30 November, 2009

PROGRAM KORBAN PAS KENINGAU

Sumber: http://paskeningau.blogspot.com/

Pada tahun ini, PAS kawasan Keningau telah berjaya melaksanakan satu lagi tuntutan ibadah korban yang sangat mulia pada hari raya ketiga di salah sebuah perkampungan di daerah Keningau. YDP PAS Keningau Sdr. Hisamuddin Sulaiman, sendiri
turun padang bagi menyempurnakan ibadah korban dengan menyembelih seekor lembu.

Program korban yang julung-julung kali diadakan di kampung tersebut oleh PAS Keningau mendapat sambutan dan kerjasama yang amat menggalakkan dari penduduk kampung yang ternyata begitu bersemangat bersama-sama menjayakan program bermula dari awal pagi sehinggalah berakhirnya program kira-kira jam 5 petang. Sebahagian daging korban telah dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk kampung serta di masak secara bergotong royong.

Ternyata program korban ini memberi peluang kepada penduduk kampung tersebut bersama-sama menjalankan ibadah yang sangat dituntut oleh Islam disamping mendapat pendedahan yang sebenarnya mengenai Parti Islam Semalaysia (PAS). Semoga Allah memberkati segala amal dan sumbangan yang telah dicurahkan demi menegakkan kebenaran di bumi Malaysia yang tercinta.

Sekitar gambar Ibadah korban PAS kawasan Keningau.




27 November, 2009

BTN vs 1 MALAYSIA

Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Membicarakan tentang Biro Tata Negara (BTN) semestinya kita akan dapat menduga apakah peranan disebalik egensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Semenjak dari dahulu lagi BTN berperanan menyuntik semangat kebangsaan kepada peserta yang hadir ke kem-kem BTN yang mereka anjurkan. Pada masa yang sama BTN juga berperanan mendendangkan agenda kepimpinan negara. Bermula dari Wasawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahadhir Mohamad, kemudiannya Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Badawi dan kini mungkin 1 Malaysia oleh DS Najib Tun Razak akan menjadi modul utama BTN.

Selain dari menyuntik semangat kebangsaan dan menerangkan agenda kerajaan, BTN juga mengambil kesempatan untuk memburukkan individu-individu tertentu yang dianggap menentang dasar-dasar kerajaan. Mereka terdiri dari pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang dan juga pertubuhan-pertubuhan yang dianggap mengancam keselamatan negara seperti JI, HINDRAF dan lain-lain. Sebenar mana kenyataan ini, hanya mereka yang pernah mengikuti kem-kem BTN sahaja yang mampu menjawabnya.

Namun, kelahiran idea 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh DS najib Tun Razak (idea asal dari DS Anwar Ibrahim) seolah-olah memperlihatkan agenda BTN untuk menyuntik semangat kebangsaan agak bertentangan dan mungkin terhalang. Masakan tidak, 1 Malaysia memaparkan kesamarataan kaum di Malaysia manakala fungsi asal BTN menekankan semangat kebangsaan Melayu.

Kerajaan PR dan BTN

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang menghalang kakitangan mereka untuk mengikuti kursus BTN adalah merupakan satu langkah bijak. Ini adalah kerana peranan BTN akan menyebabkan kakitangan Selangor termakan dengan hasutan yang disuntik kepada mereka, dan akhirnya menyebabkan kerajaan negeri berada dalam keadaan terancam. Tindakan kerajaan Selangor ini perlu juga dilaksanakan dikesemua negeri-negeri Pakatan Rakyat.

BTN umpama gunting dalam lipatan yang telah diresapi oleh agenda UMNO/BN untuk terus menaburkan fitnah dan hasutan terhadap kekitangan awam dan juga tidak terlepas golongan mahasiswa. Bagi mereka yang menentang dan menunjukan sikap tidak bersetuju di dalam sesi BTN akan di cop sebagai orang pembangkang yang akhirnya boleh menyebabkan kursus beliau mungkin akan gagal.

BTN dan halatuju

Merujuk kepada laman sesawang BTN, kursus kenegaraan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1. Untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;

2. Untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;

3. Untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan

4. Untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.

Rujuk Disini


Namun apa yang berlaku, selain dari objektif di atas, BTN juga berperanan mengambil alih tugas UMNO/BN dalam suasana politik negara. Peranan tersembunyi inilah yang menjadi penghalang kepada kejayaan kursus BTN.

Sepatutnya BTN harus bersifat nuteral dan tidak mencampuri urusan politik negara. Ianya perlu di kendalikan oleh mereka yang layak dan tidak ‘bias’ dengan mana-mana agenda politik. BTN juga harus menjadi tonggak menyampaikan kefahaman Islam kepada peserta tanpa mengira kaum. Selain dari itu ianya wajib menjadi agensi yang melaksanakan agenda perpaduan kaum berasaskan Rukun Negara dan bukannya berasaskan parti politik.

Laman utama BTN boleh dilayari disini.

25 November, 2009

PAS KESAL TIADA PERUNTUKAN HOSPITAL QUEEN ELIZABETH

Sumber: http://pasabah.wordpress.com/

KOTA KINABALU : PAS Sabah merasa kesal dan dukacita kerana kerajaan tidak menyenaraikan Hospital Queen Elizabeth sebagai salah satu Hospital yang diberi keutamaan untuk dinaik taraf dalam belanjawan 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling, keadaan Hospital Queen Elizabeth sekarang amat menyedihkan sekali.

“Pesakit diletakkan dalam keadaan berhimpit-himpit, rapat diantara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan para pesakit dan kakitangan Hospital merasa tertekan dan amat tidak selesa. Jika katil penuh, pesakit akan diletakkan diatas lantai (bertilam)”. kata Aminudin yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Sabah.

Aminudin mempertikai slogan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana kerajaan Barisan Nasional gagal mendahulukan masalah rakyat berikutan masalah bangunan Hospital Queen Elizabeth yang tidak selamat.

Dalam belanjawan tersebut pada tahun 2010 hospital dalam peringkat pembinaan dan dinaik taraf ialah Kluang, Bera, Shah Alam, Alor Gajah dan Tampoi.

Menara utama, blok podium dan blok forensik Hospital Queen Elizabeth telah diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki oleh IKRAM dan JKR Sabah tahun lepas.

“PAS sangat berharap Sabah dan Sarawak juga diberi keutamaan 50 buah klinik yang akan dibuka di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai bagi membolehkan masyarakat mendapat kemudahan rawatan biasa. Di Semenanjung, jarak satu klinik ke satu klinik hanya beberapa kilometer sahaja, di Sabah jarak satu klinik ke satu klinik berpuluh kilometer malah beratus kilometer.”, katanya.


480 penyokong BN sertai PKR SILAM

Sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/

KUNAK : Seramai 480 penyokong dan ahli dari rejim BN di Kampung Bumi Asli, di bahagian Kunak tekad menyertai PKR Ahad lalu.


Pengerusi Perhubungan (Majlis Pimpinan Negeri) PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini berkata, mereka mengambil keputusan itu selepas melihat kegagalan demi kegagalan rejim BN membela nasib rakyat khususnya dalam isu tanah di Pekan Kunak.

Menurutnya, daripada jumlah itu kebanyakannya ialah ahli-ahli Umno selain ahli dari parti PBS, PBRS dan parti Pasok iaitu antara sekutu rejim BN di Sabah.

“Berdasarkan siri lawatan saya di kawasan Pantai Timur ini khususnya di bahagian Tawau, Kunak, Semporna dan Sandakan, sokongan rakyat bertali arus terhadap parti ini cukup baik dan saya melihat ia sesuatu yang positif dan signal rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com, di sini hari ini.


