
[Gambar : Khatib Kosoi, wakil mangsa]
30 orang keluarga peneroka ini tewas dalam pembicaraan dalam mempertahankan hak mereka dan diarah keluar pada tahun 2008. Mereka tetap berkeras kerana ini adalah tanah yang mereka terokai, ditanam dengan sawit dan bergantung hidup pada hasil kebun tersebut untuk menyara keluarga mereka.
“ Kami bertegas tidak mahu keluar dari tanah kami ini kerana kami sedar kami terainaya. Kami berhadapan dengan penguasa dan mereka yang cukup segalanya untuk menang dalam perbicaraan”. Tambah Khatib lagi.
Mereka ini diarahkan hadir ke mahkamah Tinggi Sandakan pada 12 September ini atas tuduhan menghina mahkamah kerana engan keluar dari tanah tersebut.
0 ulasan:
Post a Comment