Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/
Salam perjuangan..
Berita semalam sangat mengejutkan dunia keseluruhannya apabila regim zalim 'Hosni Mubarak' dengan rasminya telah meletak jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun menindas rakyat. Namun, apa yang menarik perhatian aku ialah tulisan Dr. Mohd Asri di blog beliau beberapa jam sebelum tumbangnya regim Hosni. Terdapat juga beberapa ayat beliau yang pada aku sebenarnya mengingatkan mereka yang menggelarkan diri mereka 'salafi'. (aku pernah mengulas tentang isu ini, sila rujuk disini). Berikut adalah sebahagian pandangan Dr. Maza yang aku petik dari blog beliau:
"Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?" (rujuk disini)
Seharusnya golongan agamawan di dalam UMNO sedar bahawa apa yang berlaku di Malaysia sekarang adalah persis seperti di dunia Islam yang lain. Lihatlah bagaimana ISA digunakan untuk menakutkan rakyat, lihat bagaimana akta zalim (akta mesin cetak, akta polis, AUKU dan sebagainya) menyekat kebangkitan rakyat, lihatlah bagaimana rasuah, boros, pembaziran dan ketirisan yang akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan sara hidup. Aku yakin semuanya ini akan menjadi asas kepada kebangkitan rakyat pada masa akan datang. Cuma apabila saat itu tiba, aku ingin mengingatkan golongan agamawan UMNO dan Ulama Muda UMNO, anda jangan sesekali cuba untuk menjadi pembela sang penzalim!
Golongan yang melambatkan kebangkitan Islam
Kita sering mendengar hujjah dari teman, rakan dan sesiapa sahaja malah ada juga dari kalangan ahli gerakan Islam yang menentang kaedah 'demontrasi' sebagai salah satu jalan menyatakan bantahan terhadap kezaliman pemimpin.
Baru-baru ini seorang teman dari FB yang kelihatan berhujah seperti mereka yang memahami agama, tetapi agak malang pada aku kerana dia menentang usaha mengingatkan pemimpin melalui demontrasi. Ini kerana baginya kaedah itu tidak syar'ie. Pelbagailah hujah beliau kemukakan, sehinggalah menggunakan istilah 'sabar' yang pada aku tidak kena langsung pada tempatnya. Bagi aku, satu sahaja ayat pada orang-orang seperti ini "Anda adalah golongan yang melambatkan kebangkitan Islam!"
Akhir kata dari Islamreturn:
TAHNIAH RAKYAT MESIR, ANDA MENGAJAR KAMI CARA MENJATUHKAN KERAJAAN YANG ZALIM!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak Cipta & Penafian
SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.
0 ulasan:
Post a Comment