Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) hari ini menyeru kepada semua
umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi
menyelamatkan negara daripada musibah dan bala bencana setelah
digemparkan dengan berlakunya pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu,
Sabah yang melibatkan anggota keselamatan negara.
Dewan
Ulamak PAS Sabah yang diketuai oleh Ustaz Nuruddin Bin Ibrahim juga
mencadangkan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
(JHEAINS) agar mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di
negeri Sabah untuk melakukan solat hajat bagi tujuan yang sama pada
masa-masa tertentu.
"Kita minta kepada
masyarakat Malaysia agar mendirikan solat hajat tak kira secara
bersendirian ataupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah
khususnya", kata Ustaz Nuruddin Ibrahim.
"DUPNS
juga meminta pihak berkuasa agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah (JHEAINS) mengerahkan masjid dan surau di seluruh negeri
supaya turut mendirikan solat hajat bagi memberi kebersamaan dalam
memastikan negara kita terpelihara dari bahaya yang perlu kita hindari",
tambah Ustaz Nuruddin lagi.
SYIRIA 1 : SABAR DEMI KOTA DIMASYQ
3 days ago
0 ulasan:
Post a Comment