30 September, 2011

Teguran Qaradhawi Buat Ulamak Boneka, Khatib & Agamawan.

Share
Sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com/


Salam alayk'. Tidak dinafikan, di antara faktor kejayaan Revolusi Mesir 2011 adalah sokongan daripada ulamak kontemporari yang juga merupakan kader terbaik Ikhwanul Muslimun abad ini iaitu Dr. Yusof Al-Qaradhawi. Qaradhawi yang merupakan ulamak yang mana diberi perlindungan oleh kerajaan Qatar setelah mengalami mehnah dan tribulasi yang tinggi dari pemerintah bumi kelahirannya, Mesir.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang juga merupakan Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia ini membesar dengan acuan tarbiyyah Ikhwan. Beliau pernah bertemu As-Syahid Hassan Al-Banna beberapa kali dan pernah mendekam penjara militer bersama Sayid Sabiq, Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan berjuang bersama tokoh Ikhwan yang lain.

Seruan Qaradhawi ketika revolusi Mesir sepatutnya diambil iktibar. Teguran pedasnya kepada ulama' yang bersekongkol bersama pemerintah menyebabkan ulama'-ulama' pro kerajaan Mesir yang dipimpin Hosni Mubarak terkelu ketika mana mereka giat mengeluarkan fatwa agar rakyat Mesir tidak menentang pemerintah. Di antara seruan Qaradhawi kepada masyarakat agar turun ke jalanan memprotes tindakan pemerintah zalim:

"Oleh yang demikian, turun ke jalan raya, khususnya pada hari Jumaat untuk menyertai protes, wajib syar'ie ke atas setiap yang mampu untuk sampai ke tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya. Ini kerana ia merupakan satu-satunya jalan untuk melenyapkan Firaun dengan tidak membahayakan nyawa sesiapa. (Ini kerana) apa-apa yang tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib". (Qawaid fiqhiyyah).

Seruan Qaradhawi kepada para ulama' Mesir,

"Dan saya menyeru kepada saudara-saudaraku dan anak-anakku daripada ulama'-ulama' Mesir, daripada graduan Al-Azhar, Darul Ulum dan lain-lain lagi agar menyertai protes ini di setiap kawasan dengan serban mereka dan jubah mereka, mengetuai perarakan aman, berpegang kepada kesatuan, sepakat menjaga gereja daripada sebarang anasir-anasir jahat yang pastinya sentiasa merancang memfitnah gerakan ini".

Seruan kepada ulama' besar iaitu ahli Majma Buhuth Islamiyyah,

"Dan saya menyeru kepada ulama'-ulama' besar, daripada anggota-anggota Majma Buhuth Islamiyyah yang diketuai oleh al-fadhil Syeikh Al-Azhar dan juga mufti untuk bersama-sama menyertai protes aman ini, agar mereka tidak digelar sebagai ulama' pemerintah dan boneka penguasa!. Dan tidak boleh dalam neraca syarak untuk mementingkan kepentingan individu ke atas rakyat terbanyak, apatah lagi individu yang hampir menemui kebinasaan.

Seruan Qaradhawi kepada para khatib yang menguasai mimbar Jumaat,

"Dan saya menyeru kepada saudara-saudaraku dan anak-anakku daripada para khatib di Kaherah dan seluruh kawasan, agar memimpin para jemaah selepas solat Jumaat untuk ke lokasi protes aman bersama rakyat Mesir, bersatu bersama saudara-saudara mereka, serta meningkatkan kesungguhan mereka. Tangan ALlah bersama jamaah!.

Setelah rakyat Mesir mengapai kemenangan dalam revolusi tersebut, Qaradhawi pertama kali menyampaikan khutbah di Dataran Tahrir setelah sekian lama tidak dibenarkan dan dihalang menyampaikan ceramah, kuliyyah agama dan menyampaikan khutbah oleh rejim pemerintah di Mesir semenjak tahun 1981. Di antara kandungann khutbah pada hari bersejarah itu yang disampaikan beliau di hadapan hampir ratusan ribu orang ialah,

"Saya kagum dengan rakyat Mesir di atas keberanian dan kesabaran mereka menentang kuasa zalim dan taghut, dan mencipta revolusi yang mulia melebihi kemuliaan Firaun dan Hamman".

"Sesungguhnya umat kita pada hari ini telah mencatat sejarah baru, bahkan telah mencipta sejarah baru. Beruntunglah sesiapa yang bersama-sama umat ini dengan usaha mereka dan celakalah sesiapa yang tidak bersamanya atau menghalang jalannya. Sesungguhnya, masa mereka (untuk dihancurkan) ialah pada waktu Subuh, dan tidakkah waktu Subuh itu dekat?". (Ibrah dari ayat al-Qur'an yang menceritakan kehancuran kaum Nabi Lut ketika waktu Subuh).
p/s: Marilah kita mengambil iktibar daripada seruan-seruan. Maka, ulama'-ulama' pemerintah, khatib-khatib di mimbar dan seluruh masyarakat. Sedarlah! Usah gentar terhadap pemerintah!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.