sumber: http://yuyushira.blogspot.com
 Alhamdulillah  dengan izin Allah SWT dapat juga menginjakkan diri ke Kem Remaja  Islam(KRIS) yang diadakan di kawasan Tuaran semalam. Hampir saja tidak  dapat ke sana atas kepadatan jadual di hujung minggu. Mujur Allah  permudahkan urusan serta masih menetapkan keazaman dihati untuk turun  menyumbang segala yang termampu.
Niat asal hendak membantu sepenuhnya di KRIS semua kawasan pada tahun ni tapi sungguh perancangan Allah itu adalah yang the best. Tidak ada manusia yang diciptakan punya kuasa Kage Bunshin No Jutsu seperti Naruto. Jika ada, pasti tanggungjawabnya juga akan sama berganda. Lebih pening kepala.
Tahniah  kepada PSS dan KRU kawasan Tuaran yang telah berjaya melaksanakan  program tahunan PSS. Sekaligus menjadi KRIS pembuka tirai untuk tahun  2011 pada 08-10 April. Penyertaan amat memberangsangkan dan saya yakin  ianya turut mencapai kuota yang ditetapkan. 7 buah sekolah di sekitar  Tuaran telah menghantar wakil dan menjadikan jumlah penyertaan mencecah  seramai 100 lebih. Mabruk!
Slot  malam yang dihidupkan dengan suasana detik kematian mengambil masa  sejam lebih. Semestinya di setiap pengisian yang hendak disampaikan,  penyampai terutama perlu menyerapkan sedalam-dalamnya nilai penghayatan  kepada diri terlebih dahulu. Bila penyampaian melalui hati insya-Allah  dipermudahkan untuk sampai kepada hati-hati yang lain. Sungguhpun hanya  bertugas di belakang tabir. Mari ke arah bertugas dengan ikhlas, jangan  kerana tugas.
Memandangkan  esoknya di awal pagi saya perlu mengikuti kursus guru PASTI, usai slot,  di lewat jam 11 malam itu tekad juga untuk pulang ke rumah dengan  mengekori sifu dari belakang. Harap perkara ini saya tidak perlu ulangi  untuk jaminan keselamatan pada masa akan datang. Muhasabah kembali.
Apapun  tahniah Tuaran atas pelaksanaan kerja yang sentiasa ke hadapan! :) Mari  menantikan program KRIS di kawasan seterusnya, antara yang pasti Kota  Belud - 06-08 Mei 2011 dan Kota Kinabalu - 03-05 Jun 2011.

0 ulasan:
Post a Comment