20 June, 2012

Sabah lost all its cattle under PBS, says DAP

Sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/

Kota Kinabalu: DAP Sabah is disappointed with Keningau MP Tan Sri Joseph Pairin Kitingan for not raising the water supply problem in the interior in Parliament.


DAP Sabah Secretary Dr. Edwin Bosi said as an MP for several terms Pairin has failed in his duty miserably and in accordance with the political standard of developed countries he (Pairin) should have tendered his resignation without being asked to.

"Why should the people in the interior suffer because of his poor performance? It is so ironical that the Prime Minister has to come to the interior to resolve the water problem.

"DAP Sabah can see water pipe laying here and there in Sabah but the sources of the water are unclear. What is obvious is the poor coordination between the State and Federal Ministries of infrastructure as far as water supply is concerned."

Edwin also said DAP Sabah is sad that development of handicraft and livestock is only surfacing now.
"They should have been undertaken long ago. In fact they are already handicraft and livestock activities in Sabah.

"It looks like the handicraft centre and livestock centre are given a new "paint" for the sake of the Prime Minister's visit to the interior.

Edwin said DAP Sabah would like to remind the government that Sabah had the largest cattle farm during the PBS era. Desa Cattle, a wholly-owned government company had more than 5,000 heads of cattle in Sook but this was sold off to a company which has since converted the cattle farm into oil palm plantation.

"Sabah used to own three cattle properties in the Northern Territory of Australia. They too have been sold off.

"DAP Sabah would also like to ask the government why it has only "created" one Datuk Yap Yun Fook through its dairy programme?

"Datuk Yap who is a dairy millionaire was cited by the Prime Minister during his visit to Sook.

What happened to the others especially the natives who were also involved in the dairy programme?

The government should tell the people why the natives have failed in this enterprise.

"We would like to ask if the Keningau Livestock Integrated Centre (KLIC) will benefit the local natives?

"We feel that the local should not just benefit from employment opportunity in KLIC but be part and parcel of the business.

"It is only when they are involved with the business that poverty eradication among the said community can be realised.

We would also like to see many dairy millionaires from the native community.

Remaja yang Melakar PETA DAKWAH

Sumber: http://i4a99-cintakanmati.blogspot.com/



Kebangkitan Islam di pantai Barat Sabah yang amat pesat dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini menyaksikan golongan remaja Muslim mula memonopoli gerakan dakwah. Dari Sipitang hingga ke Pitas trend anta, anti dengan fesyen T-Shirt lambung hingga melepasi lutut match dengan tudung labuh mula kelihatan berlegar-legar di mata masyarakat Sabah. Tidak ketinggalan dengan kewujudan awek purdah menghiasi penglihatan di khalayak umum menandakan trend Islamik mula menyubur di hati remaja Islam Sabah.

Program Islamik banyak di'publish' tanpa henti, penyertaan anak-anak muda semakin meningkat, produk Muslim semakin mendapat tempat dan juga perubahan corak pemikiran di kalangan remaja sudah bercirikan Islamik. Mereka selalu cakna akan soal ilmu agama, sensitiviti tentang dosa kian memuncak, kesedaran isu nasional dan global yang menceritakan peristiwa umat Islam yang agak menyentak perasaan. Itulah fenomena kebangkitan dakwah yang dipandu oleh anak muda Muslim Sabah.

Semangat menolak maksiat diterjemah dalam pelbagai cara yang kreatif. Tidak meminggirkan kekuatan medium sedia ada, maka dakwah Islam mengalir laju luar daripada hadnya. Semangat dakwah ini terus dikemudikan oleh captain yang memiliki ramai anak kapal yang sudah tentu tersusun peranannya. Akhirnya kapal mampu berlayar dengan lancar dan selamat hinggalah sampai ke destinasi yang penuh nikmat.
Remaja...