Beliau menambah, dalam masa terdekat PKR Sabah akan terus menerima keahlian baru termasuk dari kalangan pimpinan BN di beberapa bahagian di Pantai Timur Sabah.

Ahmad yang juga Ketua Cabang PKR Libaran memberitahu, pimpinan Umno itu kelak akan turut membawa ribuan ahli Umno dan BN untuk berhijrah menyertai PKR.

Terdahulu, pada 22 November lalu, 12 Ranting PKR Kunak di Sabah menerima 480 keahlian baru termasuklah ahli Umno dan beberapa golongan professional di negeri itu.

Di antara golongan professional itu ialah bekas Ketua Mahkamah Anak Negeri Kunak, Hj. Ramli Ibrahim @ Berahim yang juga bekas orang kuat Umno.

Manakala 12 Ranting itu ialah dari cawangan Pangi Tengah, Hampilan, Madai, Dasar Baru, Dasar Lama, Kunak Tiga Darat, Kunak Tiga Kabog, Jaya Baru, Ulu Madai, Kunak Jaya Laut, Kg.Kunak Jaya dan Sungai Atas. Dua lagi cawangan baru yang bakal ditubuh belum dinamakan.

Turut sama pada majlis penuh bersejarah pada hari tersebut ialah Timbalan pengerusi PKR negeri, Datuk Kong Hong Ming, Ketua Penerangan PKR Silam, Samsuri Baharudin dan Timbalan Ketua PKR Kunak, Djapri Kudosat.

DI PETIK DARI ERAPAKATAN.COM

23 November, 2009

KEENGGANAN POLIS (PDRM) MENYIASAT DAN BERTINDAK PUNCA PENGGUNAAN SIJIL ANAK NEGERI PALSU (SAN) BERLELUASA DISABAH

Sumber: http://pkrcommsab.blogspot.com/

Isu penggunaan Sijil Anak Negeri telah menambah hangatkan senario politik Negeri Sabah bilamana pada 17hb Novembr 2009 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya (kiri), membangkitkannya di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Sabah negeri dibawah bayu yang belum lagi reda dengan isu penggunaan kad pengenalan dikeluarkan kepada kaum pendatang daripada Filipina dan Indonesa kini telah di kejutkan lagi dengan isu sijil anak negeri yang kesahihannya diragui.

Pihak Polis bersama beberapa agensi lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa supaya menyiasat Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong Sze Phin(kanan) yang didakwah oleh Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan Sekong sebagai penipu kerana memiliki Sijil Anak Negeri yang kesahihannya meragukan demikian kenyataan, dibuat oleh YB Datuk Samsudin Yahya, disiar di muka depan Akhbar New Sabah Times, memberi gambaran peri pentingnya isu tersebut yang telah lama menghantui rakyat sabah.

Penggunaan Sijil Anak Negeri dimiliki oleh gulongan yang tidak berhak memiliki nya bukan masalah baru kepada rakyat Sabah. Pengeluarannya telah dibekukan diera Kerajaan Parti Berjaya memerintah disebabkan adanya penyalahgunaankuasa dalam proses pengeluarannya.

“Sebagai formula memelihara hak kaum anak negeri daripada terjejas akibat pengeluarannya yang didalangi segelintir Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri tidak bertanggungjawab Kerajaan Parti Berjaya telah membekukan pengeluarannya sejak tahun 1983” demikian kenyataan yang pernah dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan OKK Hassnar Hj Ebrahim (kiri).

Ramai daripada kalangan pemimpin masyarakat Sabah pernah menyoal penggunaan sijil anak negeri palsu tetapi setiap kali isu tersebut dimatikan begitu saja menyebabkan sebilangan besar rakyat Sabah daripada keturunan anak negeri menerima nasib ibarat sudah jatuh ditimpa tangga”. Padah kesan penggunaannya ramai kaum anak negeri telah hilang tanah milik mereka yang dikeluarkan geran taraf Native Title kerana geran mereka diambil oleh gulungan tauke tauke yang ada hubungan dengan kakitang diJabatan Tanah dan Ukur.

Walaupun ianya merupakan satu jenayah dan seorang Menteri BN pernah memberi jaminan kepada rakyat bahawa mereka yang menggunakan sijil anaka negeri palsu akan diserah kepada Polis tetapi sehingga kini tidak ada satupun dari kalangan mereka yang memiliki dan menggunakan sijil anak negeri yang kessahihannya diragui telah diheret dan diddakwa diMahkamah untuk diadili.

“keengganan anggota PDRM (kanan) menyiasat dan mengambil tindakan keatas aduan kaum anak negeri terhadap gulungan yang memiliki sijil anak negeri yang kesahihannya diragui adalah punca penggunaan sijil anak negeri palsu berleluasa diSabah” ujar En Zainuddin Hasssan ketua Penerangan AMK negeri Sabah.

“AMK menyeru Kerajaan BN jika mereka tulus hendak memperjuangkan hak kaum anak negeri yang kini tertindas akibat penggunaan Sijil Anak Negeri yang dikeluarkan kepada mereka yang tidak berhak - jangan hanya tumpu kepada pemilikan sijil sedemikian oleh pemimpin pembangkang sahaja. Banyak Tauke - tauke proksi BN dan UMNO telah merampas ribuan ekar Tanah orang kampong dengan mengunakan Sijil Anak Negeri serupa! Apakah mereka diberi kekebalan dan imuniti daripada kerajaan dan tidak boleh diambil tindakan Undang Undang?” Tambah En Zainuddin hassan

Sabahkini.net telahpun menyiarkan tindakan seorang wanita berbangsa Sungai daripada daerah Kinabatangan, Puan Rosmina Binti Nazry, melaporkan kepada Polis akan perbuataan seorang wanita berbangsa Cina tetapi memiliki serta menggunakan satu sijil Anak Negeri yang tidak ada rekod diMahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu. Malangnya aduan Puan Rosminah Bte Nasry kepada Polis tidak hendak disiasat oleh Polis walaupun telah diadu secara resmi di Balai Polis daerah Sandakan.

Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Zainuddin Hassan (kanan) mencabar Kerajaan BN dan Polis, SPRM agar jangan berat sebelah hanya kerana terdapat sijil yang dimiliki oleh seorang ahli pembangkang sahaja. Terdapat ramai gulongan tauke- tauke dari Sabah yang menyokong Barisan Nasional juga memiliki sijil yang kesahihannya diragui tetapi enggan diambil tindakan oleh kakitangan Kerajaan BN Sabah walaupun aduan demi aduan telah dibuat.

“Siasat semua laporan yang pernah dibuat oleh kaum anak negeri Sabah kalau memang PDRM jujur hendak menangani perkara ini dan bukan meneguk diair keruh untuk mencari untung peribadi. “ Tambah En. Zainudin Hassan

22 November, 2009

PAS Desak Siasat Sijil Anak Negeri Tanpa Pilih Buluh

sumber: http://hjhamzahabdullah.blogspot.com/

TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah menyambut baik tindakan kerajaan negeri untuk menyiasat penggunaan sijil anak negeri (SAN) yang diperolehi melalui jalan tidak beretika.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi satu laporan akhbar tempatan di mana isu yang berpunca dari perdebatan di DUN Sabah berkaitan seorang ADUN DAP dari Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin (DAP) yang didakwa mempunyai taraf Sijil Anak Negeri yang meragukan menyebabkan anggota BN dari UMNO, Datuk Samsuddin Yahya, telah mendesak Polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Adun tersebut.

PAS Sabah menegaskan agar kerajaan tidak memilih bulu dan hanya menjadikan individu yang tidak sehaluan dengan parti Barisan Nasional sebagai mangsa.

