31 October, 2009

Rotary Club Kian Agresif Di Sabah

Sumber Berita : http://mujahideen-islam.blogspot.com (zaiem al-hilmee)


Salam alayk'.. penulis meminta maaf kepada semua pengunjung blog kerana hampir 2 minggu penulis tidak me'mosting' entri baru.. Ini kerana, penulis memberi komitmen sepenuhnya kepada aktiviti luar dan mempunyai kekangan masa untuk melayari alam maya.

Entri kali ini bersambung dari entri yang sebelumnya iaitu mengenai kelab Yahudi di Sabah iaitu Rotary Club. Hasil pemantauan penulis, dalam ke'senyap'an pergerakan kelab itu selama ini, tiba-tiba penulis dikejutkan dengan tindakan agresif kelab ini dengan keberanian mereka meng'iklan'kan program-program mereka di 'bill board'.



Kuil Yahudi (freemason) berdekatan dengan 'billboard' Rotary Club



Pandangan kuil Yahudi dari jauh

Ini merupakan satu ancaman yang besar terhadap umat Islam kerana entri sebelum ini penulis telah mengupas misi kelab ini iaitu untuk melonggarkan pegangan akidah umat Islam secara halus. Namun, tidak ada mana-mana pihak yang berani kehadapan untuk tampil bagi menyekat kemaraan kelab ini.

Dua minggu yang lepas, penulis bersama 8 0rang sahabat melakukan Jelajah Dakwah ke bumi Keningau. Dengan menaiki 4 buah motorsikal dari Kota Kinabalu ke Keningau melalui Gunung Emas, dapatlah penulis bersama sahabat yang lain meninjau panorama kehidupan masyarakat di bahagian luar bandar secara dekat, namun apa yang menjadi kerisauan penulis apabila terdapatnya iklan "Rotary Club" pada billboard area perkampungan yang ada di sekitar Gunung Emas. Iklan itu menerangkan mengenai projek kemasyarakatan yang dilakukan oleh Rotary Club. Sedangkan kelab yang merosakkan aqidah ini boleh bergiat dgn penuh aktif, macamana pula dengan pengorbanan kita sebagai umat Islam??

p/s: Adakah kita akan biarkan kelab ini terus terserlah dan sewenang-wenangnya menjalankan program mereka? Apa tindakan yang kita ambil khususnya para pejuang Islam di Sabah??

29 October, 2009

KEADILAN SABAH AKAN LEBIH BAIK TANPA JEFFREY

Sumber berita: http://masdarwahid.blogspot.com/

Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu tidak akan melemahkan PKR Sabah.

Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Thamrin Zaini berkata, tindakan Jeffrey itu juga tidak akan menyebabkan PKR negeri goyah dan berpecah.

"Dia (Jeffrey) meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden tetapi masih kekal sebagai ahli parti dan Ketua Bahagian.

"Jadi saya nampak ia tidak akan memberi kesan melemahkan parti. Lainlah kalau dia keluar dari PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemelut PKR Sabah yang dilihat semakin meruncing apabila Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Jeffrey yang juga Ketua PKR Bahagian Keningau membuat keputusan drastik itu atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

Beliau melepaskan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

Menurut Thamrin beliau menerima dan menghormati pendirian Jeffrey untuk melepaskan semua jawatannya itu.

"Kita sanjung perasaan rendah diri beliau yang akur keupayaannya melaksanakan tugas sebagai Naib Presiden dan kita mengucapkan terima kasih atas khidmatnya sebagai Naib Presiden selama ini," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Jeffrey, beliau berkata, hubungan mereka adalah baik.

"Kami tiada masalah (hubungan). Itu hanya spekulasi," ujarnya.

28 October, 2009

Iklan: Agenda merosakan generasi Islam

sumber ulasan: http://islamreturn.blogspot.com/

Saya pernah membaca kisah tentang sebuah keluarga tahfiz yang melarang anak-anak mereka melihat television. Malah ada sehingga tiada tv di rumah, melainkan hanya radio sahaja. Mungkin ada kebaikannya dengan kaedah sebegitu, namun mampukah semua orang bertindak sedemikian. Majoriti ibu bapa pasti tidak akan melarang anak-anak mereka untuk menonton tv kerana mereka juga turut menonton rancangan tv tersebut. Kecualilah mereka memang tidak ada masa untuk mengadap tv, tapi mungkin peratusannya amat sedikit dan berkemungkinan juga anak-anak mereka boleh boleh melihatnya ketika ibu bapa tiada dirumah atau dalam keadaan-keadaan tertentu.

Itulah pengaruh tv. Bukan sahaja rancangan kartun menjadi tontonan kepada anak-anak kita yang bersih jiwanya, tetapi segala benda yang keluar pasti akan menjadi tontonan mereka.


Didikan Anak-Anak

Semestinya dari kecil anak-anak haruslah diajar tentang perkara baik dan perkara buruk. Juga perlu setiap hari diperdengarkan persoalan dosa dan pahala. Antaranya ibu bapa perlu berkata;

"Ini tak baik, berdosa, nanti Allah marah"
"Bagusnya anak umi, Allah sayang orang yang baik"

Itu adalah antara perkataan yang perlu dizikirkan di telinga anak-anak sentiasa semasa jiwa mereka masih putih suci. Ada yang bertanya kesannya? Kesannya saya sendiri lalui..

"Makanan ini tak ada tanda halal, tak boleh makan"
"Orang tu tak pakai tudung, berdosa, Allah marah"
"Tak baik kan menari-nari, Allah marah"
"Allah sayang orang yang baik, kan umi?"