Mereka inilah yang menjadi pencetus perubahan yang besar di Sabah. Mereka inilah yang mengubah landskap iman umat Islam di Sabah. Dengan pacakan aqidah yang utuh, fikrah yang jelas, idealogi yang tersusun, intelektual yang mantap, spiritual yang suci, serta penampilan diri yang berkarisma, mereka mampu mengubah persepsi masyarakat non-Muslim mahupun Muslim. Dengan penerimaan Islam yang agak maksima, maka Islam punyai ruang yang luas untuk sampaikan seruan suci ini.

Mereka yang bergelar remaja ini, tidak akan konsisten jika niat menjadi kotor atau diracuni virus yang merosakkan matlamat. Mereka takkan mampu menerobos dinding kepenatan, kesusahan, dan risiko andai di dalam diri mereka tidak punyai jiwa yang kental. Andai mereka bercita-cita melebarkan empayar dakwah, mereka mesti bersedia mengorbankan masa, tenaga dan wang yang lebih banyak daripada sebelumnya.
Imam Syafie pernah berkata :

" jika kamu melihat nasib negara di masa hadapan, maka lihatlah keadaan pemuda yang ada pada hari ini "
~sekadar renungan~

18 June, 2012

Bangkitlah Wahai Anak-anak Sabah

Sumber: http://tintashabab.blogspot.com/

BANGKITLAH WAHAI ANAK-ANAK SABAH
Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr
(sertai facebook AHMADKHAIRULIKHWANABDULLAHJR
dan twitter AHMADKHAIRULIKHWANJR)

ULASAN-Dunia semakin maju dihadapan, pelbagai penemuan sains dan teknologi berjaya diterokai. Hari ini pelbagai istilah dicipta untuk melambangkan tahap kemajuan manusia yang berjaya dicapai, dunia tanpa sempadan, globalisasi, dunia IT dan banyak lagi yang terkadang tidak difahami oleh masyarakat. Tun Dr Mahathir Mohammad ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri telah melancarkan satu wawasan yang dipanggil “Wawasan 2020” yang mana pada tahun tersebut negara kita akan menjadi sebuah negara maju.

Idea tersebut adalah satu wawasan yang baik, siapa yang tidak mahukan kemajuan dan pembangunan, semua manusia tanpa mengira latar belakang politik sama ada dari penyokong pihak kerajaan mahu pun pembangkang itu sendiri. Inginkan kehidupan yang selesa itu adalah fitrah manusia, tetapi persoalannya adakah kemajuan yang ingin dicapai melalui wawasan 2020 tersebut dapat dikongsi dan dinikmati bersama oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik.

Gagasan Malaysia


Sabah merupakan negeri yang bersatu bersama negeri-negeri di semenanjung melalui satu gagasan Malaysia, apabila Malaysia dibentuk maka negeri Sabah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri lain. Maksudnya disini ialah tidak ada perbezaan di dalam sudut ekonomi, pembangunan, pentadbiran semuanya diagihkan sama rata. Sabah bukan negeri jajahan tetapi Sabah sebuah negeri berdaulat yang bersama-sama membentuk persekutuan negara Malaysia.

Sejak merdeka tidak dinafikan Sabah agak ketinggalan disudut pembangunan berbanding dengan negeri-negeri lain, tetapi kaya dengan hasil bumi seperti kayu balak, petroleum, pelancongan, pertanian dan hasil laut. Sekiranya semua ini dimanfaatkan Sabah akan menjadi sebuah negeri yang maju setanding dengan negeri-negeri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Saya tidak menimbulkan isu Perkara 20 kerana sekiranya kerajaan yang ada benar-benar berkerja secara adil, telus, berhikmah dalam mentadbir dan mengurus negara, walaupun Perkara 20 tidak dijalankan tetapi rakyat Sabah mendapat manfaat dan nasib rakyat terbela. Perkara 20 tidak menjamin kebajikan dan hak rakyat sekiranya pemerintah tidak menjalankan amanah yang diberikan dengan baik dan berwibawa.