“Ramai dikalangan taukeh-taukeh besar yang memiliki sijil anak negeri palsu bagi membolehkan mereka memiliki tanah adat dan membuka ladang-ladang besar serta membolot projek-projek kerajaan yang dikhususkan untuk Bumiputera serta anak-anak mereka mengikuti pengajian di UiTM tetapi terselamat hanya kerana mereka dikaitkan dengan menyokong UMNO/BN,” ujar Hamzah yang mempunyai banyak bukti berhubung amalan songsang ini.

Berita mengenai pemalsuan dan penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu ini kata Hamzah, tersebar secara meluas di laman-laman blog serta akhbar tempatan tetapi pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyiasat jenayah keji ini yang sinonim dengan perangai UMNO.


"Kalau nak tipu boleh, nak selamat dari disiasat pihak berwajib akibat dari perangai menipu boleh, yang penting mesti sokong UMNO/BN", ujarnya lagi.



Hamzah berkata SAN tidak diperlukan kerana mana-mana anak yang dilahirkan oleh suku kaum yang diiktiraf sebagai anak negeri pastinya nama suku kaum tersebut akan dicatit dalam sijil lahir mereka. Jadi apa perlu untuk memohon SAN?

"Pengumuman oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Mohd Noor tentang pembekuan pengeluaran SAN sebenarnya hanya mendedahkan individu-individu tertentu yang memiliki kuasa, menyalahgunakan proses pengeluaran SAN tersebut kerana dibimbangi ia dibuat bukan berdasarkan kelayakan pemohon tetapi lebih kepada berapa harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan SAN tersebut", katanya lagi yang membidas Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang menjadi dalang mengesahkan Sijil Anak Negeri Palsu kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan sesuatu sijil yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri.





Beliau selanjutnya menegaskan bahawa pendedahan mengenai perangai buruk orang-orang yang berkuasa di Majlis Hal Ehwal Anak Negeri akan dibuat dalam waktu yang terdekat.

Sijil perakuan Bumiputera (sijil anak negeri) ini telah dibekukan oleh Kerajaan BERJAYA pada tahun 1982 ekoran daripada penyalahgunaan kuasa dan pemberian dokumen tersebut kepada golongan yang tidak layak memilikinya.

19 November, 2009

Tentera Merah – Pejuang tanpa nama


Tentera Merah Mencari Ikhlas

Jauh dari lensa kamera, tempatnya juga bukan berpijak di permaidani merah, atau bukan membuka bicara di podium raksasa, tapi hakikatnya kehadiran berharga yang jarang menjadi sasaran lensa inilah menyaksikan kelibat petugas berbaju merah aktif bergerak kesana-sini membantu kelancaran majlis.



Dari aspek keselamatan, protocol, kebersihan, parking, kawalan disiplin peserta cilik dan susun atur majlis banyak dibantu oleh para petugas ini.

Mereka seakan tidak bernama, hadirnya membawa manfaat, tenaganya ditagih , komitmennya ditunggu hingga ke akhir dan senyumnya menceriakan angkasa Majlis konvokesyen Pasti pagi itu.

Hadiah Ilmu adalah Amal, Hadiah Amal adalah Ikhlas

Tahniah kepada Unit AMAL Sabah yang banyak membantu kelancaran setiap program. Kekalkan imej bersih dan tanpa nama ini.

Ianya satu langkah menuju takwa dan keikhlasan, antara yang disebut oleh Dr Yusof Qardhawi dalam bukunya Konsep Niat dan Ikhlas Menurut Islam, mari kita menyorot pandangan ilmuwan terkemuka ini apabila beliau menyatakan :

Bukti penguat ikhlas bagi orang yang beriman ialah :

  1. Takut populariti dan kemasyhuran kerana ia boleh membawa kepada bangga/ujub dan merosakkan pahala amalan.
  2. Sentiasa menuduh diri sebagai manusia yang hina, jahat dan banyak kekurangan.
  3. Beramal secara sembunyi dan jauh dari liputan kemasyhuran.
  4. Tidak memerlukan pujian dan tidak tenggelam dengan pujian.
  5. Tidak kedekut untuk memuji mereka yang sememangnya layak diuji.
  6. Jika diberi peluang memimpin, maka tugasannya akan disempurnakan sebaik mungkin tanpa mengendahkan kedudukan dan kepentingan dirinya.
  7. Mencari keredhaan Allah dan bukannya keredhaan khalayak manusia.
  8. Suka dan marah kerana Allah, bukannya berkepentingan.
  9. Sabar sepanjang jalan dakwah.
  10. Merasa senang jika ada yang bergabung dan mengkritik.
  11. Rakus dan tamakkan amalan yang bermanfaat.
  12. Menjauhi ujub dan suka dipuji orang.
  13. Sentiasa memperingati diri dan bermuhasabah agar membersihkan diri dan tidak leka dengan kehidupan.
Pepatah Berhikmah

Antara kata bidalan hikmah intelektual Islam ini menyatakan, "Mereka yang ikhlas lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban tanpa diketahui gerangannya, lebih suka menjadi bahagian yang memberi kesan pada jamaah tanpa disedari dan tersembunyi , seperti akar menunjang bumi menjadi penyokong dan sumber kekuatannya, tetapi tidak zahir terlihat dek mata, tersembunyi dibalik tanah dan kegelapan misteri".

Dari kejauhan, lensa kamera ini sempat merakam…











Moga anggota unit ini terus beristiqamah bukan sahaja dalam beramal, bahkan memotivasikan diri dengan ilmu dan imej Islam serta berusaha untuk menjadi insan yang terbaik dalam memberi dan berkorban, bukannya menerima dan menunggu habuan.

17 November, 2009

Warna Warni Konvokesyen PASTI Pantai Barat Selatan

sumber berita: http://mujahideen-islam.blogspot.com/
sumber gambar: http://abunuha.wordpress.com/ dan http://albelurani.blogspot.com/

Salam alayk'. Majlis Konvokesyen PASTI Pantai Barat Selatan telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Majlis gilang gemilang tersebut telah diadakan di Dewan Pusat Perdagangan Sabah. Konvokesyen ini membabitkan hampir 20 buah PASTI sekitar Pantai Barat Selatan. Dalam majlis tersebut, kira-kira 600 orang tetamu telah hadir dan majoritinya adalah dari kalangan ibubapa pelajar PASTI serta graduan yang akan menamatkan pengajian di PASTI kira-kira lebih 200 orang pelajar.

Banner Majlis Konvokesyen PASTI Pantai Barat Selatan tersergam indah

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdra. Lahirul Latigu. Diantara tetamu jemputan yang hadir adalah Pengarah PASTI Negeri Sabah, YDP PAS Kawasan Sepanggar dan YDP PAS Kawasan Putatan serta isteri kepada Dato Hasbullah Taha.


YDP PAS Kawasan Putatan di atas pentas


Penulis (berbaju melayu) bersama Ust Hafiz (berbaju t-shirt Unit Amal)


Para ''graduan'' konvokesyen sedang berdebar-debar untuk menerima sijil


Graduan konvokesyen dan diantaranya adalah anak blogger Abu Nuha Corner


Gerai jualan serbaneka barang-barang muslim


Penulis sedang berbicara bersama sahabat yang sedang menderma darah


Gerai dari Pustaka Aslam, Kingfisher


Gerai milik Aslam Niaga

PAS sebagai sebuah gerakan Islam terbesar di Malaysia telah memainkan peranan untuk mendaulatkan Islam dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan satu 'dalil' bahawa PAS bersungguh-sungguh untuk memberi kebajikan kepada masyarakat dengan memberi satu perkhidmatan pendidikan berlandaskan cara hidup Islam.

