14 October, 2011

DPPNS bantu mangsa banjir

Share

sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com

BEAUFORT, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) telah menyampaikan sumbangan keperluan beras kepada keluarga mangsa banjir di sekitar Daerah Beaufort di sini, Ahad lalu.

Penyerahan sumbangan berkenaanyang disampaikan sendiri Ketuanya, Saudara Lahirul Latigu turut dihadiri Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Saudara Mohd Julfikar Abd. Mijan, Setiausaha Pemuda PAS Sabah, Saudara Firdaus Fuad serta beberapa orang aktivis Pemuda PAS.

Sementara itu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Beaufort meluahkan rasa kesal terhadap banjir yang terlalu kerap melanda jalan utama Beaufort-Sipitang berdekatan Kampung Lumadan yang menyebabkan beberapa jalan terputus hubungan.
“Keadaan ini amat dikesali memandangkan ia seolah-olah tiada berpenghujung.
“Setiap kali berlaku hujan dan banjir, penduduk menanggung kesengsaraan dan kepayahan, sedangkan projek yang dinantikan seolah menanti bulan jatuh ke riba,” ujarnya.

Kampung Bukau antara yang terjejas teruk dilanda banjir di samping kampung sekitarnya iaitu Tambalang Along, Tunah Valley, Pulai Manang dan Lumadan yang mengalami kerosakan harta benda dan tanaman, sekali gus menyebabkan hilang sumber mata pencarian.

Projek tembatan banjir bagi lembaran Sungai Padas bernilai RM2 juta yang siap dibina pada 2010 manakala sebanyak RM 6.8 juta diperuntukan setahun sebelumnya bagi melebarkan Sungai Ulu Klias untuk menjayakan projek pencegahan banjir Skim Saliran Limbawang.

Tambahnya, walaupun terdapat peruntukan yang besar, namun tiada secara khusus disebutkan projek untuk Sungai Bukau dan Sungai Api-api yang menjadi laluan utama air di kawasan tersebut.

“Keadaan ini amat memalukan, apatah lagi laluan Kampung Bukau merupakan jalan utama ke pekan Beaufort dan bandar lain yang menjadi laluan oleh pelancong-pelancong dari negara Brunei Darusssalam” tegas beliau.

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.