Menghairankan

Cukup menghairankan negeri yang memiliki nilai kekayaan yang luas biasa tiba-tiba menjadi negeri yang termiskin di negara kita. Perkara seperti ini memang tidak masuk akal, disebalik kehairanan tersebut timbul persoalan dimana perginya duit hasil dari kayu balak, petroleum, sawit dan sebagainya. Apakah wang tersebut hilang? Dimana wang tersebut disalurkan?. Semua persoalan tersebut menghantui fikiran setiap anak Sabah. Anak Sabah sepatutnya dapat merasai hasil negeri tumpah darahnya, tetapi anak Sabah hanya melihat dari jauh. Apa yang mampu dilakukan menelan air liur sedangkan yang kenyang dengan hasil Sabah adalah orang lain. Apakah wawasan 2020 boleh tercapai dengan keadaan seperti ini?.

Saya tidak menolak selama ini rakyat Sabah diperbodohkan dengan janji manis pihak-pihak tertentu. Pelbagai tawaran diberikan sekiranya memberikan sokongan kepada kumpulan tersebut, slogan “Sabah Baru” dan banyak lagi slogan akan timbul setiap kali musim Pilihan Raya. Rakyat telah melalui 12 musim Pilihan Raya Umum tetapi sehingga kini apa yang rakyat perolehi daripada janji-janji manis tersebut. Rakyat terus miskin yang kaya adalah pemimpin yang tidak berhati perut, mereka merompak harta negara sepuas-puasnya tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang.

Rakyat harus sedar, zaman kini adalah dunia tanpa sempadan maklumat boleh diperolehi dengan begitu mudah. Rakyat Sabah tidak sepatutnya terus menjadi bahan mainan pihak tertentu, rakyat Sabah wajib bangkit daripada kelemahan selama ini untuk menuntut hak yang dinafikan selama bertahun lamanya. Sudah tiba masanya kita mengambil hak milik yang dirampas oleh orang lain, anak Sabah harus merasai nikmat kekayaan yang ada dan bukan orang lain yang dapat manfaatnya.

Apakah kita mahu anak Sabah merempat di negeri sendiri? Sudah pastinya tidak. Oleh itu apabila kita tidak mahu berlaku seperti itu sudah tiba masanya kita bangun dan membuat satu perubahan yang jelas dan berani, bukan untuk siapa tetapi untuk rakyat dan anak-anak Sabah masa akan datang.

Tahap Kemiskinan Yang Tinggi

Bila menyebut masalah kemiskinan, memang tidak boleh dinafikan dimana-mana hatta negara maju sekalipun wujud kemiskinan di kalangan rakyat. Tetapi apakah kemiskinan disana dan di negara kita sama? Sudah tentu tidak sama. Rakyat kita miskin kerana disebabkan sikap segelintir pemimpin yang memiskinkan rakyat dan negara.

Kembali kepada suasanan di Sabah, kita boleh melihat khususnya di luar bandar tahap kemiskinan yang agak parah. Ada kawasan yang langsung tidak mempunyai bekalan elektrik, air, jalan raya, tidak ada sekolah, tidak ada klinik dan kemudahan asas yang lain. Bahkan sekolah yang ada diluar bandar agak dhaif dan tidak melambangkan ianya sebuah sekolah. Dengan tidak ada bekalan elektrik, paip air, kemudahan pembelajaran yang mencukupi seperti mana kemudahan yang ada pada sekolah di kawasan bandar. Akibat masalah tersebut, bagaimana pelajar luar bandar bersaing dan mendapat keputusan peperiksaan yang baik.

Apa yang lebih memalukan dikawasan luar bandar ini, masih ada pelajar yang berkaki ayam ke sekolah, masih ada pelajar yang tidak mengenali dan tidak pernah menggunakan apa itu Komputer, Laptop, internet. Apakah ini menggambarkan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Pastinya tidak sama sekali.