PASTi kini telah mendapat sambutan yang meluas di kalangan rakyat Sabah. Di Sabah sahaja, lebih 50 buah PASTI telah beroperasi dan juga terdapat sebuah PASTI yang mempunyai 100% pelajar non muslim dan guru non muslim. Ini bermakna, sistem pendidikan PASTI telah diterima oleh semua pihak dalam memartabatkan institusi pendidikan pra-sekolah bagi kanak-kanak.

16 November, 2009

Konsep 1MALAYSIA yang ketinggalan

sumber: http://naufalmuawiyyah.blogspot.com/

Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa:ayat 1


maksudnya:
"Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak"

firman Allah s.w.t lagi dalam surah ar-Rum:ayat 22

maksudnya: "dan diantara tanda- tanda kekuasaan Allah dan kebijaksanaan-Nya ialah kejasian langit dan bumi serta bahasa dan warna kulit di kalangan kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu, bener- benar mengandungi hujah dan keteranagan bagi orang- orang yang berpengetahuaan."

Kita orang melayu, india, cina, orang asli,orang barat dan lain-lain merupakan adik- beradik yang berasal daripada keturunan yang satu. soal berapa juta pupu itu biarlah. Potonagan ayat quran ini jelas menunjukan bahawa umat islam perlu bersatu dan menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa, warna kulit dan sebagainya. Ayat ini juga menjelaskan kepada kita betapa utuhnya kita dikaitkan dengan ikatan persaudaraan walaupun kita dipisahkan beribu batu jauhnya antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan Islam bersifat al- 'Alamiyyah (global). Islam itu tidak tertumpu pada kelompok muslim sahaja bahkan hubungan itu lebih jauh lagi.

Diringkaskan semua ini boleh dibentuk di sesebuah negara apabila pemimpinnya berjaya menonjolkan akhlak yang mulia dan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh baginda s.a.w dalam urusan pentadbiran sesebuah negara.

Oleh itu perkaitan yang igin saya bawa disini berkenaan konsep 1Malaysia yang ketinggalan boleh dilihat pada kepimpinan menteri besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sudah lama dilaksanakan beliau dan kini di gunapakai oleh Dato Najib Tun Abd Razak. Disini ada kifalah, ladang rakyat, penghulu bukan islam dan program- program non diskriminasi yang lain. beliau seringkali membuat pertemuan terhadap pembesar- pembesar minoriti ini dalam suatu majlis untuk memberi keterangan berkenaan dasar pelaksanaan kerajaan negeri. Hal ini jelas mengambarkan akhlak yang di pamerkan beliau dalam membawa agenda dakwah tanpa mengira agama dan bangsa. Akhlak yang dipamerkan oleh pemimpin islam ini memberi ruang yang cantik dan berkesan terhadap kaum lain supaya tertarik dengan islam.

Malang sekali sikap dan akhlak ini tidak ada pada perdana menteri kita kini menyebabkan segala dasar atau strategi yang dibuat tidak pernah berjaya dan memuaskan hati rakyat malah menyebabkan rakyat tidak puas hati dan terus memberontak. Tambahan pula masalah- masalah peribadi yang dikaitkan beliau sehingga kini belum ada jawapannya. Maka apakah kita harus berbangga mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai akhlak yang kotor? tepuk dada tanya iman.

Islam itu adalah Rahmat. umpanya cili walaupun pedas tapi ramai yang suka memakannya. kalau ditambah semakin terasa enaknya. Malangnya umat manusia tidak melihat islam sedemikian sebaliknya islam ini dianggap terroris,extreme,ganas dan segala macam perasaan negatif. Oleh itu jalan keluar untuk semua permasalah ini tidak lain tidak bukan perlu kembali kepada ajaran quran dan sunnah bagi menikmati kehidupan yang lebih hakiki di dunia dan juga di akhirat.

2009 Tahun Gemilang PASTI Sandakan

sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/

SANDAKAN ; Setelah 20 tahun PASTI bertapak di bumi Sandakan, Tahun 2009 merupakan tahun yang gemilang bagi PASTI Zon Sandakan. Ulang tahun ke 20 PASTI Zon Sandakan disambut dengan pertambahan empat buah PASTI baru. Pertambahan ini merupakan pertambahan yang paling banyak semenjak PASTI mula beroperasi di Sandakan pada tahun 1989. PASTI Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang menjadi PASTI tapak pemula beroperasi di Bangunan Cosy, Jalan Chi Hwa, Batu 1 1/2 , Sandakan. Sepuluh tahun kemudian, iaitu 1999 berdirinya PASTI Umar Al-Khatab di Taman Indah Jaya.

PASTI Sandakan terus berkembang pada tahun 2000, 2002,2003 dan 2005. Pada tahun 2008, dua buah PASTI mula beroperasi dan tahun 2009 empat buah PASTI tumbuh. Empat buah PASTI tersebut ialah PASTI Zaid Bin Harithah di Kg Lupak Meluas, Batu Sapi, PASTI Bilal Bin Rabah di Karamunting, PASTI Abdul Rahman bin Auf di Taman Kenari dan PASTI Darul Hikmah di Kg Sentosa Jaya, Kinabatangan. Dalam tempoh 20 tahun PASTI Sandakan beroperasi, sudah wujud 12 buah PASTI yang menabur bakti dan mendidik kanak-kanak Pra sekolah. Tema "membina Generasi Al-Quran" cukup sinonim dengan perjuangan Dewan Pemuda PAS melalui wadahnya PASTI untuk berdakwah bermula daripada rebun. Rebun inilah diharapkan akan menyemarakan perjuangan Islam dan amal Islami di kalangan marsyarakat Sabah. Demikian tegas Izhar Hamka, Pengerusi PASTI Zon Sandakan.

Izhar yang ditemui di Majlis Konvokesyen PASTI Kali ke 20 di SM Yu Yuan disini melahirkan keyakinan PASTI akan terus berkembang sekalipun terpaksa bersaing sengit dengan Pra Sekolah dan Kemas yang percuma. Permintaan masyarakat kepada pendidikan agama semakin tinggi kerana masyarakat semakin sedar bahawa pendidikan Islam sahajalah yang dapat menyelamat anak mereka daripada anasir-ansir buruk yang disebarkan oleh media-media dan juga individu yang berkrisis minda. Ibubapa bersedia mengorbankan wang ringgit demi pendidikan Islam anak-anak mereka.

Konvokesyen ke 20 PASTI Sandakan yang dipimpin Haris Bahar melibatkan 184 orang pelajar PASTI dari kawasan Sandakan, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi. Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah telah merasmikan dan menyampaikan sijil Konvokesyen kepada para graduan PASTI.

Bicara Tarbiah: Kelebihan 10 Hari yang Terawal dari Bulan Zulhijjah

sumber: http://abuawatif.wordpress.com/

Kepada pembaca yang budiman.
Marilah kita merebut peluang menghidupka 10 hari yang terawal dari bulan zulhijjah sebagaimana saudara-saudara kita yang sedang mengerjakan ibadat haji.

Saya ambil artikel ini yang diterjemahkan oleh Dr.Abdul Basit Abdul Rahman yang disiarkan dalam blog sahabat saya al-Fadil Ustaz Hj Mohd Nasir

Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah:

Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zul-Hijjah.

Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

Firman Allah I:

} وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ {[سورة الفجر: 1-2]

: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).

2. Dari Ibnu Abbas t, Rasulullah r telah bersabda:

( ما من أيام, العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر). قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال : (ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء ).

[رواه البخاري 969، وأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].

Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).

3. Firman Allah I:

}وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ{ [سورة الحج: 28]

Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} (Surah Al-Haj: 28). Kata Ibnu Abbas t: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.

