17 June, 2011

Lagi Isu Kampung Pasir Putih yang Dipenuhi Dengan Sampah Sarap.

Share

sumber: http://almuslim-alharaki.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau sebelum ini, isu yang aku bawakan adalah isu jalan di Kampung Pasir Putih Tawau Sabah yang belum dibaiki walaupun pilihanraya umum semakin dekat. Sebelum masuk kepada tajuk 'SAMPAH', ingin saya memperlihatkan kepada warga Malaysia tentang gambar ini. Mari kita lihat...

Gambar ini menunjukkan jalan di hadapan salah seorang kenamaan di Kampung Pasir Putih. Jalan yang lebih baik daripada gambar di bawah ni.

Ni jalan di belakang Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau Sabah. Yang penuh dengan becak dan sempit.

Seorang rumah kenamaan di mana jalan di hadapan rumahnya lebih baik daripada jalan di belakang sekolah tadi. [Inikah keadilan???].

Baik, kita da lihat tentang jalan-jalan di Kampung Pasir Putih. Ada juga jalan yang baik tapi pada tempat-tempat yang tertentu. Baik, mari kita lihat pula tentang isu sampah yang sampai hari ini kerajaan Sabah masih tidak ambil peduli tentang keadaan Kampung Pasir Putih yang tidak mendapat pemerhatian daripada mereka.

Longgokan sampah di belakang Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau Sabah. Manakah perginya wakil rakyat yang sepatutnya menyelesaikan masalah ini?

Saya berharap, seluruh rakyat Tawau mengambil satu langkah bijak bagi mengatasi masalah yang melanda ini. Saya berasa hairan. Mengapa Tawau bagaikan dianak tiri oleh pemimpin Malaysia. Inikah '1 MALAYSIA'? Inikah dia 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'? Kata-kata manis yang bermain di bibir tidaklah menjadi satu bukti bahawa pihak kerajaan telah menjalankan tanggungjawabnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bangkit untuk membela nasib sendiri. Jom Ubah!!!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.