Pru 13: Peluang Terbaik

Bilakah Parlimen akan dibubarkan menjadi teka-teki, tidak ada seorang pun yang tahu kecuali Perdana Menteri sahaja. Dan yang lebih penting rakyat boleh membuat penilaian semula terhadap parti dan pemimpin yang akan bertanding. Jika selama ini rakyat tersalah membuat pilihan maka kesalahan yang lampau boleh dimaafkan dengan membuat pilihan terbaik agar masa depan lebih baik berbanding sebelum ini. Rakyat seharusnya faham dan sedar bahawa antara sebab kenapa rakyat terus ditindas kerana salah dalam membuat perhitungan ketika memilih parti dan calon.

Andainya pada Pilihan Raya Umum ke 13 ini rakyat masih memilih parti dan pemimpin yang sama dan penindasan dan kezaliman terus berlaku, rakyat tidak boleh marah kerana itulah pilihan yang dilakukan. Rakyat memilih parti dan pemimpin yang suka dan mahu menindas rakyat. Oleh itu, walau apa pun keadaan rakyat wajib membuat satu perubahan yang besar di dalam aspek kepimpinan dengan membuat pilihan terbaik melalui peti undi yang rahsia.

Masa Depan

Masa depan rakyat di Sabah ditentukan oleh rakyat Sabah sendiri, sekiranya rakyat memilih kehidupan gelap pada masa akan datang maka teruslah memberikan sokongan kepada parti dan pemimpin yang korupsi, rasuah, suka memakan harta rakyat, dan sebagainya. Dan sekiranya rakyat Sabah mahukan masa depan yang lebih baik pada masa akan datang, maka buatlah keputusan terbaik dalam memilih parti pemerintah.

Ingat gelap atau cerah masa depan kita, orang lain tidak akan dapat menentukannya tetapi kitalah yang menentukkannya. Semoga berfikir dengan hati dan minda yang terbuka untuk menunju masa depan yang lebih gemilang. Bangkitlah Wahai Anak-anak Sabah.

13 June, 2012

Politeknik Kota Kinabalu tidak selamat?




sumber: http://bm.harakahdaily.net

KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu yang siap dibina pada tahun 2003 dikatakan mengalami keretakan yang agak kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur pembinaan yang tidak bermutu.

Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) beroperasi selama hampir 9 tahun.
Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat.

Demikian kata Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.
Politeknik ini menawarkan pengajian peringkat diploma selama tiga tahun.

Menurutnya, daripada tinjauan yang telah dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini ada benarnya.

Terdapat beberapa gambar yang disertakan telah menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius serius.

(Antara tanda-tanda bangunan ini dalam bahaya)

Berikutan permasalahan berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak Politeknik berkenaan tidak lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012.

Hal ini menimbulkan keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang terbabit, malah kepada ibu bapa mereka juga turut menerima kesan yang sama dengan terpaksa menghantar anak mereka ke Politeknik lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Apa yang dikesalkan ialah, isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP walaupun ianya melibatkan nyawa dan seakan pihak KPT melalui Kerajaan Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa ribuan pelajar yang tidak bersalah dalam mencari peluang pengajian.

Pemuda PAS turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil langkah segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah beberapa kemungkinan terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam pengurusan tersebut.

Pemuda PAS, kata Lahirul, turut menyelar pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan Politeknik tersebut yang jelas mempertaruhkan masa depan anak-anak serta pelajar-pelajar dan langsung tidak mencerminkan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

09 June, 2012

Blogger PAS Sabah lancar Kempen 'PAS Pilihan Rakyat Sabah'

Salam perjuangan,

Dengan segala takzim, kami blogger PAS Sabah hari ini dengan tekad dan keazaman yang tinggi melancarkan kempen 'PAS Pilihan Rakyat Sabah' sebagai membuktikan bahawa rakyat Sabah seharusnya perlu memilih PAS untuk menggantikan parti-parti kompenen BN yang ada di Sabah. Kami blogger PAS akan melaksanakan tugas dalam memastikan PAS bersama-sama PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat bergabung tenaga menumbangkan regim zalim dan penindas dari UMNO dan BN. Kami menyeru semua rakyat Sabah untuk bersama-sama kami memastikan bahawa PRU-13 ini merupakan pilihan akhir rakyat Sabah untuk membuat keputusan menolak UMNO/BN dari Sabah.