4. Dari Ibnu Umar t, Rasulullah r bersabda:

(ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد)

[رواه أحمد 5446-صحيح]

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah I dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

5. Adalah Said bin Jubir t (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. (Riwayat Ad-Darimi- Hasan).

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar :: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zul-Hijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

AMALAN-AMALANYANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:

1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban t berkata: Aku mendengar Rasulullah r bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu. ” (H.R Muslim.) Ini umum untuk semua waktu.

2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: `Rasulullah r berpuasa pada hari sembilan Zul-Hijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei). Kata Imam An-Nawawi : Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Kata Imam Bukhari : `Ibnu Umar dan Abu Hurairah y menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.’

Katanya lagi: `Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir’.

Ibnu Umar t bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah t.

Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:

الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.

4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zul-Hijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah r. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.

(أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده)

[رواه مسلم]

Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (H.R Muslim).

PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah r tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.

5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZUL-HIJJAH.

Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah. Kata Ibnu Al-Qayyim :: `Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah r yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zul-Hijjah).

Setengah ulama’ lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai dari hari Arafah dan pada hari itu juga Allah I turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.

Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.

Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.

CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:

1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.

2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah I. Firman Allah yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} (Al-Ankabut: 69).

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Kepada para jamaah haji semoga mendapat Haji yang mabrur, Amin.

Sekian, wassalam.

Risalah asal bertajuk (Fadl Ayyam Asyr Zul-Hijjah),

oleh : Sheikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jibrin

Alih bahasa oleh:

Abu Anas Madani (Dr Abdul Basit Abd Rahman)

14 November, 2009

Rumah Pelajar PASTI Dijilat Api

sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/

KINABATANGAN: Hasrat Siti Nurhanifah Abdul Rahman, 6 Tahun untuk meraikan Konvokasyen PASTI dengan suasana ceria terencat bila rumahnya hangus dijilat api pada 08 November, jam 2.00 pagi di sini.Siti Nurhanifah , anak kepada Abdul Rahman Hj Salleh merupakan pelajar Tahap II, PASTI Darul Ulum, Kinabatangan bakal menerima sijil Konvokasyen pada 15 November di Dewan SMK Yu Yuan, Sandakan.

Kebakaran yang hampir mengubah hidup keluarga adik Siti Nurhanifah berlaku ketika mereka berada di Kota Kinabalu tidak dapat diselamatkan oleh jiran-jiran. Hanya tinggal rangka tangga rumah dan selainnya musnah dijilat api. Menurut Abdul Rahman, anggaran kerugian berjumlah RM500,000. Dua lori tiga tan dan satu tan setengah yang digunakan untuk mencari rezeki turut hangus beserta 3 mesin penebang.Selain itu, 1000 anak benih sawit disekeliling rumahnya turut hangus dan mati.

Abdul Rahman yang agak terkejut dengan apa yang berlaku, menganggap kejadian ini adalah ujian Allah kepada diri dan keluarganya.Beliau yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah Ibubapa Prihatin PASTI Kinabatangan 2009, reda dengan ketentuan Ilahi dan akan terus berusaha.

Pihak pengurusan PASTI Kawasan Kinabatangan yang dipimpin oleh Ust Naim Noh telah menziarahi keluarga Adik Siti Nurhanifah dan menyampaikan sumbangan PASTI kawasan Kinabatangan. Pihak PASTI juga difahamkan setakat ini, keluarga Siti Nurhanifah belum menerima apa-apa sumbangan daripada mana-mana pihak sekalipun rumah beliau berada dalam pekan Kinabatangan.Buat setakat ini, adik Siti Nurhanifah sekeluarga menumpang di rumah datuknya yang tinggal disebelah rumahnya yang terbakar.Tahun depan adik Siti Nurhanifah yang mempunyai 5 orang adik beradik akan menyambung pelajarannya di sekolah rendah.Semestinya, beliau dan keluarga akan melalui saat-saat sukar di awal musibah sebegini.

Sehubungan dengan itu, bagi meringankan bebanan keluarga adik Siti Nurhanifah, pihak Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah memohon jasa baik semua pihak untuk menyumbang sebarang sumbangan untuk meringankan keluarga Adik Siti Nurhanifah. Sumbangan boleh disampaikan melalui akan Maybank Ust Zaidi Mustafa 114348082551[Sila SMS ke 019-5850151 setelah memasukkan sumbangan] atau terus kepada Abdul Rahman Hj Salleh. Harapan kita dengan sumbangan yang tuan puan berikan dapat `membantu meringan bebanan dan meneruskan pengajian adik Siti Nurhanifah.

Rombongan PASTI Kawasan KinabatanganLori Sumber rezeki turut hangusSedikit sumbangan PASTI tanda kebersamaan

Tangga tanpa rumah
Semoga Abdul Rahman kuat menerima ujian ini

Guru j-QAF Sabah, Sarawak mahu keadilan

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/

SAYA tertarik dengan luahan 'Jefri' dalam ruangan ini Khamis lalu bertajuk 'Guru tinggal berjauhan dengan suami 2 tahun'. Saya rasa semua guru j-QAF dan guru agama di seluruh Sarawak dan Sabah menyokong penuh kenyataannya itu.

Masalah ini mungkin remeh dan ringan bagi orang lain terutama pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran di Putrajaya (Bahagian Pendidikan Islam). Namun, derita dan kesusahan serta masalah yang kami tanggung , hanya kami, rakan dan Allah yang tahu.

Sememangnya tidak dinafikan kebajikan guru j-QAF tidak diambil berat oleh pihak berwajib. Bukan setakat soal perpindahan saja malah pelbagai isu lain mengenai j-QAF terutama di Sarawak dan Sabah, tidak dipandang oleh pihak kementerian.

Yang mereka tahu kalau datang ke sekolah hanya dengan membawa check list kesalahan dilakukan kami. Tiada ruang untuk kami mengadu masalah. Belum sempat untuk meluahkan masalah, terus saja diserang dengan pelbagai soalan bertujuan mencari kesalahan dan kelemahan kami.

Kami begitu sedih melihat keadaan ini berlaku. Langsung jatuh motivasi kami. Tugas 'orang atasan' merangsang motivasi 'orang bawahan' dengan bertanya dan menyelesaikan masalah mereka bukannya menghentam.

Kami sudah bosan untuk menceritakan masalah dan kesukaran kami bertugas jauh di Sarawak dan Sabah ini. Senarainya cukup panjang. Tapi jika ditulis masalah itu sebagai alasan dalam borang perpindahan, rasanya dipejamkan saja mata pihak berkenaan.

Cuma di sini saya ingin mempersoalkan akan nasib kami sebagai Guru j-QAF dan guru agama di bumi Sarawak dan Sabah ini. Sampai bila kami harus menunggu untuk dibenarkan berpindah ke Semenanjung. Kami menjadi risau kerana pengambilan guru j-QAF baru adalah yang terakhir pada 2010.

Dalam Parlimen baru-baru ini terdengar ura-ura j-QAF akan dikembangkan ke sekolah menengah. Adakah kami yang akan ditugaskan di sekolah menengah pula? Tidak kira apa sekalipun rancangan kementerian, yang penting kebajikan kami dalam soal pindah ini perlu diberi perhatian.

Memang betul kami makan gaji dan perlu patuh tapi kalau sampai menjejaskan moral dan semangat kami, macam mana kami hendak bekerja dengan baik? Berbeza dengan guru akademik lain, tidak sampai setahun datang ke Sarawak sudah boleh berpindah. Sungguh pelik.

Kalau alasan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang mengatakan Sarawak kekurangan guru agama tempatan, jadi kenapa guru akademik yang diganti juga dari Semenanjung? Tidak bolehkah guru pelatih j-QAF baru datang ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung macam kami dulu.

