Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/
بسم الله الرحمن الرحيم
Demo isu Mesir di KL, Polis ludah muka warga tua
Semasa demonstrasi menyokong rakyat Mesir menggulingkan pemimpin zalim Hosni Mubarak yang diadakan di ibu negara semalam, seorang warga tua ditengking dan diludah anggota polis pada mukanya ketika pihak berkuasa itu menyuraikan perarakan dan perhimpunan solidariti rakyat Mesir, kata Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
“Warga tua itu hanya bertanya polis, mengapa anaknya ditahan tetapi polis memarahi dan meludah mukanya. Sedangkan, mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang,” katanya lagi.
Beliau berkata, polis juga memukul dan mengheret anak warga tua itu yang sedang membeli minuman di hadapan bangunan Tabung Haji.
“Selepas ditahan, mereka dibiarkan selama berjam-jam di dalam trak polis dan tidak dibenarkan untuk bertemu keluarga dan peguam.
“Tahanan mengadu, proses soal siasat dibuat dalam keadaan mereka duduk di lantai, seolah-olah mereka ini penjenayah besar. Mereka juga ditanya soalan-soalan yang tidak masuk akal,” kata Latheefa.
Beliau berkata, beberapa peserta perarakan juga bercadang untuk membuat laporan kerana tindakan ganas polis itu manakala keluarga tahanan sedang memikirkan tindakan lanjut.
Kata Latheefa, ramai peserta perarakan dipukul, ditendang dan digari secara kasar oleh anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika menyuraikan peserta perarakan.
Dalam perarakan solidariti terhadap rakyat Mesir semalam, 7 peserta ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan lisan kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Semua tujuh yang ditahan sudah dibebas tapi Latheefa tidak pasti sama ada mereka akan didakwa di mahkamah. [keadilandaily]
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak Cipta & Penafian
SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.
0 ulasan:
Post a Comment