07 June, 2012

Pemuda PAS Sabah: Rakyat Mesti Beralih Dari 'Perkara 20' Kepada 'Perjanjian Malaysia 1963'

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Salam Perjuangan,

Jika dulu '20 Perkara' ini diketagorikan sebagai isu sensitif, namun sekarang ianya tidak lagi. Orang ramai sudah mula menyebut perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan. Walau bagaimanapun saya dikhabarkan bahawa '20 Perkara' sebenarnya tidak wujud, bahkan tiada dokumen yang sah.

Baru-baru ini, isu ini diperkatakan kembali di dada-dada akhbar apabila kenyataan bertentangan daripada dua pemimpin BN Sabah. Datuk Salleh mengatakan ’20 Point no longer valid’ dan ini mengundang kemarahan kebanyakan pihak. Lantas Dr. Maximus Ongkili mengeluarkan kenyataan bertentangan ekoran tindakan Datuk Salleh, Ongkili mengatakan bahawa ‘20 Perkara Sah & Relevan sampai bila-bila’. Namun, pelik juga apabila kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama iaitu

“20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.Manakala apa yang rasmi mengenainya hanyalah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan,"




Diikuti oleh jawapan Musa Aman bahawa
"Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," Musa Aman, 28 Mei 2012. Tenom.
Petikan dalam laman Wikipedia pula tidak mengulas tentang kewujudan 'dokumen sah' tersebut.
"Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja."
Bukan itu sahaja, sampai hari ini kita langsung tidak pernah melihat hitam putih berkaitan perkara tersebut. Sekiranya dikatakan '20 Perkara' sah kerana terdapat di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14, namun ia masih belum ada asas yang jelas untuk diperjuangkan kerana ia bukannnya perjanjian tetapi hanya laporan ataupun hasil dapatan daripada perbincangan yang sebutkan tadi. Maka, '20 Perkara' sebenarmya tiada asas yang kukuh untuk kita perjuangkan. Sekiranya masih ada pihak yang berkeras tentang wujudnya '20 Perkara', sila buktikan di manakah dokumen tersebut?

Maka dengan itu, Pemuda PAS Sabah bersama-sama DPP Sepanggar mengajak rakyat untuk kembali beralih kepada sesuatu yang benar-benar mempunyai asas yang kukuh dan sah untuk diperjuangkan.  Tinggalkan '20 Perkara' kerana BN sendiri mula menolak kewujudannya dan kembali beralih kepada dokumen  perjanjian Malaysia 1963 (sesuatu yang selama ini didiamkan oleh kerajaan persekutuan).

Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen yang sah kepada media pada 2 Jun 2012 : Dokumen Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 ada, tetapi dokumen sah Perkara 20?

Perjanjian Malaysia 1963 menjadi pilihan kerana ia memiliki dokumen yang sah dan merupakan satu perjanjian yang 'mengikat' Malaya dengan Sabah. Bahkan ia boleh diheret ke badan-badan berkanun kerana ianya merupakan perundangan yang diterima di dalam negara kita dan juga antarabangsa. Beberapa pelan tindakan telah pun dirangka secara bersama oleh Pemuda PAS Sabah dengan NGO tempatan bagi memahamkan rakyat berkaitan isu ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhwan Nain
Ketua Penerangan DPP Sepanggar

BN dan kewajiban MENUMBANGKANNYA

Sumber: http://i4a99-cintakanmati.blogspot.com/

Mereka seperti kereta lapuk. Body partnya sudah bertaraf besi buruk. Gear yang hampir tidak berfungsi. Enjin selalu mati. Mengeluarkan asap hitam pekat melalui exos. Menyusahkan pemilik kereta yang terpaksa mengeluarkan wang belanja memperbaiki bahagian-bahagian kereta yang rosak. Wang habis terbelanja, kereta masih bermasalah teruk. Andai dikira jumlah wang yang dibelanjakan untuk memperbaiki kerosakan tersebut, sudah mampu membeli sebuah kereta baru yang tidak mempunyai kerosakan malah lebih selesa dan canggih. Jadi, mengapa tidak memilih untuk membeli kereta yang baru sahaja?



