30 December, 2010

HILANGNYA TAUHID MEDIA

Share

sumber: http://i4a99-cintakanmati.blogspot.com

Salam...

Setiap amalan sama ada berupa perbuatan zahir mahupun cetusan hati haruslah dimulakan niat kerana Allah yang maha esa. Selanjutlah perbuatan tesebut mestilah sahih di sisi syarak. Harus diingat, niat tidak menghalalkan cara.

Secara ringkas, kepesatan arus perdana dalam penyebaran maklumat membuatkan kita merasa seolah tiada lagi rahsia dan batas pengetahuan secara umumnya. Namun di sebalik kelebihan ini sebenarnya mempamerkan 1001 keburukan. Ia sebenarnya membuatkan setiap dari kita akan mudah terjebak kepada dosa. Kenapa?

Media bodoh dari penerbit yang bodoh kepada pembaca yang bakal jadi bodoh

Setiap dari kita punya akal yang waras! Namun masih ada yang mengsia-siakan nikmat ini dengan sengaja melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan keburukan bahkan dosa. Rupanya masih ada media yang kehilangan nilai ketulusannya. Ini disebabkan oleh sesetangah penulis, pihak media dan pengarahnya yang sanggup khianat demi nama, harta, gaji dan pangkat!

Mereka ini lebih sanggup menjadi golongan yang dusta hanya kerana kepentingan dunia. Menjadi alat pihak tertentu demi kepentingan pihak tersebut. Inilah dia media yang telah hilang integriti dan maruah di hadapan pembaca. Menyampaikan risalah palsu dan menyeleweng adalah suatu perbuatan yang keji. Ketahuilah wahai media, anda sedang memperbodohkan si pembaca.

Hinanya media bila secara terang-terangan menyokong perkara maksiat! Mempamerkan maklumat yang berunsur munafik lagi fasik. Ini terbukti melalui sesetengah surat khabar yang pro pada penguasanya. Konsep 1Malaysia sahaja telah menghilangkan martabat Islam di muka bumi Allah ini. Apa mungkin Islam boleh disamakan dengan agama lain, kaum lain dan aqidah yang lain? Adakah al-Quran itu satu atau sama dengan bible? Adakah dibolehkan kita kata ‘1agama, 1kitab atau 1aqidah’? melalui kempen 1Malaysia telah membuktikan Islam tidak lain melainkan sama dengan agama yang lain. Pada hiburannya kelihatan umat Islam yang bodoh berpegangan tangan dengan yang bukan muhrim semasa melakukan tarian tradisional. Kononnya 1budaya, 1bahasa, 1bangsa. Aku bersumpah demi Allah, sesungguhnya melalui 1Malaysia kita telah mula belajar untuk menjatuhkan martabat Islam itu sebagai agama yang nombor satu di dunia! Jadi, kenapa masih ada media yang menyokong kejahilan ini?!


Beginilah rupa media bila meminggirkan tauhid. Bila tak mengesakan Allah, maka halatuju taghut adalah panduannya. Kerakusan politik dan pangkat diangkat sebagai matlamat utama untuk meyebarkan maklumat. Kekadang terpapar kebodohan yang melampau dan menghinakan Islam itu sendiri. Kita boleh lihat bila terdapat akhbar yang memberi kesimpulan sokongan pada isu kontroversi iaitu festival fesyen Islam (IFF).

Hasilnya, pembaca yang memang dah bodoh akan semakin bodoh. Jahil agama sahaja akan tertipu dengan perkhabaran sang munafik. Jahil ilmu juga takkan tahu menilai di mana haq dan batil. Tidaklah dinafihkan kebenaran sabdah Nabi Muhammad SAW: “akhir zaman akan dipenuhi fitnah…”. Ringkasnya, inilah Dajjal kecil di akhir zaman. Media munafik alias Dajjal ini memberikan maklumat palsu dan akhirnya berjaya mempengaruhi minda pembaca kecuali orang-orang yang bertaqwa.

Yang bertanggungjawab atas pernyataan ini : MB.

‘Bagaimana pula jemaah Islam yang bekerjasama dengan kempen 1Malaysia?’….satu provokasi serius!

Komen Via Facebook

0 ulasan:

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.