seawal pukul 8 pagi lagi aku dah terpacak di depan dewan, nasib baik urusetia menyediakan sarapan pagi.
Seminar Maqasid Syaria'ah ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Presiden dengan pembentangan tajuk berkenaan yang sangat baik dan mudah difahami. Terasa seperti pengajian di pondok sewaktu belajar dahulu. Seterusnya kupasan tajuk tersebut telah diulas oleh YB Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak (Menteri Besar Kedah) dan Dato Ust Harun Taib yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Secara kesimpulan aku cuba untuk ulas disini:
Maksud Maqasid
Makna dari sudut bahasa:
Tujuan, jalan yang betul, 'illah (sebab) dan hikmah
Makna dari sudut istilah para ulama feqh:
Mencapai tujuan yang sebenar daripada hukum syari'ah dan mendapat hikmahnya dengan perlaksanaannya yang tepat.
Tujuan Maqasid
1. Supaya perlaksanaan hukum Islam mencapat matlamat dan tujuannya yang sebenar
2. Membawa Maslahah (kebaikan) dan kemudahan.
3. Menolak mafsadah (keburukan) dan masyaqqah (kepayahan)
4. Membawa kebaikan dunia dan akhir dengan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Perlaksanaannya meliputi perkara yang dinaskan atau tidak dinaskan.
Contoh Maqasid Syari'ah
Fatwa Ibnu Taimiyyah yang melarang mengganggu orang Tatar di Bangdad yang meminum arak bagi menghalang mereka membunuh dan merompak. (sekiranya mereka tidak mabuk, mereka akan melakukan rompakan dan membunuh)
Pada akhir sesi seminar, telah diadakan sesi soal jawab. Sebanyak 15 soalan terkumpul dikemukankan dan aku berkesempatan bertanya 3 soalan.
1. Adakah perlaksanaan Syari'ah akan ditangguhkan sekiranya terdapat kejahilan yang sangat tinggi dikalangan rakyat. (Jawapan: Tidak semua, ada yang perlu dilaksanakan walaupun terdapat kejahilan dikalangan rakyat)
2. Pendekatan Taliban yang dilihat tidak menggunakan pendekatan Maqasid Syari'ah akhirnya menyebabkan pemrintahan kelihatan keras dan memaksa. (Jawapan: Mengunakan Mazhab Hanafi sepenuhnya dan kebanyakan mereka adalah dari kalangan pelajar)
3. Bagimana untuk menangani kesilapan/kekeliruan dalam mentafsir yang mana lebih antara maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) yang mengakibatkan kesilapan didalam menentukan hukum atau berlebihan didalam menentukan hukum. Sebagi contoh, tarian poco-poco, adakah ianya lebih maslahah atau lebih mafsadah sehinggakan ada yang menghukumnya haram dan ada yang membolehkannya. (Jawapan: tidak diperolehi, mungkin yang berbahagia pembentang terlupa untuk menjawabnya. InsyaAllah, aku akan terus mencari jawapannya pada masa-masa akan datang))
Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) sedang menyampaikan pembentangan bertajuk Maqasid Syari'ah pada Seminar yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangguanan Sultan Salehuddin Shah, Shah Alam.
Ilmu Maqasid Syari'ah ini sesungguhnya sangat penting kepada umat Islam, khususnya kepada ahli dan pemimpin PAS sebagai persiapan sekiranya ditakdirkan memegang amanah untuk mentadbir Malaysia suatu hari nanti. Penguasaannya dilihatnya amat penting kerana bibit perpecahan dikalangan ahli jamaah mungkin berlaku sekiranya perlaksanaannya tidak difahami oleh semua peringkat di dalam PAS. Sehubungan dengan itu, tahniah aku ucapkan kepada Dewan Ulama PAS Pusat dan urusetia kerana berjaya menganjurkan seminar yang amat bermanfaat ini.
p/s: Cadangan aku agar pada masa akan datang dijemput seorang wakil ahli akademik sebagai pembentang bebas dan soalan-soalan yang ditanya berkaitan maqasid syari'ah ini dikumpulkan dan dibukukan sebagai menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berlegar dikalangan masyarakat Islam umumnya dan ahli PAS khususnya. Bagi mereka yang berhajat untuk memahami lebih mendalam berkenaan tajuk ini, boleh melayari laman blog Ust Wan Ji (disini). Aku meminati Ust Wan Ji kerana beliau akan menjawab sebarang isu secara rasional berdasarkan hujjah dengan merujuk Nas dan kaedah Maqasid Syari'ah.
p/s: Cadangan aku agar pada masa akan datang dijemput seorang wakil ahli akademik sebagai pembentang bebas dan soalan-soalan yang ditanya berkaitan maqasid syari'ah ini dikumpulkan dan dibukukan sebagai menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berlegar dikalangan masyarakat Islam umumnya dan ahli PAS khususnya. Bagi mereka yang berhajat untuk memahami lebih mendalam berkenaan tajuk ini, boleh melayari laman blog Ust Wan Ji (disini). Aku meminati Ust Wan Ji kerana beliau akan menjawab sebarang isu secara rasional berdasarkan hujjah dengan merujuk Nas dan kaedah Maqasid Syari'ah.
0 ulasan:
Post a Comment