Tahukah anda apa yang hendak saya maksudkan? Itulah perumpamaan kerajaan Malaysia yang diterajui BN sekarang. Kepimpinannya sudah lapuk. Pengurusan pentadbiran negara tidak telus. Banyak masalah penyelewengan semakin dibongkar. Setiap keputusan BN selalu sahaja menguntungkan sebelah pihak. Tender diberikan kepada kroni, projek tidak berkualiti seperti yang diharapkan, perbelanjaan yang boros dan sebagainya. Sebab itu tidak hairan jika adanya stadium yang runtuh, projek scorpene yang second hand tidak dapat menyelam, dan masjid berjuta tetapi tersarah arah kiblat. Itulah BN, bila kepimpinan sudah tidak berkualiti lagi maka negara pun menjadi tidak berkualiti. Jangan sampai rakyat menjadi busuk kerana terikut akan pemerintahan BN yang keinggalan zaman ini.

( Maksudnya : “Nabi salallahualaihiwasalam telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika berbaiah, supaya kami dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas (senang), atau dalam keadaan benci, keadaan susah atau dalam keadaan mudah, Dan kami dipesan agar tidak menanggalkan urusan kepada ahlinya (mencabut ketaatan kami kepadanya) melainkan setelah kamu melihat kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah yang menjadi bukti (keterangan).” (Hadis sahih riwayat Bukhari ms. 13 Jilid 8 di dalam Fathul Bari, Muslim dan Tirmidzi) 

Rakyat sudah bangkit dan sedar. Inilah masanya mencuba kereta yang baru. Menguji keupayaan kereta baru tersebut sudah pasti terbayang akan aircondnya yang sejuk, bunyinya senyap tetapi laju, tidak mengeluarkan asap hitam dan sebagainya.

(surah An-Nisa ayat 141 yang bermaksud : "Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman.")

Kita mengharapkan nafas baru negara dalam kepimpinan parti alternatif yang bakal bergelar kerajaan iaitu Pakatan Rakyat. Itulah hakikatnya dalam kerangka negara demokrasi. Rakyat harus bijak memangkah, bukan kerana hari ini malah menjangkaui masa hadapan...

04 June, 2012

Bedah Buku Fikah Perubatan

sumber: http://wardhatulsakinah.blogspot.com/

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Bedah Buku Fikah Perubatan & Seharum Kasturi Putih telah berlangsung pada 30 Mei 2012 (rabu) di Masjid Bandaraya. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibn Sina (PAPISMA) cawangan Sabah dengan kerjasama oleh Yayasan Amal Malaysia (YAM) cawangan Sabah & Masjid Bandaraya (MBR) Kota Kinabalu. Penceramah disampaikan oleh Dr Awisul Islah Ghazali, merupakan Presiden PAPISMA.

Dalam program ini, Dr Awisul banyak mengupas buku Fikah Perubatan berbanding buku Seharum Kasturi Putih. Buku Seharum Kasturi Putih ini menceritakan pengalaman 20 orang doktor dalam merawat pesakit sepanjang kerjaya mereka. Pengalaman para doktor ini diterbitkan dalam bentuk cerpen sebagai iktibar & keinsafan buat semua yang sememangnya pasti ditimpa sakit.


Fikah Perubatan ini ditulis oleh dua orang pakar agama (Ustaz Shamsul Kamal Abdullah & Ustazah Wan Ainon Wan Abdullah) dan dua orang pakar perubatan (Dr Harmy Mohd Yusoff & Dr Rosediani Muhamad). Menurut Dr Awisul, buku ini merupakan karya pertama (asal) yang julung-julungnya diterbitkan di Malaysia & insyaAllah akan diterbitkan lagi untuk menyebarkan kefahaman kepada semua.