Kenapa ditempatkan kebanyakan guru di Semenanjung saja, sehinggakan ada kes guru j-QAF yang menolak tawaran penempatan di Sarawak tetapi kemudiannya ditawarkan semula bertugas di Semenanjung. Adilkah begini?

Kami berharap masalah ini mendapat perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kementerian. Kami juga rakyat Malaysia yang menyokong slogan Perdana Menteri 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

MUALIM BORNEO,
Sarawak.

12 November, 2009

Resolusi Seminar Politik Memperkasakan Parti

Sumber: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah

Seminar Politik Memperkasakan Parti menyedari dan memahami bahawa:

  1. PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan empat buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini. Baik-buruk, kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telah pun diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.
  2. PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan Muafakat Politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab.
  3. PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaikki “Persepsi” rakyat dan pengundi bahawa Muafakat Politik Pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdayasaing, makmur dan sejahtera. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saff yang menjadi asset dan anasir kekuatan utama dalam jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.

Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini merakamkan bahawa:

  1. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti semangat musyawwarah memlalui mekanisme parti secara berkesan.
    Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai ‘ta alluf al-quluub’ yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saff yang kukuh.
  2. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain supaya senantiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan memudharatkan keutuhan kerajaan negeri.
  3. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dari kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda “Kerajaan Perpaduan”.

Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti untuk:

  1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.
  2. Kepimpinan Kawasan yang memilikki penduduk-pengundi bukan-Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.
  3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.
  4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.
  5. Membuat satu “Pelan Tindakan” bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.
Resolusi Seminar Politik Memperkasakan Parti

11 November, 2009

TOKOH: USTAZ HJ ABU HURAIRA ABD RAHMAN

sumber: http://abunuha.wordpress.com/

Apabila kami bersetuju mengadakan Nadwah Pewaris Nabi, antara pengisian program ialah satu forum yang santai.

Kami tidak bercadang untuk mengadakan pengisian yang berat dan terlalu ilmiah, memandangkan mungkin 80% yang hadir itu adalah mereka yang sudah pencen dan berpengalaman dalam dunia dakwah ini.

Panel yang kami persetujui ialah Ust Hj Abu Huraira Abd Rahman, Ust Hj Mohd Iyen Atim, Ust Hj Mustakim Mohd Noor dan Datuk Hj Din Sulai – yang kemudian diganti pada saat akhir oleh Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Md Taha kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Catatan ini akan menceritakan secara bersiri biodata ringkas mereka.

UST HJ ABU HURAIRA ABD RAHMAN

Berumur kini 70 tahun, beliau berasal dari Cotabatu, Mindanao. Mendapat pendidikan di State University of Filiphina di Mindanao sehingga mendapat diploma dalam fakulti pendidikan.

Demi minatnya mendalami bahasa Arab, kemudiannya beliau meneruskan pengajian di Maahad ar-Rahmaniyyah Mindanao selama 7 tahun.

Beliau mengembara lagi ke Universiti Islam Madinah al-Munawwarah pada 1964-1971 untuk mendalami bidang dakwah dan usuluddin.

Amat menarik juga al-Fadhil ustaz pernah membuat penyelidikan tentang perbandingan agama di Baitul Maqdis Jurussalem selama 5 bulan bagi memenuhi kehendak tugasan universiti sebelum Baitul Maqdis dikuasai oleh Israel.

Kami pernah dimaklumkan bahawa ketika di Madinah, antara tokoh negara yang sempat bersama ialah Dato’ Dr Abdullah Md Zin (mantan menteri agama di JPM), Dato’ Hj Harun Taib dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Selepas tamat di Madinah pada 1971, beliau kembali ke Mindanao untuk mengendalikan satu maahad yang berasaskan bahasa arab. Tidak sampai setahun, kawasan mereka diserang oleh tentera Marcos ketika itu dan mereka terpaksa lari ke hutan selama 3 tahun.

Pada 1974, apabila kerajaan Malaysia di bawah Tun Abd Razak membuka satu siaran radio yang disiarkan ke Filipina dalam bahasa Moro, dicari seorang guru agama dari sebelah Filipina untuk tampil di radio berkenaan.

Oleh kerana berlaku ketegangan antara Manila dan Kuala Lumpur pada saat itu, maka guru agama yang boleh berbahasa inggeris dicari dari sebelah Moro @ Mindanao.

Maka nama Ust Hj Abu Huraira ditunjukkan oleh rakan-rakannya untuk datang ke Sabah pada 1974. Beliau bertugas sepenuh masa dengan RTM dalam siaran radio berbahasa tagalog ke seluruh Filipina selama 9 tahun.

Pada 1983, Tun Mustapha memerlukan tenaga dakwah untuk diserapkan ke dalam USIA. Oleh kerana Ust Abu Huraira adalah keluaran Universiti Madinah, dan Allahyarham Tun sendiri memohon bantuan kerajaan Arab Saudi, maka Ust Abu Hurairah terus menerima pelawaan berkenaan langsung dari Darul Ifta Saudi.

Ust Abu Huraira dikenali sebagai pendakwah yang menghafaz al-Quran dan bible. Beliau pernah memberitahu kami, beliau menghafaz al-Quran di Madinah sebanyak 27 juzu’ sahaja. Yang tidak dihafaz ialah beberapa juzu di pertengahan al-Quran.

Satu keistimewaan beliau ialah beliau mengingati dan menghafaz al-Quran dan bible dengan nombor ayat dan surahnya sekaligus.

Dalam mana-mana ceramah dan tazkirahnya yang biasa berselang seli antara bahasa melayu dan inggeris, beliau akan menyelitkannya dengan hujjah al-Quran dan bible sekali dengan nombor ayatnya sebagai rujukan pendengar.

Tahun lalu, apabila kontrak beliau dengan kerajaan Arab Saudi sudah tamat kerana umur yang meningkat dan sebelumnya pun beliau sudah disambung sebanyak 2 kali, maka kini beliau bergerak sepenuh masa di bawah USIA atas pandangan dan saranan Tun Hj Sakaran Dandai.

CABARAN SEKARANG

Berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau, terdapat dua cabaran utama iaitu dalaman dan luaran. Cabaran dalaman merujuk kepada pertelagahan umat Islam yang enggan menjadikan al-Quran dan sunnah Rasul sebagai rujukan.

Sementara cabaran luaran ialah gerakan Kristianisasi khususnya yang melanda Sabah. Beliau sendiri satu ketika ditemani Dr Hasbullah pernah berdialog dengan 25 orang paderi di Sacret Heart beberapa tahun lalu (2003/2004).

Oleh itu, beliau sangat bersetuju agar para pendakwah bersatu menghadapi dan menangani ancaman-ancaman ini sekaligus meningkatkan kemahiran dalam bidang dakwah masing-masing.

TINDAKAN

Sangat rugi sebenarnya kata beliau melihat umat Islam dan para pendakwah secara khusus tidak meningkatkan kemahiran dalam bidang dakwah khususnya dalam perbandingan agama.

Seorang rakannya dari Sekretariat Dialog Antara Agama di Vatican City memiliki PhD dalam pengajian Islam. Rakannya itu boleh membaca al-Quran, boleh berbahasa Arab kerana pernah belajar di Lubnan dan Kaherah.

Seorang paderi Katholik yang berlatih di Filipina mengakui mereka mempelajari al-Quran meski kita mengetahui bahawa tujuannya untuk kononnya mencari kelemahan dan kesilapan al-Quran dan Islam.

Mengambil pengajaran daripada itu, sewajarnya ada di kalangan pendakwah yang mendalami ajaran Kristian dan agama-agama lain.

Selain itu, kerja-kerja dakwah harus dikoordinator secara bersama dengan institusi, agensi dan NGO Islam yang terdapat di negeri ini.

