sumber: http://suaragunung.blogspot.com
 "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
 (Surah Al-Fatihah, ayat ; 1)
 Pentadbiran ALLAH adalah pentadbiran yang paling sempurna dan tiada  cacat celanya. Buktinya adalah kejadian alam yang dilihat teratur dan  tersusun tanpa berlaku kerosakan dan kemusnahan(kecuali kerosakan yang  dilakukan oleh manusia sendiri.)
 Perjalan orbit yang berjalan dengan penuh aturan. Molekul sehalus-halus  zarah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar berfungsi dengan sangat  baik, memberi peranan yang sangat bermanfaat bukan sahaja kepada manusia  malahan kepada sekalian alam ini samaada benda yang hidup ataupun  tidak.
 Tidakkah ini merupakan bukti 'Kebajikan' yang telah ALLAH berikan kepada  kita. ALLAH tadbir dunia dengan dua sifatNYA yang Maha seperti makna  dalam surah Al-Fatihah di atas. Dengan Rahman dan Rahim ALLAH, telah  menyebabkan kita dapat menjadi seperti sekarang. Dan jika mengikut  aturan Rahman dan Rahim ALLAH itu maka lagilah kita akan terlindung  dengan segala 'Kebajikan' yang telah DIA janjikan iaitu dengan cara  patuh pada perintahNYA dan tinggalkan apa yang dilarangNYA.
 Kebajikan acuan manusia adalah lemah dan tidak sempurna dan akan sempurna jika diatur mengikut celupan ALLAH. Firman ALLAH :
 "Celupan ALLAH(Peraturan ALLAH), siapa yang lebih baik celupannya daripada ALLAH?, dan kepadaNYA kami menyembah."
 (Surah Al-Baqarah,ayat;138)
 Firman ALLAH lagi :
 "Makanlah kamu dari rezki yang dianugerahkan Tuhanmu dan  bersyukurlah kepadanya. Negerimu adalah negeri yang baik sedang Tuhanmu  adalah Tuhan yang Maha Pengampun."
 (Surah Saba',ayat;15)
 Negeri yang baik ialah Negeri yang aturannya mengikut fitrah yang telah  ditetapkan ALLAH, bukan semata-mata mengambil bahagian-bahagian tertentu  dan menolak bahagian-bahagian tertentu. Dan yang lebih teruk adalah  tidak yakin dengan peraturan ALAH dan menganggapnya tidak mampu  menyelesaikan masalah terutamanya masalah melibatkan manusia. Tidak  yakin dengan peraturan ALLAH bermakna tidak yakin dengan ALLAH, tidak  yakin dengan ALLAH maka tercalar aqidah, mohon dilindungi ALLAH dari  perkara yang tersebut.
 Mulai esok semua umat Islam diseluruh dunia akan mula berpuasa. Bulan  Ramadhan merupakan bulan ALLAH menilai dan memberi ganjaran terus kepada  hambaNYA secara berlipatganda. Berpuasa di bulan Ramadhan sama tarafnya  dengan kewajiban Solat Fardhu. Firman ALLAH :
 "Wahai orang-orang yang beriman, sebagaimana diwajibkan berpuasa  ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
 (Surah Al-Baqarah, ayat;183)
 Semoga sambutan Ramadhan kali ini kita dapat menyahut seruan ALLAH untuk  menambahkan seberapa banyak manfaat daripada 'Kebajikan' yang telah  ALLAH sediakan. Dan mudah-mudahan impak sebulan Ramadhan boleh  menjadikan kita lebih taat dan meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH.  Kerana hanya dengan Taqwa sahaja kita akan merasa 'Kebajikan' di dunia  dan di akhirat.
 SG : Ya ALLAH, jadikanlah kebaikan bagi kami di dunia, dan juga  kebaikan di akhirat serta dijauhkan daripada azab api  neraka.....amiiinnnnnn

0 ulasan:
Post a Comment