Fikah Perubatan menyentuh segenap aspek perubatan dan islam. Buku ini dilihat bukan sahaja pada hukum-hukumnya, malahan melihat teras akidah dalam perubatan dan aturan etika mereka yang terlibat. Fahami isu akidah dalam perubatan dan Islam. Antaranya:

Bolehkah perubatan dan Islam dipisahkan?
Bagaimana kita boleh jadi kafir dengan berubat.

Selami adab-adab doktor dan pesakit. Antaranya:
Adakah doktor dibenarkan memilih bagi mematikan pesakit?
Beliau lelaki dan saya wanita, bagaimana sepatutnya pengubatan ini dilaksanakan?

Jejaki kaedah-kaedah syariah dalam perubatan dan Islam. Antaranya:

Apakah itu perubatan Islam yang sebenar-benarnya?
Fisiologi manusia dan bagaimana Islam selari dengan kajian moden.
Cara beribadah dalam keadaan yang terhad dan berpenyakit.

Dengan isi yang tuntas dan bernas, Fikah Perubatan bukan hanya menawarkan teori dan pemahaman, malah membimbing kita terus dengan kaedah dan amalan yang sewajarnya.

Buku ini mengandungi 6 tajuk utama diiukti tajuk-tajuk kecil:

A) PERUBATAN ISLAM
1. Definisi Perubatan Islam Tibb Nabawi
2. Perubatan Arab Sebelum Kedatangan Islam
3. Etika Perubatan Islam
4. Sejarah Perkembangan Perubatan dalam Dunia Islam

B) ASAS FIKAH PERUBATAN
5. Pengertian Fikah
Pertama : Fikah Perubatan Berdiri Atas Prinsip Umum
Kedua : Hukum Asal Urusan Perubatan Adalah Harus
Ketiga : Fikah Perubatan Dibangunkan Dengan Mengambil Kira Illat (Sebab) dan Maslahat (Keperluan ataupun Kepentingan
6. Daruriyyat, Hajjiyat dan Tahsiniyat

C) HUKUM BERUBAT
7. Hukum Berubat Menurut Islam
8. Jenis Rawatan yang Diharamkan Islam
Rawatan yang Menggunakan Bahan-Bahan yang Haram
Rawatan yang Menggunakan Bahan-Bahan Najis
Rawatan yang Membawa Mudarat Besar dan Bencana yang Dahsyat Kepada Pesakit
Rawatan yang Berdasarkan Sihir, Khurafat dan Pemujaan
Perubatan yang Menggunakan Tangkal azimat
Rawatan Berdasarkan Jampi Mantera
Perubatan Menggunakan Jin (Makhluk Halus)
9. Hukum Menggunakan Benda-Benda Haram dan Najis
Pendahuluan, definisi ubat, definisi ubat yang Halal, Sumber Ubat.
10. Rasional Tidak Boleh Berubat dengan yang Haram

C) BENDALIR BADAN, APLIKASI DAN 'TAHARAH'
11. Haid
12. Istihadah
13. Penetapan Hukum Masalah Haid
14. Rawatan untuk Masalah Haid
15. Nifas
16. Aplikasi Hukum ke atas wanita Haid dan Nifas
17. Hukum Pendarahan Sewaktu Mengandung dan Air Ketuban
18. Bendalir Badan yang lain
19. Cecair Badan yang Lain dan Hukumnya

D) PERLAKSANAAN IBADAH SEMASA SAKIT
20. Manhaj Kehidupan
21. Taharah
22. Tayamum
23. Pesakit yang Tidak Dapat Mengelak daripada Najis
24. Kaedah Solat Semasa Sakit (Gambar)

E) PUASA DAN ISU-ISU PERUBATAN MODEN
25. Puasa
26. Hikmah Puasa
27. Perkara yang membatalkan puasa
28. Kaedah Rawatan Moden berhubung perkara yang Membatalkan Puasa

Lebih lanjut, boleh rujuk buku Fikah Perubatan. Untuk wanita, boleh baca buku Amalan 24 Jam Wanita Haid sebagai rujukan tambahan.


