24 February, 2010

Tun Datu Datu Mustapha Datu Harun : Pejuang Awal Agama Islam Di Sabah

Share
Sumber: http://iskhandarzulkarnain.blogspot.com/

KOTA KINABALU, 10 Februari: Bagi Rakyat Negeri Sabah yang sememangnya boleh dikatakan sebagai orang-orang veteran, mereka pasti tidak akan lupa kepada satu nama besar yang telah banyak bermandikan keringat dan memerah kudrat hanya untuk memperjuangkan nasib agama Islam dan seterusnya memperjuangkan hak-hak kebajikan rakyat negeri sabah ketika waktu tersebut.


Tun Datu Mustapha

Tun Datu Mustapha Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak keempat Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Dia mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England.


Zaman Penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara

Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu. Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Pada tahun 1944, beliau lari ke Filipina dan menyertai gerakan gerila. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud.

Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.

Zaman Kemerdekaan
 
Selepas 2 tahun memerintah negeri Sabah, akhirnya pada 16 September 1965, beliau meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah dan menyerahkan jawatan kepada Tun Pengiran Ahmad Raffae. Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1965-1973. Beliau adalah pengasas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Beliau juga pernah menjadi Presiden PERKIM (1977-[[1979]) dan Presiden Pertubuhan Islam Sabah Bersatu (USIA). Beliau juga ahli Royal Commonwealth Association dan Commonwealth Parliamentary Association. Pada tahun 1972, beliau menjadi Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pengakap Negeri Sabah dan dianugerahkan Pingat 'SEMANGAT PADI'. Sekitar November 1973 - Februari 1990, beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Pertanian Malaysia.

Penubuhan United Sabah Islam Association (USIA)

USIA

Dalam tahun 1950 hingga awal tahun 1960, beberapa persatuan Islam telah ditubuhkan di negeri Sabah. Persatuan-persatuan Islam yang ada ketika itu ialah Persatuan Islam Putatan yang dipimpin oleh Imam Ahmad Mus Haji Ismail, Persatuan Islam Sabah, diketuai oleh Tuan Haji Yusof Shamsuddin dan Persatuan Islam Tawau, diketuai oleh OKK Zainal Kerahu.

Pada tahun 1961, Persatuan Islam Putatan dan Persatuan Islam Sabah telah mengambil inisiatif menjemput YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun bagi mempengerusikan satu Majlis Perbincangan yang diadakan di kediaman Tuan Haji Yusof Shamsudin di Kg. Sembulan Baru, bertujuan untuk mendapat kata sepakat bagi menggabungkan persatuan-persatuan Islam yang wujud di Borneo Utara supaya menjadi sebuah persatuan yang besar dan kuat. Namun rancangan ini tergendala seketika kerana proses pembentukan Malaysia sedang berjalan rancak pada waktu yang sama di mana YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun sendiri terlibat secara aktif.

Keputusan masyarakat Islam Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran bahawa bilangan umat Islam di negeri ini jauh lebih kecil berbanding bilangan non-muslim. Oleh yang demikian, gabungan tersebut memberikan keyakinan kepada umat Islam di Sabah bahawa nasib mereka pada masa akan datang mendapat jaminan dan perhatian daripada saudara-saudara Islam di negeri-negeri lain di Malaysia.

Tahun 1969, YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun mengundang 3 persatuan tersebut dan susulannya membentuk Kongres Masyarakat Islam pada 14 Ogos 1969 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Kongres tersebut berjaya mewujudkan United Sabah Islamic Association (USIA) yang kemudiannya didaftarkan pada 10 Oktober 1969 (Ibu Pejabat awal hanya sebuah kedai di Kg. Air, Kota Kinabalu). Perasmian bangunan 4 tingkat Ibu Pejabat USIA, Jalan Sembulan telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj, pada 30 Julai 1972, bersamaan 19 Jamadil Akhir 1392H

Perjuangan Islam yang dibawa oleh Tun Datu Mustapha sehingga kini masih memberikan impak ke atas kemajuan gerakan Islam di Sabah, yang mana beliau berjaya merubah negeri Sabah menjadi negeri yang pada asalnya minoriti beragama Islam, sehingga menjadi negeri yang bermajoritikan Penduduk beragama Islam.

Komen Via Facebook

2 ulasan:

Anonymous said...

budu bapa dia

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Post a Comment

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.