Teringat dengan ucapan Ust Hj Muchlish pada Nadwah berkenaan, yang menyebabkan ramai audien termasuk saya begitu sebak dan mengalirkan air mata ialah apabila mengenangkan kegigihan Ust Abu Huraira menepis dakyah kristian menerusi hujjahnya yang petah dan mantap dalam keadaan tubuh dan fizikalnya mulai uzur.

Sesiapa yang perasan keadaan solatnya khusus ketika duduknya Ust Abu Huraira sudah tidak begitu lurus dan terpaksa membongkok sedikit.

Dengan nada sayu, Ust Muchlish mendoakan agar Allah SWT sahabatnya itu diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus berbakti demi agama ini.

08 November, 2009

Bai'ah Talak isteri bertentangan Dengan Islam?

sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/

Kaedah Fiqh yang mendahului hak umat atau jemaah dari hak individu telah dipertegaskan oleh Imam Ghazali dan orang selainnya mengharuskan menyerang orang-orang Islam jika mereka dijadikan perisai oleh musuh dengan syarat-syarat tertentu, walaupun sudah merupakan satu ketetapan bahawa memelihara darah seorang muslim adalah wajib. Tidak dibenarkan menumpah darah orang Islam tanpa hak. Lalu, bagaimana Al-Ghazali mengharuskan memerangi orang-Orang Islam yang menjadi perisai musuh yang kafir?

Sesungguhnya Al-Ghazali dan orang yang sependapat dengannya berani mengharuskan yang demikian adalah untuk memelihara umat dari kebinasaan. Seorang individu boleh diganti, tetapi suatu umat tidak ada tukar ganti.

Syarak mengutamakan jemaah dari individu. Menjaga umat Islam lebih utama dari menjaga seorang muslim. Ini adalah maksud syarak yang sudah muktamad.Al-Ghazali memberi dalil:
" Tentu kita tahu bahawa jika bertemu dua keburukan (mudarat) maka syarak menyuruh supaya menolak mudarat yang lebih besar".

Isu Bai'ah Talak isteri telah dipolitik dan ditafsirkan secara salah. Allah telah menjelaskan tentang perkara yang halal tetapi dibenci oleh Allah ialah talak. Hadis Abu Daud dan Ibnu Majah menyebut:

Ini bermakna talak bukanlah haram secara qati'. Akan tetapi mengkhianati jemaah Islam seum pama lari dari medan perang. Ia adalah dosa besar. Ianya akan memberi implikasi yang besar kepada ummah. Ummah lebih besar daripada keluarga. Ummah perlu didahulukan berbanding dengan keluarga. Tercerai itu hanya ikatan suami isteri yang tidak semestinya rosak segala institusi rumahtangga itu kecuali bagi mereka yang tidak beriman dan berpedomankan cara hidup Islam.

Jemaah mesti diberi keutamaan sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah melalui Riwayat Ahmad menyebut :
قال النبي -صلى الله عليه وسلم- : ((الجماعة رحمة والفرقة عذاب))
"Jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu adalah azab"

Hadis Riwayat Abu Dawud juga menegaskan :" tetaplah dalam jemaah dan hindarilah perpecahan, maka sesungguhnya syaitan bersama yang bersendirian, dan jauh dari yang berduaan. Siapa yang ingin masuk syurga maka hendaklah ia tetap dalam jemaah".

Bia'ah talak isteri hanya untuk mereka yang memimpin (kalau tidak sanggup jangan jadi pemimpin) bagi mengelak mudarat yang lebih besar seperti lompat parti yang menyebabkan masalah besar kepada negeri dan jemaah Islam. Meninggalkan jemaah Islam menyebabkan syariat Islam tidak dapat ditegakkan. Kegagalan menegakkan syariat Islam kerana belot seseorang pemimpin daripada jemaah Islam menyebabkan individu itu akan menanggung dosa rakyat seluruh negeri atau negara. Rakyat juga diletakkan dalam keadaan ketidaktentuandan rasa dikhianati. Ketika itu apalah nilai seorang pemimpin dan seorang isteri?

Kita boleh saksikan di negeri Perak, akibat pecah amanah 3 orang ADUN, seluruh negeri Perak diletakkan dalam keadaan ketidaktentuan. Pemimpin nyamuk seperti ini tidak boleh dibiarkan wujud dalam kepimpinan Islam. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Filipina: Antara dua penderitaan

sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Penderitaan 1

26 September 2009 : Ketsana
4 Oktober 2009 :
Parma
31 Okt 2009 : Taufan Mirinae

Filipina telah dilanda 3 taufan yang mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa dan kemusnahan harta benda. Malah taufan ini telah melumpuhkan aktiviti masyarakat di Manila iaitu ibu negara Filipina. Pusat-pusat pemindahan dibina sebagai tempat perlindungan sementara rakyat, malah istana presiden juga terpaksa dibuka untuk rakyat berlindung.

Penderitaan rakyat Filipina ini turut dirasai oleh masyarakat antarabangsa. Limpahan bantuan dari seluruh pelusuk negara mula membanjiri bandar Manila. Media-media massa memaparkan kesengsaran dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa taufan. (lihat gambar disini)

Mungkin ada yang terlupa bahawa semua taufan tersebut terjadi atas titah perintah yang Maha Agong. Sebagaimana titah perintah Presiden Filipina agar kepulauan Mindanou diserang, begitulah titah yang Maha Agong agar bandar Filipina diserang. Mungkin kah gelombang kemurkaan tuhan ini, adalah perantaraan doa-doa mujahidin dan insan yang tertindas?


Penderitaan 2

Mindanou sebuah negeri dibawah kesultanan Sulu akhirnya menjadi tanah jajahan akibat dari perjanjian Sepanyol dengan Manila. Menurut Abu Zubir, perjuangan mereka sebenarnya bertunjangkan akidah. Ini adalah kerana tanah air umat Islam telah dijarah oleh penjajah.

Komposisi masyarakat di Mindanou kini telah berubah dimana umat Islam terdiri daripada 12 ribu orang manakala masyarakat kristian pula seramai 18 ribu orang. Pertambahan masyarakat kristian ini adalah diantara agenda kerajaan Filipina yang telah memindahkan penduduk yang beragama kristian secara beramai-ramai ke Mindanou.

Menurut Abu Zubir lagi, kehadiran mereka (orang luar) ke Mindanou adalah bersama-sama dengan geran tanah yang diperolehi dari persekutuan, sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut. Diskriminasi juga berlaku, dimana penduduk muslim hanya diberi 12-15 ekar tanah sahaja, manakala penduduk luar diberi 30 ekar tanah untuk peladangan dan sebagainya. Situasi ini menjadikan masyarakat muslim yang dahulunya majoriti di kepulauan ini, semakin hari semakin terhimpit.

Perjanjian demi perjanjian telah di nodai oleh kerajaan Filipina. Terbaru satu perjanjian damai yang memberi hak autonomi kepada MILF yang sepatutnya ditandatanangi sebelum Ramadhan tahun ini di Kuala Lumpur telah dinafikan oleh kerajaan Filipina. Akibatnya tercetus kembali peperangan antara tentera Filipina dan MILF yang mengakibatkan beratus buah rumah termasuk masjid dibakar dan dimusnahkan. Masyarakat muslim kembali menjadi pelarian dan tinggal di khemah-khemah perlindungan. Namun, berita tentang penderitaan masyarakat Mindanou langsung tidak dipaparkan dimedia antarabangsa. (lihat disini)


Baca entri dibawah untuk lebih mengenali mereka..

http://sangtawal.blogspot.com/2009/03/hikayat-sangtawal-12-bangsa-moro.html

http://cintailmoe.wordpress.com/2008/04/07/sejarah-islam-di-filipina/

http://en.wikipedia.org/wiki/Moro_people

http://www.tausug-global.blogspot.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Suluk

http://www.voa-islam.com/news/philipine/2009/07/16/326/apa-dan-siapa-bangsa-moro/

http://www.luwaran.com

07 November, 2009

CUEPACS kecam Najib

sumber: http://masdarwahid.blogspot.com/

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu menemui Najib Razak berkaitan kenyataan Presiden Umno itu yang menggelarkan mereka sebagai tidak bermoral apabila menuntut bonus dua bulan gaji dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.

