Namun begitu, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggantung kain rentang yang tertulis berkaitan komunis dan sebagainya. Mengulas lanjut mengenai hal ini, krew SBS Media telah menghubungi wakil PAS Kawasan Tawau, Sdra Daramansah Lamasa (gambar). Beliau secara peribadinya telah mengecam tindakan tersebut yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab malah tindakan tersebut menggambarkan ketidakcerdikkan dan paling dikesali apabila terdapatnya nombor permit kebenaran pada kain rentang yang sengaja diletakkan "seolah-olah" ia direstui oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Tambah beliau lagi, "ia juga merupakan strategi bagi melaga-lagakan serta mengeruhkan hubungan pihak MPT dan PAS Kawasan Tawau yang sememangnya baik".
Di antara kain-kain rentang yang menuduh Mat Sabu Komunis
Terdapatnya nombor permit kebenaran MPT yang sengaja diletakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab
Kain-kain rentang jahat tersebut telah dijumpai di beberapa buah tempat seperti di kawasan sekitar lapangan terbang Tawau, lampu trafik Jalan Utara menuju Kalabakan serta kawasan lainnya.
0 ulasan:
Post a Comment