Pesanan tambahan, belajar melalui buku perlu berguru. Pastikan ada orang yang lebih faqih untuk dirujuk agar setiap ilmu yang dipelajari berada di jalan yang betul. InsyaAllah. Selamat membaca.

Stay focused, PAS tells Sabahans

source: http://anakbulanmoden.blogspot.com

KOTA KINABALU: Alluding to raging discussions on the ‘validity’ of the 20-point document, Sabah PAS has urged locals not to get distracted by statements issued by Barisan Nasional leaders which are aimed at confusing voters.

Sabah Barisan Nasional state Speaker Salleh Keruak had sparked angry retorts from both sides of the political divide when he recently dismissed the 20-point document as non-existent.

Salleh’s statement that the 20-point document was no longer valid because it is already part of the Malaysian constitution.

But Sabah PAS claims the issue of the 20-point document is not as important as the 1963 Malay Agreement which detailed the rights of the state as a nation-member of the Malaysia.

Pointing this out its youth chief Lahirul Latigu said while no one can deny that the spirit of the 20-points document which included safeguards for Sabah, the document itself was not an official entity.

“The 20 points itself is not an official document as such has no legal basis.

“While we fight each other about the validity of the 20 points, we must not forget about the 1963 Malaysian Agreement, which clearly spells out the rights given to Sabah.

“These rights are what we should look into and focus our attention on,” he told reporters here.

‘BN confusing voters’

Lahirul said the youth wing had in recent days received many questions with regards to the 20-point document and the Malaysia Agreement.

“We are educating the public on the content and importance of the document. We are doing this in two phases, covering our members and the public.

“The 20 points (agreeement) is now a hot issue hence. We don’t want BN to confuse Sabahans. We will continue to explain and educate Sabahans about their rights, ” he said.

Yesterday opposition State Reform Party (STAR) Sabah chief Jeffrey Kitingan reminder leaders that there are in fact four documents that are pertinent to Sabah and Sarawak’s history and these were the 1963 Malaysia Agreement , the 20-18 points, the IGC Report and the Cobbold Commission Report.

He said irrespective of whether the contents of the four constitutional documents and/or conventions were incorporated into the Federal Constitution, “the documents/conventions continue to exist.”

“These are historical, political and constitutional documents which supplement/complement the constitution and must be read together with it.

“Half truths distort the true picture and do a grave disservice and injustice to our people,” Jeffrey said.

02 June, 2012

Pemuda PAS Sabah bidas isu perkara 20

Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Sebentar tadi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melalui ketua pemudanya saudara Lahirul Latigu bersama-sama NGO tempatan membuat kenyataan media berkenaan isu perkara 20 yang menjadi pertikaian. Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau ialah mengapa dokumen Laporan Suruhanjya Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 ada, tetapi dimana dokumen sah Perkara 20?

Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen yang sah kepada media

Isu perkara 20 menjadi perdebatan hangat dikalangan parti-parti politik di Sabah termasuk UMNO yang mana seolah-olah perkara 20 ini wujud, sedangkan isu sebenar Perjanjian Malaysia 1963 yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia tidak diangkat. Kerajaan Persekutuan seolah-olah mendiamkan diri dari menyentuh isu kandungan Perjanjian Malaysia 1963. Persoalannya kenapa? Ini bakal didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Nantikan 6 Jun ini, satu kejutan seluruh Malaysia akan berlaku...

Himpunan Hijau ke Putrajaya turut diikuti di Pejabat PAS kawasan Putatan

Bermunajat memohon pertolongan Allah


Bersama-sama menyaksikan siaran langsung Himpunan Hijau

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.