Presidennya, Omar Osman berkata, pertemuan itu bertujuan mendapatkan penjelasan rasmi daripada PM sendiri berkaitan perkara itu termasuk keadaan semasa ekonomi negara.

Menurutnya, pihaknya sehingga kini belum diberi penjelasan oleh PM berkaitan ekonomi negara walapun mengakui perkara itu merupakan hak PM.

"Selepas kenyataan PM disiarkan oleh media, saya menerima banyak respon dari ahli kesatuan yang merasa kesal dengan kenyataan itu dan mahu penjelasan rasmi dibuat oleh PM mengenainya.

Menurutnya, terpulang kepada PM bila pertemuan boleh diadakan tetapi CUEPACS berharap 'dengan kadar yang segera'.

Diajukan apa yang dimaksudkan dengan 'dengan kadar yang segera', beliau berkata pertemuan itu wajar diadakan kurang dua minggu dari tarikh hari ini.

"Kami pada hari ini dengan satu suara, satu hati dan satu kenyataan melahirkan rasa kesal dengan 'teguran' PM yang mengatakan kami tidak bermoral kerana menuntut bonus dua bulan gaji," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata, tuntutan bonus dua bulan itu bukanlah diputuskan oleh beliau sendiri sebagaimana kenyataan Najib yang menggelarkan saya mencari populariti tetapi ianya adalah keputusan Majlis Kongres CUEPACS yang diwakili oleh semua gabungan itu.

Menurutnya, keputusan itu juga dibuat lama sebelum bajet dibentangkan dan satu surat mengenainya telah dihantar kepada Najib selaku Menteri kewangan.

Mesyuarat pada hari ini (7 November 2009) yang memakan masa hampir dua jam berjaya menghimpunkan 130 daripada 145 wakil gabungan kesatuan itu dari seluruh negara.

Mengulas lanjut katanya, semua ahli yang hadir pada hari itu telah mengumpulkan tandatangan bagi menyatakan sokongan penuh kepada CUEPACS dan presidennya.

"Perkara sama akan dilakukan oleh ahli gabungan yang hadir pada hari ini iaitu akan mengumpul tandatangan ahli masing-masing di seluruh negara bagi menyatakan sokongan kepada presiden dan CUEPACS," katanya.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menghubungi mereka dan mengesahkan PM telah menyatakan persetujuan untuk menemui kesatuan itu.

Terdahulu kenyataan Najib itu itu dikeluarkan Rabu lalu di Jamuan makan malam Banker Club dan disiarkan oleh pelbagai media di negara ini yang akhirnya menimbulkan kecaman pelbagai pihak termasuk ahli gabungan kesatuan itu.

06 November, 2009

Manusia umpama ikan keli

Sumber artikel: http://muridkyai.blogspot.com/

Pada hari ini, manusia telah memenuhi alam. Di darat, di laut dan di udara, manusia ada di mana-mana. Begitu ramai manusia berbanding dahulunya yang cuma seorang, kemudian dua orang, menjadi sekelompok dan kaum-kaum. Kini manusia telah begitu ramai. Bila sudah ramai, timbul percakaran, persengketaan, pergaduhan, permusuhan dan perbalahan. Pendeknya timbullah apa yang dikeluhkan oleh para malaikat ketika Allah memaklumkan tentang kehendakNya untuk menjadi penghuni baru di bumi yang akan menjadi khalifah. Firman Allah SWT:


قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء
Mereka (para malaikat) berkata, apakah Kamu (ya Allah) mahu menjadikan di muka bumi itu mereka yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah?
(Surah Al-Baqarah: Ayat 30)

Manusia, ketika masih lagi di alam roh hidup sepakat. Citra mereka satu. Kesatuan citra ini tergambar dalam jawapan yang dilontarkan Allah SWT kepada mereka sebagaimana firman Allah SWT:

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا
“Bukankah aku Tuhan kalian? Mereka(para roh) menjawab, sudah tentu Kau Tuhan kami, kami bersaksi.”
(Surah Al-A’raf: Ayat 172)

Bila manusia memulakan kembara hijrah meninggalkan alam ruh yang aman damai dan bercitrakan satu citra sahaja, manusia terpaksa belumba. Manusia yang saat itu cuma sperma-seprma yang jumlahnya jutaan berlumba, tangkis menangkis, tolak menolak, memburu dengan penuh ketidakpedulian, ananiyyah dan penuh tega, demi menguasai dan menakluk satu matlamat. Menguasai dan menakluk ovari.Hanya satu yang berjaya. satu yang paling jagoan, gedebe dan kental dengan ananiyyahnya.

Itulah kita, yang hari ini lahir bernama manusia di muka dunia. Persengkataan dalam mencapai kuasa penaklukan ketika di alam rahim itu menjadi tabiat kita yang mendarah daging dalam menjalani hidup di dunia ini.

Aku merenung ikan-ikan keli belaan dalam kolam. Ikan keli itu banyak sekali. Aku lempar makanan ikan ke tengah gerombolan ikan keli yang sedang berebut bertindihan sesama sendiri. Seketika...aku terkenang persengketaan manusia dalam dunia ini. Manusia seumpama ikan keli.

Ikan keli bersengketa penuh ananiyyah hanya buat merebut sebiji kecil makanan yang dilempar. Manusia bersengketa merebut makanan-makanan kehidupannya. Harta, tahta dan wanita. Manusia berselisih dalam berbagai persoalan kehidupan dari perkara besar sehingga ke perkara remeh temeh.

04 November, 2009

.............................................................................................

Program Korban Sempena Aidiladha 1430H / 2009


Kos :

RM 350: 1 bahagian bagi Sabah ( Pitas, Kota Merudu, Kota Belud DLL )

RM 290: 1 bahagian bagi Mindanoa, Filipin.

Anjuran :
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah

Sila Hubungi :

1. 0198502525 ( Ust. Redwan )
2. 0195367902 ( Ust. Albelurani )
3. 0135305244 ( Ust. Saifuddin )

.........................................................................................

03 November, 2009

TAHNIAH KEPADA PASTI KAWASAN TAWAU!!

Sumber berita: http://matbulan.blogspot.com/

Kelantan,Sabtu : Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak PASTI Kawasan Tawau yang telah dianugerahkan sebagai PASTI Kawasan Terbaik di Malaysia pada majlis sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang diadakan di Kota Bahru pada 31 Oktober 2009 baru-baru ini.Majlis yang dirasmikan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah berlangsung selama 3hari bermula pada 30 Oktober hingga 1 November 2009.


Hadiah kepada penerima anugerah telah disampaikan oleh YB Hj Che Abdullah bin Mat Nawi ADUN N-04,Wakaf Bahru merangkap EXCO kerajaan negeri Kelantan yang telah merasmikan penutupan majlis tersebut. Pengerusi PASTI Kawasan Tawau,sdr Karim Dulah yang menerima penganugerahan tersebut bagi mewakili PASTI kawasan Tawau mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berkorban tenaga,masa dan wang ringgit demi memastikan agar PASTI Kawasan Tawau terus diterima oleh masyarakat umum seterusnya boleh sampai ke tahap sekarang ini.



Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.