27 January, 2011

Kenyataan Rasmi Sahabat Blogger Sabah: Pindaan Akta Penerbitan dan Percetakan 1984

Share

27 Jan, Kota Kinabalu: Merujuk kepada hasrat kerajaan untuk meminta Akta Penerbitan dan Pecetakan 1984 yang akan membabitkan golongan blogger, maka dengan ini 'Sahabat Blogger Sabah' dengan secara terbuka membantah dan menentang rang undang-undang tersebut.

Sehubungan dengan itu SBS dengan ini akan memastikan kerajaan BN tidak akan melaksanakan sekatan terhadap media-media alternatif (blog, fb dan sebagainya) demi survival politik sempit. Sebarang usaha ke arah itu hanya akan mendapat tentangan dari rakyat dan para blogger serta pengamal media alternatif di seluruh negara.

SBS dengan ini sekali lagi menyatakan bahawa, kebangkitan rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat dan jelas adalah hak individu yang dipelihara oleh perlembagaan Malaysia apatah lagi Islam. Ingatan buat kerajaan BN, 2011 adalah masa untuk rakyat melakukan perubahan.

Sekian,
Saifuddin Khairuddin
Setiausaha Sahabat Blogger Sabah

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.