Itulah antara kesan didikan mengajar erti dosa dan pahala dalam kehidupan. Kembali kepada topik iklan. Namun bagaimana nak menutup pandangan anak ketika menonton tv kalau iklan secara tiba-tiba keluar, dan iklan itu pula tahap sampah. (komen masyarakat boleh dilihat disini, disini dan disini).

Sebagai contoh iklan Digi yang ganas dengan memukul dan melanggar no.1 dengan alasan belasah RM1, cukup memberi kesan kepada jiwa anak. Terdapat juga iklan terbaru tentang minyak wangi (saya tak ingat jenamanya) yang menunjukan seorang jejaka yang ingin berjumpa dengan seorang gadis di dalam kereta api kerana kewangian perfume yang dipakai oleh si gadis.. Kita boleh katakan bahawa, syarikat-syarikat tersebut adalah dari bukan Islam dan mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa melihat nilai moral.

Tetapi persoalannya, kenapa kerajaan meluluskan iklan seperti ini..? Tidak adakah garis panduan dari kementerian berkaitan, berkenaan dengan iklan? Siapakah dalang dibelakang tabir yang meluluskan iklan sebegini?

Jelas jawapan saya...
Inilah 'Agenda Merosakan Generasi Islam'

27 October, 2009

NADWAH PEWARIS NABI

sumber berita: http://abunuha.wordpress.com/


Kerja-kerja teknikal untuk menganjurkan program berkenaan semakin galak berjalan. Dr Aliakbar Gulasan dari UMS bertindak sebagai pengarah program menggantikan Ust Bungsu Aziz yang bertolak ke tanah suci bagi menunaikan fardhu haji.

Kerja-kerja lain yang paling asas ialah mencari, menghubungi dan mengesahkan kehadiran para peserta. Itu tugas utama saya. Setakat ini, sudah 50 peserta sudah mengesahkan kehadiran mereka. Ketetapan nadwah ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 7 Nov 2009 (Sabtu)

Masa : 8 pagi – 12 tengahari

Tempat : Bangunan USIA, Sembulan Kota Kinabalu.

Tetamu khas : Tun Sakaran Dandai, Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) & Dato’ Sheikh Abd Halim Abd Kadir, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Pusat.

Anjuran : Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

Nadwah Pewaris Nabi adalah satu program besar kami bagi mengumpulkan pendakwah-pendakwah lama. Ia satu bentuk kami menghargai tenaga, kudrat dan ilmu mereka menyampaikan Islam di bumi Sabah. Selain untuk mereka bertemu rakan dan sahabat seperjuangan mereka yang mungkin lama tidak bertemu, ia juga menjadi ruang bagi orang seperti kami mengambil semangat dan nasihat mereka dalam dunia dakwah.

Setakat yang sudah saya hubungi sendiri, ada ustaz yang datang pada 1967 dan masih berada di Sabah sehingga kini. Yang menariknya, 99% yang dihubungi menyatakan persetujuan serta merta apabila hasrat kami itu disampaikan kepada mereka. Yang tidak hadir kerana ada jadual yang sudah diatur awal, khususnya menunaikan fardhu haji.

Sasaran yang ditetapkan ialah sekitar 100 orang, meliputi ustaz, ustazah, imam, sama ada mereka dari Tanah Semenanjung, Indonesia, Mindanao atau Sabahan sendiri. Kehadiran mereka juga akan diambil kesempatan oleh kami untuk mengumpul biodata sebagai rujukan dan direktori pada masa hadapan.

Selain daripada kerja jemputan itu, kerja-kerja teknikal lain dipimpin oleh rakan-rakan lain. Aturcara penuh akan dimuktamadkan sedikit masa lagi. Tetapi ada sesi forum santai yang akan mengimbas kembali kisah dan sejarah dakwah pada zaman mereka datang dan berjuang dahulu.

Selain itu ucapan YDP PUM Sabah dan Tun Sakaran sendiri.

Sedikit masalah, kami sedikit bergelut tentang masalah kewangan. Kalau ada yang sudi membantu tenaga dan kewangan, kami sangat menghargainya.

25 October, 2009

Pembuka Bicara: Salam Perjuangan

Assalammualaykum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.

Salam pembuka bicara kepada semua sahabat blogger di seluruh Sabah. Sepenuh kesyukuran diucapkan ke hadrat ILlahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita masih lagi diberi peluang untuk berjuang pada jalanNya biarpun melalui alam maya. Selawat dan salam ke atas kekasih kita, Nabi Muhammad SAW semoga kita beroleh syafaat dari Baginda pada hari akhirat kelak.

Pertamanya, sebelum ini para blogger di Sekitar Kota Kinabalu sebelum ini telah bermesyuarat untuk menubuhkan satu organisasi yang terdiri daripada para blogger Muslim yang terdiri daripada ahli -ahli jemaah bagi memperkasakan syiar dakwah Islamiyyah melalui alam maya seterusnya menjadi agen untuk menyiarkan berita serta isu-isu berkaitan jemaah.

Justeru itu, pihak Sahabat Bloggers Sabah (SBS) telah melancarkan satu 'blog' khas untuk organisasi dan mempelawa kepada semua blogger-blogger parti di seluruh Sabah untuk memberi komitmen kepada organisasi serta blog ini. Semoga usaha kita ini beroleh keberkatan dan keredhaan dari ALlah SWT. Sirrul ala' barakatiLlah.. WasaLlam..

Hak Cipta & Penafian

SBS MEDIA (Sahabat Blog Sabah) - 2011 Digalakkan untuk sebarang sebaran. Sebarang bentuk salinan kandungan daripada laman ini mestilah disertakan link Sahabat Blog Sabah bagi memudahkan proses rujukan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang disertakan daripada pengunjung dan menjadi tanggungjawab pengunjung sepenuhnya. Sekian.